Mencari Pam Susu Elektrik Yang Terbaik? 8 Breast Pump Ini Memudahkan Tugas Ibu Yang Sibuk Bekerja
Pam susu elektrik terbaik sememangnya diperlukan para ibu demi memudahkan proses mengepam susu untuk stok minuman si comel.
Buat para ibu yang runsing dalam mencari pam susu elektrik terbaik dalam memudahkan proses pengepaman dan penyusuan, anda boleh ketahuinya dengan hanya perlu menjawab kuiz di sini.
Mana satu pilihan ibu, pam susu elektrik terbaik atau sekadar pam manual sahaja?
Apabila mulai menjadi ibu, pastinya penyusuan susu ibu merupakan salah satu aspek penting dalam membesarkan si manja. Sama ada melakukan penyusuan melalui botol atau terus dari payudara, menyusukan anak merupakan satu tugas yang kelihatannya mudah namun hakikatnya sangat perlu diberikan perhatian ya.
Berbicara hal harga, ada pelbagai jenis pam yang sesuai dengan bajet anda dan ibu pasti tidak mahu membazir dengan mendapatkan pam yang tidak sesuai. Dalam hal ini, ibu perlu tahu yang pam susu datang dalam harga berbeza mengikut jenis.
Contohnya pam elektrik lebih mahal berbanding manual, jadi ibu boleh memilih sama ada mahu guna breast pump manual atau pam susu elektrik terbaik di pasaran.
Isi Kandungan
Memilih Pam Susu Elektrik Terbaik
Bagi memastikan si manja mendapat bekalan nutrisi yang berkhasiat dan cukup, ibu pasti ingin mendapatkan pam susu terbaik untuk memudahkan proses ini bukan?
Namun pemilihan pump on the go juga perlu diambil kira perihal keselesaan dan kesesuaian dengan si ibu. Selain memilih corong yang sesuai dengan saiz puting ibu, ada beberapa lagi perkara yang perlu diketahui sebelum mendapat pam susu pilihan seperti:
1. Keselesaan
Mengepam susu boleh jadi salah satu rutin di kalangan para ibu yang menyusukan anak. Jadi, sudah tentu keselesaan menjadi faktor yang sangat penting dalam pemilihan breast pump.
Pam haruslah mudah dipegang, dalam saiz yang sesuai dan mudah untuk dipasang atau dibersihkan agar ibu boleh menghadapi hari tanpa stress.
2. Kekerapan penggunaan
Bagi ibu yang bekerja, pastinya perlu pam susu 3-4 jam sekali di tempat kerja berbanding dengan suri rumah yang melakukannya sambil diselang seli dengan penyusuan dari payudara.
Jadi ibu yang bekerja perlu bijak membeli pam yang bersesuaian yang boleh bertahan untuk penggunaan beberapa tahun. Manakala ibu yang kurang mengepam boleh menggunakan pam yang tidak heavy duty.
3. Saiz dan mobiliti
Saiz breast pump juga memainkan peranan penting juga ya. Ini kerana bagi ibu yang bekerja pastinya mahukan pam yang mudah dibawa ke mana-mana, tidak bising dan tahan lama. Manakala suri rumah pula lebih fleksibel untuk menggunakan breast pump manual atau dalam sebarang saiz.
8 Pam Susu Elektrik Terbaik di Malaysia
Kami ingin memudahkan anda dengan menyediakan senarai bagi 8 pam susu elektrik terbaik di Malaysia.
Anakku Double Electric Breast Pump
Pam Susu Elektrik Terbaik Seakan Hisapan Semula Jadi Bayi
Pam elektrik dari Anakku ini meniru corak menghisap semula jadi bayi di mana vakum automatik dilepaskan dalam setiap strok dan mencipta kitaran “pelepasan hisap" untuk meniru hisapan semula jadi bayi jadi ibu tidak akan terasa sakit ketika mengepam.
Reka bentuk anti aliran balik dengan injap sedut silikon gred makanan dapat memastikan susu tidak memasuki tiub pam payudara dan membolehkan pembersihan lebih mudah kerana susu tidak memasuki keseluruhan sistem.
