Mudah Tugas Ibu Untuk Panaskan Susu Anak Dengan Bottle Warmer. Ini Pemanas Susu Terbaik Kami Syorkan!

Bottle warmer terbaik pasti berfungsi membantu parents panaskan susu si manja dengan mudah. Pilihan yang terbaik tentulah yang senang digunakan, dan cepat!

Jika anda seorang ibu yang menyusu badan, pasti anda tahu betapa mudahnya urusan sekiranya ada pemanas susu bukan? Pemanas susu atau bottle warmer terbaik khususnya dapat membantu parents lebih cepat menyediakan susu buat si manja terutama pada masa tengah malam tanpa perlu menunggu susu suam di dalam rendaman air!

Penggunaan pemanas susu juga lebih mudah, hanya dengan menekan suis dan tunggu beberapa minit sahaja, susu telah dapat diberi kepada bayi.

Tambahan lagi, susu juga berada dalam suhu yang terbaik untuk si manja tanpa menghilangkan nutrien yang diperlukan dalam susu ibu.

Sebenarnya boleh saja gunakan air panas dengan merendam botol tapi selalunya kita pasti akan keliru dengan suhu yang sesuai, atau kita cuma letakkan dalam air yang terlalu panas kerana mahu susu tersebut cepat boleh diberikan!

Memilih Bottle Warmer Terbaik

Memilih pemanas susu ada caranya, cuba cari yang mempunyai beberapa ciri. Kami akan membantu anda bagi mencari pemanas susu yang bagus untuk kegunaan namun mematuhi beberapa kriteria di bawah:

  • Perlu atau tidak? Tanya pada diri dan bincang dengan suami, anda betul-betul perlukan bottle warmer atau tidak? Walaupun terdapat pelbagai cara lain untuk memanaskan botol susu bayi, namun bottle warmer dapat mempercepatkan proses memanas botol susu.
  • Dimana anda akan gunakan? Fikirkan tempat yang anda akan sentiasa gunakan pemanas tersebut. Maksudnya, adakah akan sentiasa gunakan di rumah, untuk travel, atau di dalam kereta? Cuba lihat ciri-ciri yang sering ada pada bottle warmer’, bergantung pada tempat yang akan digunakan:
    • Rumah – Diperbuat dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti temperature recognition, sistem memori, dan sistem penyejukan sendiri.
    • Travel/Portable – Sering dihasilkan dengan ciri mudah dibawa, ringan, dan self-heating yang tidak memerlukan sumber tenaga elektrik luaran.
    • Kereta – Pemanas botol susu yang boleh disambungkan terus pada car adapter.
  • Saiz yang kompak.
  • Kesesuaian untuk pelbagai jenis botol dan bekas makanan bayi.
  • Tahap kelajuan atau masa yang diambil sesebuah bottle warmer untuk memanaskan botol bayi juga harus dititikberatkan. Lebih cepat ia panaskan botol susu bayi, lebih mudah kerja anda, terutamanya jika si manja anda inginkan susu pada tengah malam.

12 Bottle Warmer Terbaik di Malaysia

Terdapat banyak pilihan botol warmer atau pemanas susu di pasaran, tetapi di sini kami senaraikan pemanas susu yang mendapat permintaan tinggi di atas talian. 

