Buah Yang Tidak Boleh Dimakan Ibu Hamil Trimester 1, Sebaiknya Hindari Untuk Kesihatan Diri

Buah yang tidak boleh dimakan ibu hamil trimester 1 adalah 1) Nanas, 2)Betik Muda 3)Buah Nangka, 4) Durian
Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan makanan utama yang perlu ada dalam menu makanan ibu hamil setiap hari. Namun, ada beberapa jenis buah yang tidak boleh dimakan ibu hamil trimester 1.
Buah Yang Tidak Boleh Dimakan Ibu Hamil Trimester 1
Walaupun buah-buahan adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, ada beberapa jenis buah yang perlu dielakkan semasa trimester pertama kerana boleh memberi kesan negatif kepada kehamilan.
Berikut jenis buah yang tidak boleh dimakan ibu hamil trimester 1:
1. Betik Muda
Buah yang tidak boleh dimakan ibu hamil trimester 1 seperti betik muda mengandungi lateks yang dapat memicu kontraksi uterus sekaligus menyebabkan keguguran.
Boleh menyebabkan gejala alergi seperti hidung berair, bengkak mulut atau ruam kulit. Selain boleh juga menjadi punca kesukaran pernafasan yang perlu dirawat segera.
Sebaiknya ibu hanya ambil betik matang kerana mengandungi nutrisi sihat seperti folat, serat, kolin, kalium, betakarotin, Vitamin A, B dan C yang sangat bagus diamalkan ketika hamil.
2. Nanas
Buah yang tidak boleh dimakan ibu hamil trimester 1 iaitu nanas mengandungi bromelain iaitu enzim yang memecahkan protein.
Salah satu kesannya adalah dapat melembutkan servik hingga boleh menyebabkan bersalin pramatang. Kajian juga menunjukkan bromelain dapat menyebabkan pendarahan yang abnormal.
Namun, kesan ini tidak akan berlaku jika ibu hanya mengambil dalam jumlah yang kecil asalkan tidak berlebihan. Bahkan, makan nanas terlalu banyak juga boleh menyebabkan pedih ulu hati dan cirit birit serta dehidrasi.
3. Durian
Durian sering dianggap berbahaya kerana dikatakan boleh menyebabkan pendarahan semasa bersalin, keguguran atau lahir cacat. Namun, fakta ini tidak terbukti secara saintifik ya, ibu hamil.
Sebaliknya, durian sebenarnya kaya dengan antioksidan dan antibakteria yang bermanfaat untuk ibu hamil.
Walau bagaimanapun, ibu hamil disarankan makan durian secara sederhana kerana kandungan gulanya yang tinggi.
4. Nangka
Ada mitos yang menyebutkan nangka boleh menyebabkan keguguran atau cacat pada bayi. Hakikatnya, perkara ini tidak benar sama sekali.
Sebaliknya, nangka mengandungi vitamin C, antiradang, dan antibakteria yang bagus untuk kesihatan ibu hamil. Namun, seperti buah lain, makanlah nangka dalam jumlah yang sederhana sahaja.
5. Ciku
Buah yang tidak boleh dimakan ibu hamil trimester 1 seterusnya adalah ciku.
Ciku merupakan buah yang tinggi kandungan gula semula jadi. Bagi ibu yang berisiko tinggi menghidap diabetes semasa kehamilan, pengambilan ciku dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan peningkatan mendadak dalam kadar gula darah. Ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan ibu dan bayi.
6. Buah Yang Tidak Dicuci Bersih
Selain jenis buah tertentu, ibu hamil juga perlu berhati-hati dengan buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih. Buah yang tidak dicuci dengan sempurna boleh mengandungi pestisid atau bakteria seperti Listeria, yang boleh membahayakan janin. Pastikan setiap buah dibasuh di bawah air mengalir sebelum dimakan.
Tips Pengambilan Buah yang Selamat untuk Ibu Hamil
1. Pilih buah yang segar dan masak sempurna
Buah yang segar mengandungi nutrien yang lebih baik dan kurang risiko pencemaran.
2. Elakkan buah yang berpotensi menyebabkan kontraksi atau meningkatkan suhu badan
Buah seperti nanas, durian, dan anggur perlu diambil dalam kuantiti yang sangat sedikit atau dielakkan terus.
3. Basuh buah dengan bersih
Gunakan air mengalir dan berus lembut untuk membersihkan buah daripada kotoran, bakteria, atau sisa racun perosak.
4. Kupas kulit buah jika perlu
Kulit buah mungkin mengandungi bahan kimia atau kotoran yang sukar dibersihkan sepenuhnya.
5. Makan dalam jumlah yang sederhana
Walaupun buah adalah sumber vitamin, serat, dan mineral, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan atau masalah kesihatan tertentu.
6. Pelbagaikan jenis buah
Dengan memakan pelbagai jenis buah, ibu hamil dapat memastikan tubuh menerima pelbagai nutrien yang diperlukan untuk perkembangan bayi dan kesihatan diri.
7. Elakkan buah dalam bentuk yang diproses
Jus buah yang dibeli di luar, buah dalam tin, atau buah yang diawet sering mengandungi gula tambahan atau bahan pengawet yang kurang sihat.
Kesimpulannya, buah-buahan adalah sebahagian penting daripada diet sihat, ibu hamil perlu lebih berhati-hati dalam memilih jenis buah yang sesuai, terutamanya pada trimester pertama.
Dengan mengelakkan buah yang tidak boleh dimakan ibu hamil trimester 1 dan mengamalkan pemakanan yang seimbang, ibu dapat memastikan perkembangan bayi berjalan dengan baik dan kesihatan diri tetap terjaga. Jika ada sebarang keraguan, berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang tepat.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Nak Bayi Lahir Sihat & Sempurna, Ibu Amalkan 11 Makanan Terbaik Semasa Kehamilan Ini
Baca juga: Bolehkah Makan Durian Ketika Hamil? Ini Yang Para Ibu Perlu Tahu
Baca juga: 20 Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil & Garis Panduan Makanan Untuk Ibu Mengandung