Anakku Double Electric Breast Pump ini juga memenangi TAP Awards 2023 sebagai pam susu elektrik terbaik mempunyai mod urut sebanyak 5 kelajuan dan mod ekspresi juga dengan 5 kelajuan.
Apa yang kami suka:
Keselesaan:
- Pam tidak mengeluarkan bunyi bising dengan Teknologi Ultra-Senyap
- Pad silikon mengurut payudara dan perlahan-lahan meredakan kesakitan semasa mengepam, menjadikan pengepaman lebih selesa.
Kekerapan penggunaan:
- Hanya boleh digunakan dengan adanya plug elektrik.
Saiz dan mobiliti:
- Ringan, mudah dipasang dan mudah dibersihkan
- Percuma kit pemegang pam manual boleh tukar
Philips Avent Electric Breast Pump
Pam Susu Elektrik Terbaik Dengan Ciri Pintar Pelarasan Vakum
Breast pump dari Philips ini dicipta dengan ciri pintar pelarasan vakum Natural Emotion Technology yang mana mimik seakan bayi sedang menyusu. Jika ibu ayah tidak tahu, ketahuilah yang mana proses menyusu badan berjalan lancar kerana proses bayi yang menghisap dan menggerakkan lidahnya, menjadikan pengeluaran susu terhasil dengan cepat.
Dengan ciri tetapan pintar ini, mesin pam susu ini akan secara automatik dan dengan lancarnya menukar dari tetapan stimulasi ke ekspresi.
Ia hadir dengan kit ekspresi perlindungan silikon lembut yang mana ia akan menguncup sewaktu proses pengepaman. Ini akan merangsang puting payudara dan areola secara menerus agar proses pengeluaran susu berjalan lancar seakan bayi sedang menyusu.
Apa yang kami suka:
Keselesaan:
- Ciri pintar Natural Emotion Technology mimik bayi menyusu
- Stimulasi vakum dan sentuhan membolehkan mengepam susu dengan lebih cepat dan selesa
- Kit ekspresi perlindungan material silikon lembut
- Kekuatan sedutan bertaraf mesin pengepam susu hospital
Kekerapan penggunaan:
- Bateri boleh cas untuk penggunaan on-the-go
- Milk Ejection Reflex (MER) iaitu pengaliran susu dari alveoli menerusi struktur duktal ke pembukaan saluran di dalam puting mengambil masa hanya 51.8 saat untuk sebelah single bahagian, dan 46.1 saat untuk kedua-dua belah payudara.
Saiz dan mobiliti:
- Saiz kompak dan boleh dibawa ke pejabat dan ke mana sahaja
- Saiz silikon perlindungan areola yang boleh muat dengan selesa pada mana-mana saiz puting sekalipun
- Motor senyap
Real Bubee Double Auto Breast Pump
Pam Susu Elektrik Terbaik Kompak dan Tidak Bising
Breast pump elektrik dari Real Bubee ini bersaiz kompak dan ringan, pasti memudahkan para ibu untuk memberi yang terbaik buat si manja. Jika ibu sedang mencari pam elektrik yang tidak bising, pam susu dari Real Bubee ini merupakan pilihan yang baik dan sesuai untuk ibu yang bekerja.
Bukan sahaja ia berfungsi dengan menggunakan kabel elektrik, tetapi kalau ibu nak pam dalam kereta pun tiada masalah kerana produk ini boleh berfungsi menggunakan kabel USB sahaja!
Tidak hairanlah jika pam susu elektrik ini menjadi pilihan ramai ibu kerana harganya murah tapi sangat berkualiti.
Apa yang kami suka:
Keselesaan:
- Saiz yang comel dan ringan memudahkan ia mudah dibawa ke mana-mana dan senang untuk dibersihkan.
- Boleh berfungsi dengan menggunakan USB
- Paparan dan butang yang mudah dikendalikan
- 2 mod ekspresi dengan 9 laras sedutan untuk kesesuaian ibu
Kekerapan penggunaan:
- Pam elektrik yang boleh menggunakan USB jadi boleh pam sekiranya tiada bekalan elektrik
- Tidak bising jadi ibu boleh pam di rumah, dalam kereta atau tempat kerja tanpa masalah!