Bottle Warmer Terbaik
Avent Fast Electric Bottle Warmer
Terbaik untuk nyahbeku susu dari sejuk beku
Beli di Shopee
Autumnz - Home & Car Bottle Warmer
Terbaik serbaguna dan mudah dibawa
Beli di Shopee
Little Bean Home and Car Baby Bottle Warmer
Terbaik memanaskan susu dan makanan bayi dengan atau tanpa air
Beli di Shopee
SUPERMAMA Portable Milk Warmer
Terbaik alat pemanasan pintar dan mudah alih
Beli di Shopee
Boboduck 4 in 1 Baby Milk Bottles Warmer & Sterilizer F6211
Terbaik memanaskan susu sambil merebus 2 botol susu
Beli di Shopee
Mafababe 5 in 1 Multifunctional Baby Bottle Sterilizer
Terbaik membasmi kuman dengan kadar pensterilan setinggi 99%
Beli di Shopee
Dearevery Milk Bottles Warmer & Sterilizer
Terbaik boleh ubah pelarasan suhu
Beli di Shopee
Momama Intelligent Portable Milk Bottle Warmer
Terbaik sesuai dengan 80% jenama botol susu Wide Neck
Beli di Shopee
Mimo Baby 6 in 1 Smart Multifunctional Milk Warmer
Terbaik serbaguna dengan harga murah
Beli di Shopee
Coby Haus Baby Bottle Warmer V2
Terbaik dengan pemanasan pantas
Beli di Shopee
Bear 4 in1 Baby Bottle Warmer
Terbaik jimat tenaga
Beli di Shopee
MAMON Bottle Warmer
Terbaik dengan skrin sentuh canggih
Beli di Shopee

Avent Fast Electric Bottle Warmer

Terbaik untuk nyahbeku susu dari sejuk beku

Avent Fast memanaskan botol susu dengan pantas, sesuai dengan namanya. Produk ini juga mudah dikendalikan dengan panduan pemanasan yang berguna, malah mempunyai tetapan untuk nyahbeku susu yang baru dikeluarkan dari sejuk beku!

Pasti lebih mudah buat parents yang tidak sempat mencairkan susu terlebih dahulu.

Bottle warmer Philips Avent Electric Bottle Warmer ini juga memenangi TAP Awards 2023 sebagai satu bottle warmer terbaik. Kalau nak mencari bottle warmer terbaik, ini merupakan pilihan yang bagus untuk parents!

Apa yang kami suka:

  • Memanaskan botol susu dalam 3 minit
  • Memanaskan dengan cepat dan sekata
  • Tetapan nyahbeku untuk botol bayi
  • Pastikan susu suam dengan suhu yang sempurna
  • Boleh digunakan untuk memanaskan makanan bayi
  • Sesuai dengan botol dan bekas Philips Avent

Autumnz - Home & Car Bottle Warmer

Terbaik serbaguna dan mudah dibawa

Autumnz merupakan pengeluar barangan jenama ibu dan bayi yang dipercayai bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Pemanas susu Autumnz bukan sahaja boleh digunakan di dalam rumah, malah boleh digunakan di dalam kereta.

Tetapi pastikan kereta tidak bergerak ya, kerana air panas berisiko untuk tertumpah pula. Saiznya juga kompak jadi parents tak perlu risau untuk membawa beg yang besar untuk mengisi pemanas susu ini.

Apa yang kami suka:

  • Boleh digunakan dengan mudah di rumah dan di dalam kereta
  • Selamat digunakan: Memanaskan secara perlahan
  • Mudah digunakan: Tambahkan air dan sesuaikan tetapannya
  • Sesuai untuk semua jenis makanan: Susu & makanan bayi dari peti sejuk atau suhu bilik
  • Sesuai dengan sebilangan besar botol dan balang makanan bayi - cukup luas untuk memenuhi sebilangan besar jenama botol seperti Avent, Tommee Tippee, MAM, Dr Browns, dan lain-lain.

Little Bean Home and Car Baby Bottle Warmer

Terbaik memanaskan susu dan makanan bayi dengan atau tanpa air

Little Bean Bottle Warmer memanaskan susu dan makanan bayi yang lain dengan selamat dan cepat. Ia dicipta untuk kegunaan rumah dan kereta, sesuai untuk semua ibu bapa yang sentiasa on-the-go!

Tambahan lagi, ia boleh berfungsi dengan atau tanpa air, menarik bukan? Selain menjimatkan tenaga, produk ini juga bebas BPA dan boleh diguna untuk memanaskan makanan si manja juga.

