X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bahaya Anak Malas Mengunyah, Terus Telan Makanan, Gigi Rosak & Sukar Bercakap Jelas

4 min bacaan
Bahaya Anak Malas Mengunyah, Terus Telan Makanan, Gigi Rosak & Sukar Bercakap Jelas

Ibu mempunyai anak yang menikmati makanan tanpa mengunyah terlebih dahulu? Tahukah anda bahawa tabiat ini boleh menjejaskan kesihatan dan perkembangannya

Gaya pemakanan adalah proses yang paling penting agar anak-anak dapat memperoleh nutrien mencukupi bagi tumbesarannya. Namun tidak dinafikan bahawa pelbagai halangan terpaksa dihadapi oleh ibu ayah ketika waktu makan iaitu anak malas mengunyah makanan dan segera menelan begitu sahaja.

Pastinya anda tertanya-tanya adakah ia selamat atau berbahaya untuk kesihatan si manja?

Tabiat anak malas mengunyah makanan

malas mengunyah makanan

credit to sources

Ketika tibanya waktu makan, ia sebenarnya tergolong dalam aktiviti fizikal yang bermanfaat untuk melatih mulut, rahang dan gigi.

Menurut Dr. Roy, ia tidak berbahaya kerana ketika anak malas mengunyah makanan, mungkin disebabkan oleh pergerakan rahang, mulut serta lidah masih belum terbentuk dengan baik.

Oleh itu jika keadaan ini terus berlaku seiring dengan perkembangannya, ibu ayah perlulah mendapatkan rujukan daripada pihak perubatan.

‘’Bukan itu sahaja, rasa dan rangsangan makanan yang terlalu rendah boleh menyebabkan berlakunya masalah. Apabila anda memberikan tekstur kasar atau anak tidak menyukainya, mereka mungkin terpaksa telan,’’ jelasnya.

#1. Menjejaskan kesihatan gigi

Dalam hal ini, Dr. Roy turut menambah bahawa tabiat malas mengunyah makanan boleh menjadi masalah besar dan berlanjutan sekiranya anak mencapai usia 2 tahun.

Tempoh usia ini sebenarnya dia sudah mula mengambil makanan padat. Usia emas terbaik dan penting untuk merangsang perkembangan fungsi mengunyah anak adalah sejak dia mendapat MPASI iaitu memasuki usia 6 bulan sehinggalah 2 tahun.

Menurut Dr. Dita Firdiana pula, sekiranya anda menghadapi masalah anak malas mengunyah, ia boleh menyebabkan rahang menjadi sempit dan boleh menjejaskan kesihatan gigi apabila melangkah alam dewasa.

“Gigi berlapis boleh disebabkan oleh faktor genetik, persekitaran dan tabiat buruk. Jadi, malas mengunyah ini menjadi faktor persekitaran,” ujarnya.

#2. Menganggu perkembangan rahang

kesan anak malas mengunyah

credit to sources

Selain itu, kebiasaan anak yang malas menggigit dan mengunyah makanan ringan terlalu kerap berupaya mengalami gangguan perkembangan rahang sehingga tidak ada langsung ruang untuk gigi kekal tumbuh pada kemudian hari.

Apa yang ibu ayah perlu tahu adalah tekanan mekanikal dari ketegangan otot di sekitar rahang ketika makan atau melakukan aktiviti harian dapat membentuk keseluruhan tulang wajah.

“Sekiranya anda sering memberikan anak makan daging atau makanan keras, ia akan memiliki tulang rahang yang lebih bulat dan luas. Semasa mengunyah makanan lembut, rahangnya lebih sempit,” tambahnya.

#3. Gigi anak mudah rapuh

Tidak hanya itu, anak yang malas mengunyah makanan cenderung memiliki gigi yang rapuh.

“Nutrisi tidak lengkap menyebabkan gigi menjadi rapuh. Dalam hal ini jika anak terus menelan tanpa mengunyah terlebih dahulu, ia menyebabkan mekanisme pembersihan mulut tidak lagi berfungsi.’’ Jelasnya.

Tambahan pula, pH dalam mulut anak akan menjadi tidak seimbang. Keadaan ini menjadikan gigi lebih lembut dan bakteria menyerang pada rongga dengan lebih mudah.

#4. Sukar untuk berbicara dengan baik

tabiat malas mengunyah makanan

credit to sources

Apabila gigi bayi anda tidak baik, ia turut mempengaruhi kemampuannya untuk berbicara kerana ada huruf-huruf tertentu dalam pengucapan memerlukan kemampuan gigi.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

“Selain masalah bercakap, ada kesan psikologi pada anak-anak juga iaitu si manja rasa tidak selesa dan keadaan ini sekaligus menjejaskan perkembangan sosial mereka ketika bersama rakan sebaya,” tambahnya.

Tips menghadapi anak malas mengunyah makanan

  • Variasikan makanan. Hidangkan pelbagai menu untuk anak-anak dan jangan sampai memaksa anak untuk mengambilnya. Sekiranya anak tidak suka makan bertekstur keras, anda boleh menyajikan bubur nasi atau makan sup bagi memudahkan mereka menikmatinya.
  • Bina suasana makan yang selesa. Ketika tiba waktu makan, jauhkan anak-anak dari sumber gangguan, misalnya makan di depan televisyen atau semasa bermain.
  • Sedikit tetapi kerap. Hadkan waktu makan anak tidak lebih dari 30 minit walaupun dia belum selesai makan.

Kesimpulannya, tidak ada masalah jika anak makan dalam kuantiti yang sedikit. Dengan syarat anda dapat memastikan dia makan lebih kerap. Bukan itu sahaja, ibu perlu menekankan pemakanan yang sihat bagi membekalkan keperluan nutrisi optimum diperlukan oleh tubuh badan.

Sumber: Tribunnews

Photos: credit to sources

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combahaya-makan-malam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Bahaya Anak Malas Mengunyah, Terus Telan Makanan, Gigi Rosak & Sukar Bercakap Jelas
Kongsikan:
  • Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Caranya Menurut Islam

    Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Caranya Menurut Islam

  • Anak Gemuk & Kuat Makan Belum Tentu Sihat, Ia Boleh Menganggu Perkembangan Otak!

    Anak Gemuk & Kuat Makan Belum Tentu Sihat, Ia Boleh Menganggu Perkembangan Otak!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Caranya Menurut Islam

    Uri Bayi Harus Diuruskan Sebaiknya, Ini Caranya Menurut Islam

  • Anak Gemuk & Kuat Makan Belum Tentu Sihat, Ia Boleh Menganggu Perkembangan Otak!

    Anak Gemuk & Kuat Makan Belum Tentu Sihat, Ia Boleh Menganggu Perkembangan Otak!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.