Pemakaian pendakap gigi atau braces kini menjadi trend kebanyakan anak muda. Pada hakikatnya ia bertujuan memperbetulkan gigi kepada kedudukan lebih ideal.
Walau bagaimanapun pakai braces ini dijadikan fesyen tanpa menghiraukan kesannya terhadap keselesaan, proses mengunyah makanan atau pertuturan.
Budak kecil pakai braces gigi buat ramai netizen kurang senang
Sebuah rakaman video yang memaparkan wajah seorang kanak-kanak telah memakai braces gigi atau pendakap gigi telah mengundang kecaman masyarat di negera seberang, Indonesia.
Hal ini kerana tindakan tersebut dianggap tidak sesuai dipakaikan ke atas budak yang masih kecil.
Berdasarkan video yang tular di TikTok, seorang kanak-kanak perempuan telah didandan cantik dengan lapisan mekap pada wajahnya. Bukan itu sahaja, dia matanya juga dipakaikan contact lens.
Manakala bibirnya dioles dengan gincu berwarna merah jambu. Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah gigi braces yang dipasangkan pada kanak-kanak tersebut.
Tindakan ibu ayah kanak-kanak itu telah menerima banyak kecaman ramai kerana ia boleh membahayakan proses pertumbuhan gigi disebabkan struktur rahang dan gigi pada usia tersebut masih belum tumbuh sepenuhnya.
Antara komen pengguna Tiktok:
“Kawan saya pakai pendakap gigi sejak kecil sehingga menyebabkan giginya menjadi pelik. Rahangnya kelihatan aneh sedangkan keadaan asalnya elok sahaja. Sehingga sekarang dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana jika mahu perbetulkan kembali, ia akan menelan belanja berpuluh-puluh juta rupiah.”
”Allahuakbar… ada kes budak sakit gigi, tahan sakit sampai meninggal, tapi tu bukan salah mak ayah, sebab memang gigi budak tu sakit, dan dah ajal budak tu kan, ni yang sihat, g pakaikan pendakap gigi ni, org dewasa pakai pun sakit, apa lagi budak..
adoi lah, doktor yang pakaikan ni mesti doktor palsu, mak ayah budak ni pun satu, kenapalah bahayakan anak? kesian kan, kecik lagi kena tanggung sakit. Ni kalau kat Malaysia ni memang tak dapat lah pakai pendakap gigi untuk budak bagi tujuan saja-saja, memang kena lucut jawatan doctor tu agaknya
”Kesian pemikiran mak ayah dia. Aku yang dewasa pakai braces ni pun, dekat lima bulan tak boleh nak makan nasi. Hanya bubur je yang boleh nak telan. Dia punya sakit bengkak dan tidak boleh tidur malam jangan cerita. Berdenyut semua gusi. Tahan sakit gigi ni rasa sampai ke jantung. Macam mana lah pemikiran mak ayah dia. Aduhai.”
Jenis gigi yang boleh pakai braces
Menurut penjelasan Pakar Perunding Ortodontik, Jabatan Ortodontik Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Rohaya Megat Abdul Wahab, kanak-kanak yang menghadapi masalah maloklusi seperti gigi berlapis atau jongang boleh mendapatkan rawatan pakai braces atau pendakap gigi seawal usia 12 tahun.
”Mereka yang berusia melebihi 12 tahun dilihat sesuai sekiranya ingin pakai braces memandangkan gigi susu telahpun tanggal dan adanya gigi kekal.”
”Ibu ayah perlu membawa kanak-kanak ini hadir ke klinik atau hospital berkaitan bagi mendapatkan nasihat yang betul sebelum keadaannya menjadi lebih teruk.”
Bagi anak yang berdepan masalah gigi jongang, kaedah rawatan aplians fungsi adalah paling sesuai memandangkan mereka masih dalam proses tumbesaran.
Manakala bagi kanak-kanak atau remaja mempunyai masalah gigi berlapis, mereka sesuai dirawat menggunakan aplians tetap.
Tips sebelum dan selepas pakai braces pada anak
Dr Rohaya turut menasihatkan ibu ayah untuk membawa anak berjumpa doktor gigi seawal usia bagi membiasakan mereka dengan persekitaran klinik.
Di samping itu, doktor atau jururawat pergigian dapat mengajar cara-cara penjagaan kesihatan mulut yang baik.
Menyentuh tentang penjagaan selepas pakaikan pendakap gigi pada kanak-kanak, beliau berkata ia tidaklah terlalu sukar.
Si pemakai hendaklah memastikan kebersihan gigi yang baik dan tidak makan makanan keras, liat atau melekit kerana boleh menyebabkan braces gigi tertanggal daripada permukaan gigi.
Harga braces gigi kanak-kanak dan remaja
Braces gigi harga bagi kanak-kanak bergantung pada berapa lama si manja anda perlu memakainya. Menurut Consumer Guide to Dentistry, harga braces gigi berbeza-beza mengikut jenis pendakap yang disyorkan.
- Dengan pendakap gigi tradisional, kosnya didorong oleh bayaran yang akan dikenakan oleh pakar ortodontik untuk rawatan ortodontik mengikut keperluan anak anda, yang merangkumi lawatan berbilang kali sepanjang masa yang diambil untuk meluruskan giginya dalam tempoh setahun hingga tiga tahun.
- Pendakap gigi Damon biasanya lebih mahal pada mulanya, namun disebabkan pendakap ini jenis ligat sendiri (self-ligating), bayaran lawatan pergigian susulan anda menjadi kurang.
- Dengan Invisalign, anak anda akan menerima beberapa penjajar untuk digunakan dalam susunan tertentu, yang ditukar setiap dua minggu. Kosnya ditentukan oleh bilangan penjajar yang perlu untuk mencapai hasil yang sewajarnya.
Diharapkan supaya ibu ayah tidak memakaikan anak kecil dengan braces gigi sekiranya mereka tidak mempunyai sebarang masalah. Pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tukar Tekstur Makanan Bayi Seawal 7 Bulan, Ibu Tidak Perlu Tunggu Gigi Tumbuh Dahulu
Baca juga: Anak Kena Gigit Di Taska & Pipi Lebam Kesan Terjatuh, Pihak Taska Cuai Buat Ramai Berang
Baca juga: “Jangan Sikat Rambut Anak Masa Bayi, Nanti Gigi Jarang,”-Ini Penjelasan Dari Doktor