X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Buah Nangka Untuk Ibu Hamil, Kebaikan Dan Kesan Sampingan Jika Diambil Secara Berlebihan

6 min bacaan
Buah Nangka Untuk Ibu Hamil, Kebaikan Dan Kesan Sampingan Jika Diambil Secara Berlebihan

Buah nangka untuk ibu hamil memiliki manfaat 1) Tinggi Nutrisi, 2) Meningkatkan Sistem Imun, 3) Mencegah Anemia, 4) Melancarkan Penghadaman

Pernah tak ibu hamil teringin nak makan nangka, tapi terus kena larang sebab “takut panas” atau “bahaya untuk kandungan”? Banyak pantang larang tentang makanan ketika hamil, namun benarkah buah nangka untuk ibu hamil adalah berbahaya atau sebenarnya memiliki manfaat yang ramai tidak tahu?

▲▼Isi Kandungan

  • Selamatkah Buah Nangka Untuk Ibu Hamil?
  • Manfaat Nangka Untuk Ibu Hamil
  • Kesan Sampingan Makan Nangka Berlebihan Saat Hamil
  • Bolehkah Ibu Hamil Makan Sayur Nangka Santan?
  • Siapa yang Tidak Boleh Makan Nangka Ketika Hamil?
  • Tips Makan Buah Nangka Untuk Ibu Hamil

Selamatkah Buah Nangka Untuk Ibu Hamil?

Jawapannya ialah ya, ibu hamil boleh makan nangka, tetapi dengan syarat ia dimakan dalam jumlah yang sederhana. Menurut pakar pemakanan, nangka tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya yang boleh memberi kesan buruk kepada kandungan.

Sebaliknya, ia kaya dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin, mineral, dan antioksidan yang baik untuk ibu hamil dan perkembangan janin. Namun, penting untuk memahami bahawa setiap individu mempunyai tahap toleransi yang berbeza terhadap makanan tertentu. 

Manfaat Nangka Untuk Ibu Hamil

Berikut beberapa manfaat buah nangka untuk ibu hamil:

1. Tinggi Nutrisi

Manfaat buah nangka untuk ibu hamil adalah tinggi nutrisi. Nangka mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin A, C, dan B6 serta mineral seperti kalium, magnesium, dan zat besi.

Ia membantu menyokong kesihatan ibu hamil secara keseluruhan serta menyokong pertumbuhan janin. Vitamin A menyumbang kepada penglihatan yang baik, sementara vitamin C bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan radikal bebas.

2. Meningkatkan Sistem Imun

Semasa hamil, sistem imun ibu menjadi lebih lemah untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran janin. Vitamin C dalam nangka membantu menguatkan sistem imun, menjadikan ibu lebih tahan terhadap jangkitan seperti selsema dan penyakit lain.

3. Mencegah Anemia

Advertisement

Manfaat buah nangka untuk ibu hamil juga dapat mencegah anemia.

Kekurangan zat besi adalah masalah biasa semasa kehamilan yang boleh menyebabkan anemia. Buah nangka mengandungi zat besi yang membantu meningkatkan pengeluaran hemoglobin dalam darah, sekaligus mencegah anemia dan meningkatkan bekalan oksigen kepada janin.

4. Melancarkan Penghadaman

Manfaat buah nangka untuk ibu hamil seterusnya adalah melancarkan penghadaman Kandungan serat dalam buah nangka membantu melancarkan sistem pencernaan, mencegah sembelit, dan memastikan kesihatan usus yang baik.

5. Mengawal Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh membawa kepada komplikasi seperti praeklampsia. Kalium yang terdapat dalam nangka membantu mengawal tekanan darah dengan merehatkan dinding saluran darah dan memastikan aliran darah yang lancar.

6. Meningkatkan Tenaga

Manfaat buah nangka untuk ibu hamil dapat meningkatkan tenaga. Hal ini kerana ia mengandungi gula semula jadi seperti fruktosa dan sukrosa yang memberikan tenaga segera kepada ibu hamil. Ini amat penting terutama bagi ibu yang sering merasa letih akibat perubahan hormon dan beban tambahan semasa mengandung.

7. Meningkatkan Kesihatan Tulang

Nangka kaya dengan kalsium dan magnesium, dua mineral penting yang membantu menguatkan tulang ibu dan menyokong perkembangan tulang janin. Kalsium juga diperlukan untuk fungsi otot dan saraf yang baik.

8. Meningkatkan Fungsi Saraf

Vitamin B6 yang terdapat dalam nangka penting untuk perkembangan sistem saraf janin. Ia membantu dalam pembentukan neurotransmitter seperti serotonin dan dopamin, yang menyokong keseimbangan emosi ibu hamil.

9. Mencegah Kerosakan Sel

Manfaat buah nangka untuk ibu hamil dapat membantu mencegah kerosakan sel. Antioksidan dalam nangka, seperti flavonoid dan fitonutrien, melindungi sel-sel tubuh ibu dan janin daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ini penting untuk mengurangkan risiko komplikasi kehamilan dan memastikan pertumbuhan janin yang sihat.

10. Mengurangkan Risiko Kekejangan Otot

Kekejangan otot, terutama di kaki, sering dialami oleh ibu hamil, terutama pada trimester ketiga. Kalium dalam nangka membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit dalam tubuh, sekaligus mengurangkan risiko kekejangan otot.