Saiz dan mobiliti:
- Saiz yang kompak dan ringan
- Mudah dipasang dan dicuci
Samu Giken Electric Wireless Portable 9 Speed Breast Pump
Pam Susu Elektrik Terbaik Tanpa Wayar
Pam susu Samu Giken ini mempunyai 9 tahap untuk tiga mod yang berbeza iaitu massage, expression dan suction. Pam ini sangat sesuai buat para ibu yang mahukan breast pump yang mudah untuk dikendali kerana saiznya yang mini. Tidak menggunakan sebarang tiub dan didatangkan tanpa wayar.
Apa yang bagusnya, silicon cup sangat lembut dan sedutan dia tidak menyakitkan puting payudara. Berbaloi beli dengan jaminan motor waranti 1 tahun penggunaan.
Apa yang kami suka:
Keselesaan:
- Pam ini dilengkapi dengan paparan LCD yang menunjukkan kuasa sedutan yang boleh dikawal sendiri oleh ibu.
- Silikon lembut tidak menyakitkan puting sepanjang proses penyedutan.
Kekerapan penggunaan:
- Pam ini sesuai digunakan oleh ibu yang kerap pam di tempat kerja dalam kadar yang sederhana.
Saiz dan mobiliti:
- Selain reka bentuk yang cantik, saiz breast pump ini juga kecil dan muat untuk dikendali dengan sebelah tangan sahaja.
- Mudah dibawa dalam beg yang tidak terlalu besar.
Spectra S1 Plus Hospital Grade Double Breast Pump
Terbaik Setanding Gred Hospital
Bagi ibu yang mencari pam susu yang tidak bising untuk digunakan di tempat kerja, pam susu Spectra ini mungkin boleh dipertimbangkan. Breast pump ini bukan sahaja cantik malah setanding gred hospital.
Pam susu Spektra adalah satu-satunya pam susu elektrik yang menawarkan mod urutan (turun) untuk merangsang pengeluaran susu ibu dengan lebih lancar.
Apa yang kami suka:
Keselesaan:
- Menyediakan urutan 5x dengan tekanan sedutan sebanyak 300mmHg untuk melegakan kesakitan akibat pembengkakan payudara dan merangsang penyusuan yang lebih baik.
- Dilengkapi dengan double pump yang memudahkan ibu melakukan pam secara serentak dan lebih pantas.
Kekerapan penggunaan:
- Dilengkapi dengan Bateri Lithium-Ion yang boleh dicas semula dan boleh digunakan sebanyak 2-3kali dalam setiap sesi 30min tetapi juga bergantung pada tetapan pengguna.
Saiz dan mobiliti:
- Selain tidak mengganggu dengan bunyi yang kuat, motor pam ini juga kecil dan ringan untuk dibawa kemana-mana.
- Ia juga mempunyai paparan LCD yang lebih besar dengan night mode jadi tidak menganggu tidur si manja.
Pigeon GoMini Electric Portable
Terbaik On-The-Go
Pam susu Pigeon Portable sesuai khas buat para ibu yang sentiasa on-the-go!
Apa yang kami suka:
Keselesaan:
- Comfort ProperFit™ Soft Silicone Cushion menyediakan meterai yang selamat dan sesuai untuk pengepaman yang lebih cekap.
- Pam ni didatangkan dengan 2 mod, stimulasi dan ekspresi dengan 6 tahap tekanan sedutan boleh laras.
Kekerapan penggunaan:
- Sesuai digunakan secara berkala terutamanya buat ibu yang tidak kerap mengepam.
- Boleh menggunakan USB power supply seperti powerbank untuk mengecas.
Saiz dan mobiliti:
- Reka bentuk yang sangat berbeza dengan bahagian pam yang lebih kurang berbanding pam lain membolehkan ia lebih mudah dipasang dan dibersihkan.
- Portable dan kompak, boleh dibawa ke mana-mana sepanjang masa.
- Botol disediakan dengan stand untuk elak dari susu tertumpah.
MafaBabe Hands Free Electric Breast Pump
Terbaik Jenama Lokal Dipercayai Ramai
MafaBabe Hands Free Electric Breast Pump yang comel ini bukan sahaja cantik, ia juga merupakan salah satu jenama yang paling dicari oleh ibu-ibu bekerjaya kerana boleh diselitkan di dalam bra.
