Sambil layan lagu di saluran YouTube, anda pernah tak menonton video bintang cilik yang berasal dari Korea Selatan ini di mana dia dikenali dengan nama Boram Tube?
Kanak-kanak itu dikatakan hanya membuat review produk mainan yang ada di pasaran hingga dia berjaya mendapat pendapatan lumayan dan mampu menghadiahkan keluarganya sebuah kediaman lima tingkat di daerah Gangnam, Seoul yang bernilai RM 33 juta bersamaan 9.5 bilion won. Wow, mahalnya!
Boram Tube ramai pengikut di YouTube
Apa yang lagi best, Boram Tube yang baru berumur enam tahun ini sudah mempunyai 30 juta pengikut di dua saluran YouTube miliknya iaitu Boram Tube Vlog mengumpul seramai 17.6 juta pengikut manakala Boram “Toy Review” mempunyai seramai 13.6 juta pengikut. Maksudnya di sini, dia sangat popular!
Itu baru sebut tentang pengikutnya sahaja, malah pendapatan yang diperolehi pula dianggarkan kira-kira RM 12.8 juta setiap bulan. Kedua-dua saluran YouTube miliknya itu juga menduduki carta teratas dalam akaun yang berpendapatan mewah.
Hal ini kerana, dalam video yang dimuatnaik dalam YouTube dia berjaya memberikan pengeditan video yang menarik hingga berjaya menarik ramai penonton di negara tersebut.
Pembelian rumah mewah
Walau bagaimanapun, ada khabar angin yang mengatakan bahawa Boram dipergunakan oleh ibu bapanya dengan membeli rumah mewah.
Bangunan seluas 258.3 meter persegi itu terletak di Gangnam yang telah dibeli oleh Syarikat Boram Family.
Atas sebab itu, ia mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai sama ada kanak-kanak itu dipergunakan oleh ibu dan bapanya.
Tips nak cepat kaya sebelum umur 30 tahun
- Anda boleh mula fikir untuk menjana pendapatan tambahan seperti membuat perniagan kecilan, buat produk review dan sebagainya.
- Terus menerus mencari dan menggali ilmu dengan menghadirkan diri di sesi seminar kejayaan dan sebagainya.
- Tetapkan matlamat kewangan dengan jelas supaya anda sentiasa berdisiplin menabung setiap bulan.
- Gunakan duit pada sesuatu yang dirasakan perlu sahaja.
- Cari jalan penyelesaian jika terdapat pergerakan kewangan yang terlalu drastik setiap bulan. Cari puncanya dan dari situ anda dapat tahu kelamahan kewangan anda.
- Utamakan matlamat anda untuk menabung contohnya untuk berkahwin, membeli rumah dan lain-lain.
- Belajar laburkan duit dengan bijak kerana dengan modal kecil itu dapat memberi untung yang banyak di kemudian hari. Jadi tak salah sekiranya anda ingin mencuba.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Cara Mudah Tarik Perhatian Anak ‘Berat Mulut’ Untuk Bercakap, No.5 Pasti Sangat Membantu!
Baca juga: Anak Langgar Peraturan Di Rumah? Tak Salah Pun Sekali Sekala Langgar 7 Peraturan Ini Kan?
Baca juga: Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Anak-Anak Tahun 2021, Rugi Kalau Tengok TV Saja, Jom Semak!