Apa yang kami suka:

  • Kegunaan di rumah dan dalam kereta
  • Berfungsi dengan atau tanpa air
  • Suhu tepat
  • Bahan selamat
  • Penyimpanan yang mudah
  • Serasi digunakan botol semua saiz

SUPERMAMA Portable Milk Warmer

Terbaik alat pemanasan pintar dan mudah alih

Supermama Portable Milk Warmer merupakan alat pemanasan pintar dan pastinya salah satu bottle warmer terbaik yang membolehkan parents memanaskan susu bayi dengan tepat, selamat & mudah.

Yang menariknya pemanas susu ini tidak perlu menggunakan wayar, di mana ia bersifat mudah alih! Ibu cuma perlu cas sahaja dan pemanas ini sudah boleh digunakan sehingga 5-8 jam. 

Apa yang kami suka:

  • Serasi dengan kebanyakkan botol susu wide neck
  • Wireless
  • Pemindahan haba yang lebih stabil dan mengelakkan pemanasan berlebihan
  • Mempunyai 4 tetapan suhu untuk kegunaan berlainan sama ada memanaskan makanan, memanaskan susu, menyahbeku dan sebagainya
  • Reka bentuk yang moden dan comel!

Boboduck 4 in 1 Baby Milk Bottles Warmer & Sterilizer F6211

Terbaik memanaskan susu sambil merebus 2 botol susu 

Jika anda mencari pemanas susu yang boleh melakukan lebih dari itu, Boboduck 4 in 1 merupakan pilihan terbaik buat parents.

Ia bukan sahaja memanaskan susu, malah boleh steril dan merebus botol susu menggunakan produk yang sama.

Ia boleh digunakan untuk memanaskan 2 botol susu pada masa yang sama, sesuai untuk ibu yang mempunyai lebih dari seorang anak yang minum susu.

Apa yang kami suka:

  • Fungsi pemanasan, suam, pensterilan dan merebus
  • Diperbuat dari material PP, PTE, ABS
  • Sesuai untuk sebilangan besar botol susu
  • Boleh memuatkan 2 botol susu
  • Reka bentuk selamat - Kuasa terputus secara automatik apabila penutup dibuka semasa operasi
  • Dimensi : 205 x 134 x 246 mm / 8 x 5.2 x 9.6 inci

Mafababe 5 in 1 Multifunctional Baby Bottle Sterilizer

Terbaik membasmi kuman dengan kadar pensterilan setinggi 99%

 

5 in 1 Multifunctional Baby Bottle Sterilizer  keluaran Mafababe ini pasti menjadi pilihan ibu ayah yang mencari botol warmer terbaik yang serbaguna.

Ia boleh digunakan untuk pembasmian kuman, pengeringan, mengukus makanan dan memanaskan susu.

Selain itu, ia dapat mengekalkan takat suhu susu selama 12 jam secara berterusan dan menggunakan teknologi bisu, bunyi serendah 30db yang sama sekali tidak mengganggu seisi keluarga pada waktu malam.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai fungsi 5 dalam 1
  • Diperbuat daripada bahan PP, selamat dan mesra alam
  • Berfungsi sebagai pengukus dan mudah memanaskan makanan tambahan
  • Struktur storan berkapasiti besar dua lapis boleh mensterilkan 10 botol susu, pacifier, pinggan mangkuk dan produk bayi lain pada masa yang sama
  • Casis dinaik taraf, mudah dibersihkan dan tidak cepat kotor
  • Dimensi: 27 x 18 x 37cm

Dearevery Milk Bottles Warmer & Sterilizer

Terbaik boleh ubah pelarasan suhu

Sama seperti brand Boboduck, botol warmer ini juga boleh berfungsi 4 dalam 1 iaitu memanaskan susu, memanaskan makanan tambahan, melakukan pensterilan dan mengekalkan suhu. Setiap kegunaan boleh diubah pelarasan suhu yang sesuai. 