Kesan Sampingan Makan Nangka Berlebihan Saat Hamil

Meskipun memiliki manfaat, buah nangka juga boleh menyebabkan kesan sampingan jika pengambilan berlebihan ketika hamil. Antaranya adalah:

1. Gangguan Pencernaan

Kesan sampingan pengambilan buah nangka ketika hamil secara berlebihan adalah gangguan pencernaan seperti kembung perut atau cirit-birit kerana kandungan seratnya yang tinggi.

2. Meningkatkan Gula Darah

Buah nangka mengandungi gula semula jadi yang tinggi. Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan tahap gula dalam darah, terutama bagi ibu hamil yang menghidap diabetes gestasi.

3. Alahan

Alahan juga antara kesan sampingan makan buah nangka untuk ibu hamil yang berlebihan. Sesetengah individu mungkin mengalami reaksi alahan terhadap nangka. Tanda-tanda termasuk ruam kulit, gatal-gatal, atau masalah pernafasan.

Bolehkah Ibu Hamil Makan Sayur Nangka Santan?

Ya, ibu hamil boleh makan sayur nangka santan, tetapi dengan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

  1. Kandungan Santan yang Tinggi: Santan mengandungi lemak tepu yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan berlebihan dan meningkatkan risiko kolesterol tinggi. Sebaiknya, gunakan santan dalam jumlah sederhana atau gantikan dengan santan cair.
  2. Gas dan Kembung Perut: Nangka boleh menyebabkan kembung bagi sesetengah individu. Jika ibu hamil mempunyai masalah gastrik atau mudah kembung, elakkan makan dalam kuantiti banyak.
  3. Kawalan Gula Darah: Buah nangka mengandungi gula semula jadi yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah. Ibu yang mengalami diabetes ketika hamil (GDM) perlu makan dalam jumlah terkawal.

Tips Makan Sayur Nangka Santan Secara Sihat

  • Gunakan santan cair atau susu rendah lemak sebagai alternatif.
  • Masak dengan sedikit minyak dan elakkan penggunaan gula berlebihan.
  • Makan dalam kuantiti sederhana untuk mengelakkan gangguan pencernaan.

Siapa yang Tidak Boleh Makan Nangka Ketika Hamil?

1. Ibu Hamil Dengan Diabetes Gestasi (GDM)

Nangka mengandungi gula semula jadi dan mempunyai indeks glisemik yang tinggi, yang boleh menyebabkan lonjakan paras gula dalam darah. Ibu hamil yang menghidap GDM perlu menghadkan pengambilannya atau mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

2. Wanita Hamil Mempunyai Pencernaan Sensitif

Nangka kaya dengan serat, yang boleh menyebabkan kembung perut, gas, atau cirit-birit, terutama bagi mereka yang mengalami sindrom usus rengsa (IBS) atau perut sensitif.

3. Ibu Hamil Dengan Masalah Buah Pinggang Kronik

Nangka tinggi kandungan kalium, yang boleh membahayakan ibu hamil yang mempunyai penyakit buah pinggang kerana buah pinggang mereka mungkin sukar untuk mengawal tahap kalium dalam darah.

Tips Makan Buah Nangka Untuk Ibu Hamil

1. Kawal Kuantiti: Ambil nangka dalam jumlah sederhana, sekitar 1-2 cawan sehari, untuk mengelakkan kesan sampingan.

2. Pilih Nangka Matang: Nangka yang matang lebih mudah dihadam dan mempunyai rasa yang lebih manis serta tekstur yang lembut.

3. Elakkan Nangka Dalam Bentuk Diproses: Nangka yang diawet atau diproses mungkin mengandungi bahan pengawet dan gula tambahan yang tidak sihat untuk ibu hamil.

4. Gabungkan Dengan Makanan Lain: Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum, gabungkan nangka dengan makanan lain yang kaya nutrisi seperti yogurt atau kacang.

5. Pantau Reaksi Badan: Jika anda mengalami ketidakselesaan selepas makan nangka, hentikan pengambilan dan berunding dengan doktor.

Buah nangka adalah pilihan makanan yang selamat dan bermanfaat untuk ibu hamil jika dimakan dalam jumlah sederhana. Ia mengandungi pelbagai nutrisi penting yang menyokong kesihatan ibu dan perkembangan janin.

Namun, seperti mana-mana makanan lain, nangka harus dimakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kesan sampingan. Dengan mengikuti tips yang disarankan, ibu hamil boleh menikmati nangka dengan selamat sambil menikmati manfaat kesihatannya. Raikan kehamilan anda dengan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi!

momjunction, Life Cell

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Hadiah Untuk Ibu Bersalin & Baby Baru Lahir: Cadangan dan Panduan

Baca juga: Tanda Mengandung Anak Sindrom Down Yang Ibu Harus Perhati, Ciri-Ciri Hamil Sindrom Down

Baca juga: Sunat Laser vs Clamp, Kaedah Mana Lebih Baik?

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Buah Nangka Untuk Ibu Hamil, Kebaikan Dan Kesan Sampingan Jika Diambil Secara Berlebihan
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham