X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Pakar Menjelaskan Mengapa Anak Bongsu Jadi Anak Kesayangan

4 min bacaan
Pakar Menjelaskan Mengapa Anak Bongsu Jadi Anak KesayanganPakar Menjelaskan Mengapa Anak Bongsu Jadi Anak Kesayangan

Kini, sains telah membuktikan 5 fakta anak bongsu dan menjelaskan mengapa anak bongsu paling win dan selalu dianggap anak kesayangan dalam keluarga.

Siapa anak paling manja di rumah? Saya pasti ramai tahu jawapannya, pastilah anak bongsu. Ini kerana ia antara salah satu fakta anak bongsu yang telah dibuktikan oleh sains sendiri! 

Selain dilabelkan anak paling manja, mereka juga selalu dikenali sebagai anak yang paling tidak berdikari, tidak bertangungjawab, suka menarik perhatian, anak paling nakal dan yang selalu dilepaskan begitu sahaja.

Orang selalu rasa kasihan dengan anak bongsu kerana fikir mereka selalu dibuli abang dan kakak. 

Namun, jangan ingat anak sulung saja yang baik kerana selalu memberi tunjuk ajar kepada adik-beradik yang lebih kecil. Anak bongsu ada juga kebaikannya, malah sains membuktikan mereka mempunyai personaliti yang lebih menggembirakan!

Di bawah adalah 5 fakta anak bongsu yang disokong dengan kajian sains yang membuktikan mereka tidak seteruk disangka.  

Fakta anak bongsu #1 – Mereka lebih suka mengharungi cabaran

fakta anak bongsu, anak bongsu, fakta tentang anak bongsu, fakta anak bongsu perempuan, fakta anak bongsu lelaki, kelebihan anak bongsu, fakta anak bongsu menurut islam, anak bongsu fakta, anak bongsu kelebihan, ciri ciri anak bongsu, anak bongsu ciri ciri

Tidak seperti anak sulung yang selalu jadi ketua kepada adik-beradik, anak bongsu perlu mencari personaliti mereka sendiri yang tidak dimiliki orang lain dalam keluarga, menurut Frank Sulloway, penyelidik dan penulis Born to Rebel.

Atas sebab ini, anak bongsu lebih banyak mencuba, tidak konvensional, tidak takut untuk mengambil risiko dan suka menegaskan bakat serta identiti mereka sendiri.

“Mereka lebih bersikap terbuka dan sering mencari pengalaman baru,” kata Sulloway.

Ciri ciri anak bongsu #2 – Mereka lebih lucu

fakta anak bongsu, anak bongsu, fakta tentang anak bongsu, fakta anak bongsu perempuan, fakta anak bongsu lelaki, kelebihan anak bongsu, fakta anak bongsu menurut islam, anak bongsu fakta, anak bongsu kelebihan, ciri ciri anak bongsu, anak bongsu ciri ciri

Apakah persamaan di antara Eddie Murphy, Stephen Colbert, Jennifer Lawrence dan Tina Fey?

Mereka semua ini amat lucu, dan mereka semua adalah anak bongsu di dalam keluarga mereka. Persamaan ini bukan kebetulan sahaja, ya.

Tinjauan YouGov yang dilakukan pada 2015 mendapati anak bongsu selalu menganggap diri mereka lucu manakala anak sulung selalunya lebih serius.

Menurut pakar psikoligi Richard Wisemen, keupayaan anak bongsu untuk menghiburkan orang, mungkin disebabkan keperluan untuk bersaing apabila mendapat perhatian ibu bapa mereka.

Salah satu fakta anak bongsu yang menarik, kan? Anak bongsu anda itu lucu tak? Mungkin kerana mereka lebih muda di kalangan keluarga juga, mereka tidak terbeban untuk menunjukkan karakter yang lebih serius.

Fakta anak bongsu #3 – Mereka lebih rileks

Menurut tinjauan YouGov yang sama, anak bongsu juga lebih rileks berbanding dengan anak sulung. Ibu bapa juga turut lebih rileks apabila membesarkan anak kedua dan ketiga, disebabkan pengalaman keibubapaan membesarkan anak sulung.