Bukan itu sahaja, pemanas susu pelbagai kegunaan ini memanaskan susu dengan tempoh yang singkat, jadi bayi tidak perlu merengek kehausan. Ia juga mempunyai lampu mod standby untuk digunakan pada waktu malam. 

Apa yang kami suka:

  • Fungsi pemanasan, suam, pensterilan dan merebus
  • Boleh memuatkan 2 botol susu
  • Memanaskan susu dalam tempoh yang cepat
  • Mempunyai lampu untuk kegunaan malam
  • Tidak berbunyi dan tidak menganggu

Momama Intelligent Portable Milk Bottle Warmer

Terbaik sesuai dengan 80% jenama botol susu Wide Neck

Jika anda khuatir pemanas susu yang anda beli tidak sesuai dengan botol sedia ada, pilihlah Momama Intelligent Portable Milk Bottle Warmer. Ia boleh digunakan untuk 80% jenama botol susu Wide Neck seperti:

  • Philip Avent, Arley, Richell, CHU CHU, Combi, HiTo, UPID, SpeCtra, DoubleHeart, Snow Bear, Nip, Bebe Comfort, Lansinoh, Yo Yo Monkey,Piyopiyo,  Grossmimi cherry, US Baby, Tutu, YANXUAN, dan Autumz PP & PPSU WIDE NECK.

Mungkin, botol susu yang anda gunakan terdapat dalam salah satu senarai di atas. Ia merupakan botol warmer mudah alih, lengkap dan mudah digunakan. 

Apa yang kami suka:

  • Mudah alih, padat & mudah digunakan
  • Boleh dicas menggunakan kabel Jenis-C
  • 4 jam diperlukan untuk mengecas penuh
  • Automatik kekal panas apabila mencapai suhu
  • Memanaskan susu hanya dalam 8-10 minit (bergantung kepada jumlah susu)
  • Mempunyai 3 tetapan suhu berbeza
  • Plat Pemanas Tahan Karat gred makanan
  • Penutup silikon
  • Kapasiti bateri terbina dalam 5000 mAh
  • Sesuai digunakan untuk 80% jenama botol susu

Mimo Baby 6 in 1 Smart Multifunctional Milk Warmer

Terbaik serbaguna dengan harga murah

Pada harga bawah RM100, anda boleh membeli bottle warmer dengan fungsi 6 dalam 1 menerusi jenama Mimo Baby tanpa perlu mengeluarkan wang yang lebih.

Enam fungsinya adalah seperti memanaskan susu, memanaskan makanan, steril botol, menyahbeku susu atau makanan, membuat yogurt, dan merebus telur.

Dengan kawalan mudah pada pad kawalan skrin sentuh yang besar, mod automatik yang tersedia dengan fungsi janji temu dan pemasa, jadi anda tidak perlu mematikan alat pemanas apabila susu siap dipanaskan.

Apa yang kami suka:

  • Boleh memanaskan 2 botol dalam satu masa.
  • Hampir kebanyakan jenama botol muat untuk digunakan dalam pemanas ini. Diameter botol kurang dari 7cm.
  • Tetapan Smart Milk Warmer untuk mengekalkan susu dalam suhu 45°C yang betul.
  • Pensteril wap 360 darjah sepanjang 100°C dengan satu sentuhan.

Coby Haus Baby Bottle Warmer V2

Terbaik dengan pemanasan pantas

Jika ibu mencari pemanas botol asas pada harga yang murah namun berkualiti tinggi, ibu boleh memilih Coby Haus iaitu jenama yang dipercayai dari Korea.

Hanya mengambil masa selama 3 minit sahaja untuk memanaskan susu, ia sangat menjimatkan masa lebih-lebih lagi jika anak menangis pada waktu malam dan tidak boleh menunggu lama si ibu menyiapkan susunya!

Walaupun harganya murah, pemanas botol ini juga mampu menyahbeku susu atau makanan bayi dengan sempurna.