Ia menawarkan 5 tetapan mod yang boleh laras dan setiap satu bekas mempunyai sebanyak 250ml yang cukup untuk menampung pengeluaran susu bagi kedua-dua belah payudara.
Apa yang kami suka:
Keselesaan:
- Mempunyai corong pam yang dilengkap silikon bubble yang menyerupai sistem urutan untuk payudara.
- Mempunyai sistem anti backflow untuk elak dari susu dari tercemar.
- Mengepam tanpa perlu memegang pam susu, sesuai untuk dipakai dengan bra biasa.
Kekerapan penggunaan:
- Pam ini sesuai digunakan oleh ibu yang kerap pam di tempat kerja dalam kadar yang sederhana.
Saiz dan mobiliti:
- Motor pam Autumn Swift bersifat senyap walaupun mempunyai 5 mod ekspresi untuk keselesaan ibu jadi ia sesuai untuk ibu yang pam di tempat kerja.
- Saiz yang comel dengan hanya satu pam tidak memerlukan ruang yang banyak.
Bumble Bee Mini Ultra Double
Terbaik Tahan Lasak Dan Berpatutan
Bumble Bee merupakan jenama pam susu yang kerap menjadi pilihan para ibu yang tidak mempunyai bajet yang tinggi. Ini merupakan keluaran terbaharu Bumble Bee yang lebih tahan lasak dan berfungsi untuk pam susu dengan lebih pantas dalam jumlah yang banyak.
Apa yang kami suka:
Keselesaan:
- Pam ini juga boleh direka dengan pam yang memimik hisapan susu bayi dengan 9 laras lembut untuk memudahkan pengeluaran susu yang kelihatannya seperti semulajadi.
- Corong yang direka untuk keselesaan ibu agar susu tidak tumpah.
Kekerapan penggunaan:
- Jangan risau sekiranya ibu lupa laras yang sesuai dengan ibu kerana pam ini mempunyai sistem memori yang akan ingatkan tetapan terakhir pada motor.
- Keamatan pam: maksimum> 50Kpa
Saiz dan mobiliti:
- Dengan harga yang berpatutan, anda bukan sahaja boleh mendapatkan pam susu dengan 2 corong malah mudah alih dengan saiz yang kecil.
- Kompak dan mudah dibawa ke mana-mana dengan diameter 9cm, ketebalan 5cm
Perbandingan Harga Pam Susu Elektrik Terbaik Di Pasaran
Jenama | Single/Double | Harga |
Anakku Double Electric Breast Pump | Double | RM247.70 |
Philips Avent Electric Breast Pump | Single & double | RM1459.00 |
Real Bubee Double Auto Breast Pump | Double | RM31.90 |
Samu Giken Electric Wireless Portable 9 Speed Breast Pump | Single | RM88.90 |
Spectra S1 Plus Hospital Grade Double Breast Pump | Double | RM958.00 |
Pigeon GoMini Electric Portable | Double | RM349.00 |
MafaBabe Hands Free Electric Breast Pump | Double | RM223.00 |
Bumble Bee Mini Ultra Double | Double | RM149.90 |
Tips Menjayakan Pengepaman Susu dan Penyusuan Badan
Penyusuan susu ibu pada dasarnya berfungsi berdasarkan permintaan dan penawaran. Semakin banyak ibu menyusukan anak, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Konsep ini juga boleh digunapakai semasa ibu menggunakan pam susu!
Tetatpi bagaimana pula sekiranya ibu mengepam sambil menyusukan badan? Ikuti petua ini untuk berjaya mengepam dan menyusu serentak:
1. Pam Selepas Penyusuan
Sebelum mengepam, pastikan ibu memberikan susu kepada anak terlebih dahulu bagi mengelakkan anak kelaparan. Mulakan mengepam setelah dua minggu kelahiran bayi supaya ada cukup masa untuk memastikan bekalan susu yang betul.
Jangka masa ini akan memberi tubuh ibu pemahaman yang tepat tentang berapa banyak susu yang diperlukan untuk dihasilkan. Setelah selesai mengepam, ibu boleh saja menyusui bayi dan mula boleh mengepam selepas 30 hingga 45 minit selepas itu.