Apabila sampai giliran anak bongsu, “ibu bapa akan bersikap lebih lembut,” kata Kevin Leman, ahli psikologi dan pengarang The Birth Order Book memberitahu CNN.

“Anak bongsu lebih kurang mengikut peraturan, namun masih diberi banyak perhatian.”

Ciri ciri anak bongsu #4 – Mereka senang dapat kawan

fakta anak bongsu, anak bongsu, fakta tentang anak bongsu, fakta anak bongsu perempuan, fakta anak bongsu lelaki, kelebihan anak bongsu, fakta anak bongsu menurut islam, anak bongsu fakta, anak bongsu kelebihan, ciri ciri anak bongsu, anak bongsu ciri ciri

Walaupun anak sulung selalunya lebih tegas, anak bongsu pula, biasanya lebih suka bersosial dan mempunyai personaliti yang lebih menyeronokkan, menurut kajian Sulloway.

Ini mungkin kerana anak bongsu selalu perlu bersaing dengan adik-beradiknya, dan akhirnya belajar cara untuk mengawal situasi dan memanipulasi orang, menurut Leman.

Tetapi ini tidak seburuk yang anda sangka, kerana menurut kajian, penyelidik belum dapat mencari kaitan kukuh  yang anak bongsu akan selalu berkelakuan tidak baik. 

Oleh sebab sifat mereka yang lebih lucu dan rileks, itu mungkin salah satu sebab mengapa mereka lebih mudah membuat kawan.

Fakta anak bongsu perempuan #5 – Mereka lebih kreatif

Walaupun adik-beradik lebih tua berkemungkinan mempunyai IQ yang lebih tinggi, anak bongsu selalunya lebih kreatif.

Menurut Sulloway, mereka sering perlu memilih minat lain untuk mengelak mempunyai minat yang sama dengan abang atau kakak mereka.

Mereka akan “mencari cara alternatif untuk mendapat faedah maksimum dari persekitaran mereka, supaya mereka tidak akan perlu bersaing dengan adik beradik yang lebih tua,” kata Sulloway memberitahu New York Times pada 2007.

Mereka akan membangunkan minat dan kepakaran yang tidak dapat diukur dengan Ujian IQ. Tinjauan Karier Kerjaya 2011 menunjukkan salah satu kelebihan anak bongsu adalah mereka sering tertarik dengan pekerjaan kreatif, seperti reka bentuk, seni bina, penulisan atau seni.

Walaupun ahli psikologi tidak bersetuju urutan kelahiran boleh memberi kesan kepada personaliti individu, mereka tidak boleh menafikan interaksi dan hubungan sesama adik-beradik boleh menentukan perangai seseorang.

Jika anda anak bongsu, kini anda mempunyai 5 sebab kukuh mengapa anda ialah anak kesayangan di dalam keluarga!

Anak bongsu dalam keluarga anda bagaimana pula?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Foto: Kelab Mama

Baca juga:

Anak lahir waktu pagi atau malam? Ketahui peribadi anak ikut waktu lahir

Stories Rakan Kongsi
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Pakar Menjelaskan Mengapa Anak Bongsu Jadi Anak Kesayangan
Kongsikan:
  • Berani & Selalu Nak Menang, Ini 7 Sifat Unik Anak Kedua Yang Tak Ada Pada Adik-Beradik Lain

    Berani & Selalu Nak Menang, Ini 7 Sifat Unik Anak Kedua Yang Tak Ada Pada Adik-Beradik Lain

  • Cara Layanan Anak Kedua Memang Berbeza Daripada Anak Sulung, Ada Yang Amat Lucu!

    Cara Layanan Anak Kedua Memang Berbeza Daripada Anak Sulung, Ada Yang Amat Lucu!

  • Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

    Bagaikan Tidak Percaya, Wanita 25 Tahun Ini BERJAYA Melahirkan Bayi Kembar Sembilan

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.