Bila dua hati sudah bertaut, sudah tiba masanya untuk melangkah ke alam perkahwinan. Persediaan sebelum bergelar suami isteri bukanlah perkara mudah apatah lagi perlu memohon dan melengkapkan borang nikah terlebih dahulu. Jika tersalah langkah atau terlepas pandang, pening dibuatnya kerana perlu berulang-alik ke Pejabat Agama!
Tapi, sebenarnya tidaklah sesusah mana jika anda mengetahui dan mengikuti semua langkah-langkah isi borang nikah dan prosedur sebelum pernikahan yang bakal dikongsikan.
Panduan daftar nikah online di SPPIM (Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia)
Sebelum memohon dan mengisi borang nikah melalui sistem SPPIM, perlu diingatkan bahawa borang nikah ini hanya untuk pemohon bagi negeri-negeri seperti:
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perlis
- Kedah
- Perak
- Wilayah Persekutuan
- Johor
- Selangor
- Terengganu.
Ia juga perlu diisi sekiranya salah satu pemohon berasal dari negeri yang menggunakan sistem SPPIM atau pasangan selain negeri SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah di negeri yang menggunakan SPPIM.
Borang ini diisi oleh salah seorang bakal pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Borang yang lengkap dicetak dan dihantarkan ke Pejabat Agama Islam berdasarkan alamat tempat tinggal.
Cara isi SPPIM borang nikah paling lengkap, panduan buat bakal pengantin
- Nama penuh
- No IC, alamat seperti di kad pengenalan & alamat tempat tinggal
- Tarikh nikah & alamat tempat nikah – masjid & pejabat agama kariah berdekatan
- Gaji, alamat tempat kerja, no. telefon & jawatan
Bagi bakal pengantin perempuan isikan maklumat wali seperti nama penuh, no. kad pengenalan, alamat, nombor telefon, hubungan & tarikh nikah ibu bapa.
3. Bahagian ujian HIV (diisi kemudian).
4. Hantar permohonan dan cetak Senarai Semak sebagai panduan untuk menyediakan dokumen penting.
Proses penting sebelum pernikahan
Untuk memudahkan anda supaya tidak terlepas pandang, berikut merupakan proses sebelum pernikahan yang paling penting sebelum borang nikah dihantar.
- Hadiri kursus kahwin.
- Isi borang nikah selangor atau SPPIM.
- Lengkapkan ujian HIV 6 bulan sebelum tarikh nikah (ambil borang dari SPPIM yang dicetak tertera no. siri)
- Pihak lelaki perlu mengisi dan melengkapkan borang nikah dan dapatkan cop kariah sebelum borang dihantar ke PAID (tempat lelaki)
- Pihak lelaki perlu memberikan borang yang dicop kepada pihak perempuan.
- Pihak perempuan perlu melengkapkan borang nikah dan jumpa kariah untuk dicop.
- Hantar semua borang di PAID (tempat perempuan).
- Dapat surat kebenaran nikah.
Maklumat tambahan mengisi borang nikah buat bakal pengantin
Susunan untuk bakal pengantin perempuan tentukan wali:
- kalau ayah masih ada, dia adalah wali.
- kalau ayah dah meninggal, sediakan salinan surat kematian.
- kalau atuk masih ada, atuk boleh gantikan ayah.
- kalau tiada, adik beradik seibu sebapa jadi wali.
Macam mana pulak kalau ibu bapa dah berpisah?
- sediakan surat nikah/surat penceraian ibu bapa .
- kalau surat nikah/cerai hilang, kena buat semakan di pejabat agama tempat ibu bapa nikah.
- Jika tiada dalam rekod, kena buat permohonan naik mahkamah.
Surat nikah/cerai ibu bapa sangat penting! Jika ada, bawa salinan asal semasa berjumpa dengan imam dan semasa menghantar borang di pejabat agama untuk semakan.
Dapatkan pengesahan mastautin kalau alamat tempat tinggal tak sama dengan alamat kad pengenalan.
- minta pengesahan dari penghulu/ketua kampung
- bawa bil api/air
- isikan dalam borang tempoh anda tinggal (6 bulan ke atas)
Lampirkan sekali dengan gambar berukuran saiz passport dengan latar belakang putih atau biru bergantung kepada pejabat agama islam tempat masing-masing.
Tujuan gambar passport adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kad perakuan nikah. Paling cepat disiapkan kurang dari tempoh seminggu.
Semoga semua bakal pengantin dipermudahkan segala urusan dan majlis berjalan dengan lancar.
Twitter: @anisssurayaaa
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Proses daftar dan cara buat surat beranak untuk anak luar nikah (anak tak sah taraf)
Baca juga: Sudah Tawar Hati & Ingin Berpisah, Lelaki Ini Kongsi Cara Cerai Paling Cepat/ Fast Track
Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Anak Baru Lahir, Ini Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa Bersama