2. Menyusu Atas Permintaan
Ibu juga boleh mengepam semasa menyusu ya, minta suami atau orang lain untuk menggendong bayi semasa ibu mengepam.
3. Jangan Stress!
Cuba elakkan tekanan kerana ini boleh menyebabkan pengurangan bekalan susu secara umum dan juga meningkatkan kadar kortisol ibu yang penting dalam pembentukan hormon penghasilan susu. Cari tempat yang tenang dan fikir tentang si manja mungkin dapat membantu ibu.
4. Pam Waktu Pagi
Sebilangan besar wanita lebih gemar mengepam susu pada waktu pagi kerana biasanya tubuh memberikan bekalan yang terbaik. Malah ada juga yang mengepam dengan banyak sehingga cukup untuk bekalan seharian si manja.Wow!
5. Tenang dan Kekal Terhidrat
Lakukan apa sahaja yang dapat membuatkan ibu tenang dan gembira. Yang penting, kerapkan minum air kosong dan elakkan kafein ya.
Jangan mengharapkan kesempurnaan setiap kali anda duduk mengepam. Jumlah susu yang dipam tidak akan selalu konsisten dan boleh berubah dari masa ke masa, malahan ramai ibu hanya pam sebanyak 2-3 auns sahaja.
Jadual Perahan Susu Ibu
Ibu bekerjaya dinasihatkan supaya berlatih untuk memerah susu dua minggu selepas kelahiran bayi. Namun jika ibu mengalami bengkak payudara, atau mempunyai susu berlebihan setiap kali selepas penyusuan, ibu boleh melakukan perahan susu mengikut keselesaan ibu.
Kebiasannya, pada awal sesi perahan, jumlah susu perahan memang sedikit, tetapi lama kelamaan akan meningkat selepas beberapa kali percubaan.
Pengumpulan stok susu pula boleh dimulakan secara intensif sekurang-kurangnya 1 bulan selepas kelahiran bayi. Ini kerana, dalam banyak keadaan, ibu akan rasa lebih tenang kembali ke tempat kerja sekiranya mempunyai stok susu yang mencukupi.
Hakikatnya, ramai ibu bekerjaya masih boleh berjaya menyusukan anak dengan memerah bekalan susu yang hanya cukup untuk keesokan hari. Paling penting ibu hendaklah sentiasa positif dan yakin kepada keupayaan diri.
Sebagai permulaan, ibu boleh memerah susu sebelah payudara sekiranya anak telah cukup untuk menghisap sebelah payudara satu lagi atau sekiranya ibu mempunyai peralatan pam yang sesuai, boleh menyusu dan perah secara tandem.
Ini biasanya akan memudahkan let down refleks, maka lebih banyak susu diperah. Pastikan ibu perah dan simpan susu pada bila-bila masa apabila masih ada susu yang berlebihan.
Bagi ibu yang masih belum mempunyai jadual latihan pemerahan susu, bolehlah rujuk kepada jadual latihan di bawah:
Cara Simpan Susu Ibu
Memandangkan susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi, cara penyimpanan susu tidak boleh diambil ringan. Tambahan pula susu ibu bersifat sensitif dan perlu pengurusan yang rapi sebelum, semasa dan selepas menyusu.
Susu perahan perlu dipastikan kebersihannya. Sebagai ibu, anda mesti sentiasa ingat untuk membersihkan tangan dan payudara anda sebelum memerah susu. Jika memerah susu menggunakan pam, pastikan pam yang akan digunakan itu sudah dicuci dan dikeringkan terlebih dahulu.
Semasa memerah susu, anda seharusnya tidak melakukan perkara lain yang melibatkan sentuhan tangan yang boleh mendatangkan kotoran. Kemudian, semasa proses penyimpanan susu, pastikan botol yang digunakan untuk menyimpan susu berada dalam keadaan bersih. Jika menggunakan plastik, pastikan ianya baru. Plastik simpanan susu tidak boleh dikitar semula.
Ibu boleh menyimpan susu badan untuk si manja dengan beberapa cara. Antaranya :
1. Peti sejukbeku (deepfreezer)
Susu perahan yang disimpan di dalam peti sejukbeku ini boleh bertahan selama lebih kurang 6 bulan. Lebih besar kapasiti muatan peti ais tersebut, lebih banyak susu yang boleh disimpan.