Apa yang kami suka:

  • Mempunyai bekas untuk memanaskan makanan bayi
  • Boleh menyahbeku susu atau makanan bayi dengan sempurna
  • Susu dipanaskan sekata dalam tempoh 3 minit sahaja
  • Rekaan yang ringkas dan kemas

Bear 4 in1 Baby Bottle Warmer

Terbaik jimat tenaga

Antara kriteria lain ketika membeli bottle warmer adalah jimat tenaga. Bear adalah jenama yang sangat mementingkan penjimatan elektrik dalam setiap barangan yang dikeluarkan kepada pengguna.

Bottle warmer mereka menggunakan pemanas PTC yang cekap dan tenaga rendah dijamin pada kelajuan 5 minit jadi ia sangat menjimatkan tenaga walaupun air dan susu dipanaskan dalam dua botol pada masa yang sama.

Selain memanaskan susu, bottle warmer ini juga mempunyai fungsi steril dan memanaskan makanan, Sangat memudahkan ibu ayah!

Apa yang kami suka:

  • Bahan bebas BPA menjamin keselamatan bayi
  • Penutup kalis habuk menghalang nyamuk dan habuk daripada masuk
  • Boleh memuatkan dua botol dalam satu masa
  • Jaminan 2 tahun
  • Saiz yang besar serta mempunyai ruangan pemanas botol yang luas.
  • Rekaan yang kemas serta moden dan dibekalkan pemantauan suhu digital.

MAMON Bottle Warmer

Terbaik dengan skrin sentuh canggih

Dengan rekaan yang cukup menarik, ibu yang mementingkan gaya boleh memilih pemanas botol ini dengan pelbagai fungsi canggih yang lain.

Mudah dikendalikan hanya sentuh skrin besar dan kendalikan dengan sentuhan ringan tanpa kekerasan, peredaran wap suhu tinggi, tiada pembasmian kuman sudut mati walaupun ada pengaliran haba suhu air.

Malah ibu boleh menyimpan susu suam selama 24 jam kerana suhu yang konsiten tanpa merosakkan susu bayi dan beri bayi anda susu pada bila-bila masa. Sangat mudah kan?

Apa yang kami suka:

  • Boleh memuatkan dua botol dalam satu masa
  • Mudah digunakan serta mempunyai rekaan yang moden
  • Mempunyai fungsi yang pelbagai serta mudah digunakan
  • Sesuai untuk kebanyakan jenis botol susu

Perbandingan Harga Bottle Warmer Terbaik

Jenama Harga
Avent Fast Electric Bottle Warmer RM169.00
Autumnz - Home & Car Bottle Warmer RM82.80
Little Bean Home and Car Baby Bottle Warmer RM95.90
SUPERMAMA Portable Milk Warmer RM249.00
Boboduck 4 in 1 Baby Milk Bottles Warmer & Sterilizer F6211 RM145.00
Mafababe 5 in 1 Multifunctional Baby Bottle Sterilizer RM126.90
Dearevery Milk Bottles Warmer & Sterilizer RM49.58
Momama Intelligent Portable Milk Bottle Warmer RM175.00
Mimo Baby 6 in 1 Smart Multifunctional Milk Warmer RM74.99
Coby Haus Baby Bottle Warmer V2 RM99.00
Bear 4 in1 Baby Bottle Warmer RM99.00
MAMON Bottle Warmer RM176.00

Dengan ini, kami di TheAsianparent berharap agar artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah di luar sana dalam mencari botol warmer terbaik buat si manja agar proses penyusuan bayi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga9 Petua Banyakkan Susu Badan

Baca juga: Si Manja Tolak Botol Susu? Ini 7 Jenama Botol Susu Terbaik & Bagus, Pasti Anak Terima!

Baca juga: Susu Untuk Bayi Sembelit Terbaik: Ini 7 Pilihan Untuk Anak Yang Sukar Buang Air Besar

Penulis

Noorhidayah