Namun begitu, cara penyimpanan adalah berbeza mengikut jenis peti ais. Untuk peti ais satu pintu, susu perahan boleh bertahan selama lebih kurang 2 minggu di dalam peti sejukbeku yang biasanya di sebelah atas.
Manakala jika peti ais anda mempunyai bahagian sejukbeku yang berasingan pintunya, susu perahan dapat disimpan Antara 3 hingga 4 bulan.
2. Peti sejuk chiller
Ibu boleh simpan susu badan di dalam peti sejuk (pada suhu 4 darjah Celsius atau lebih sejuk), sehingga 5 hari dalam keadaan yang bersih. Sebolehnya simpan di bahagian belakang peti sejuk kerana bahagian belakang adalah bahagian yang paling sejuk dan jauh dari makanan yang tak dimasak.
Walau bagaimanapun, adalah optimum untuk menggunakan susu yang disimpan dalam peti ais dalam masa 3 hari ye Mama.
3. Cooler bag
Ibu yang memerah susu di pejabat, anda boleh terus menyimpan susu perahan di dalam cooler bag jika tiada peti ais di pejabat. Jangan risau kerana susu perahan yang disimpan di dalam cooler bag yang terdapat pek ais akan bisa bertahan selama 24 jam.
Walaubagaimanapun, tempoh yang ideal ialah lebih kurang 8 hingga 10 jam bergantung kepada keadaan pek ais anda. Ini adalah kerana pek ais yang semakin mencair akan berubah suhunya. Pek ais dicipta sesuai dengan purata waktu bekerja normal iaitu 8 jam.
4. Suhu bilik
Simpan susu badan pada suhu bilik (tak lebih daripada 25 darjah Celsius) sehingga 6 jam. Susu badan yang baru dipam dapat disimpan pada suhu bilik sehingga 6 jam.
Walau bagaimanapun, ia adalah optimum untuk menggunakan atau menyimpan susu badan dengan betul dalam masa empat jam, terutamanya jika bilik ibu bersuhu suam.
Selain daripada mengambil tahu tempoh simpanan dan tempat menyimpan susu perahan, anda juga perlu menitikberatkan beberapa perkara di bawah dalam proses penyimpanan susu perahan.
- Letakkan susu perahan anda di bahagian paling dalam di dalam peti sejuk atau peti sejukbeku. Elakkan dari meletakkan susu perahan di bahagian pintu peti ais. Ini adalah untuk mengekalkan suhu susu tersebut.
- Hindari dari mencampurkan bahan basah anda yang lain seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya dengan susu perahan. Bau dari bahan basah tersebut akan mempengaruhi susu perahan dan dikhuatiri tidak sedap dinikmati oleh bayi anda.
- Susu yang telah dicarikan tidak boleh dibekukan semula. Kualiti susu dan nutriennya kemungkinan akan berkurangan atau tiada lagi.
- Anda tidak seharusnya mencampurkan susu perahan dengan sewenang-wenangnya. Susu perahan hanya boleh dicampur jika diperah pada hari yang sama dan juga berada di dalam keadaan suhu yang sama sahaja. Susu yang telah disejukkan tidak boleh terus dicampur kepada susu yang baru diperah. Sejukkan suhu perahan yang kedua terlebih dahulu agar suhunya sama sebelum mencampurkan kedua-duanya.
- Gunakan botol atau plastik khas untuk menyimpan susu. Botol yang tidak diiktiraf sebagai botol menyimpan susu akan dikhuatiri mempengaruhi susu perahan.
Jangan membandingkan diri anda dengan ibu lain kerana ia boleh menjadi lebih sukar dan membawa kepada tekanan. Kami berharap senarai ini dapat membantu ibu untuk mendapatkan breast pump elektrik terbaik pilihan anda.
Semoga berjaya!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Breast Pump Selamat Untuk Ibu-Ibu
Baca juga: 5 Kesan Sampingan Yang Anda Perlu Tahu Jika Selalu Guna Pam Susu
Baca juga: Panduan Membersihkan Pam Payudara Yang Harus Dibaca Semua Ibu