X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Selain Bantu Tingkatkan Hb, Ini 7 Khasiat Buah Naga Untuk Ibu Hamil!

4 min bacaan
Selain Bantu Tingkatkan Hb, Ini 7 Khasiat Buah Naga Untuk Ibu Hamil!

Buah antaranya makanan berkhasiat yang perlu diambil oleh semua ibu hamil. Jadi apakah manfaat buah naga untuk ibu hamil?

Menjadi ibu hamil banyak yang perlu diberi perhatian termasuklah daripada segi pemakanan. Buah antaranya makanan berkhasiat yang perlu diambil. Jadi apakah manfaat buah naga untuk ibu hamil?

Buah naga bukan saja terkenal dengan kelazatannya tetapi khasiatnya yang pelbagai membuatkan ia dijadikan sebagai makanan wajib bagi sesetengah orang.

Ia biasanya boleh didapati dalam bentuk isi merah dan isi putih. Tetapi yang mempunyai isi merah lebih digemari berbanding yang isi putih kerana menurut penggemarnya, buah yang mempunyai isi merah lebih manis berbanding yang mempunyai isi putih.

Buah naga untuk ibu hamil banyak khasiat

Sebagai ibu hamil, khasiat dan vitamin daripada buah-buahan amat diperlukan bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa terpelihara.

Menjadikan buah naga sebagai salah satu hidangan wajib dalam diet seharian ibu mengandung akan memberi kesan yang sangat hebat dan signifikan kepda kesihatan.

Jadi tidak hairanlah buah naga yang terkenal dengan dengan pelbagai khasiatnya digemari oleh ibu-ibu hamil malah menjadikan rutin memakannya bagi memastikan mereka terus kekal bertenaga dalam meniti hari sebagai ibu hamil.

7 khasiat buah naga untuk ibu hamil!

Menurut portal popmama, berikut adalah beberapa khasiat buah naga yang membuatkannya menjadi antara buah wajib dimakan oleh ibu hamil jika mereka benar-benar mahukan kehamilan yang sihat.

Antaranya termasuklah:

#1. Mencegah kecacatan kelahiran

Kadar asid folik yang tinggi membuatkan buah ini menjadi kegemaran yang sangat sihat untuk ibu hamil. Asid folik melindungi bayi yang belum lahir daripada mendapat kecacatan kelahiran.

Buah ini juga memiliki beberapa nutrisi penting lain seperti vitamin B1, B2, B3, dan vitamin C.

Buah naga juga mengandungi nutrisi penting lainnya yang meningkatkan kesihatan janin, menjamij pertumbuhan dan perkembangan yang optimum.

#2. Membantu pertumbuhan tulang

Buah ini juga membantu pertumbuhan tulang kerana ia mempunyai kalsium yang  berperanan menguatkan tulang dan gigi.

Kalsium dan fosforus dalam buah naga dapat membantu pertumbuhan tulang pada janin.

Seperti yang ramai tahu, ketika hamil ibu akan kekurangan kalsium kerana ia banyak diserap oleh bayi yang dikandungkan, jadi disebabkan itu eloklah sekiranya ibu hamil mengambil buah naga dalam diet hariannya bagi memastikan mereka memiliki kadar kalsium yang cukup sepanjang berlakunya kehamilan.

Ibu hamil juga kadang kala mengalami sakit gigi yang disebabkan oleh kekurangan kalsium, jadi dengan pengambilan buah naga dalam diet harian mereka ia diharap dapat mengurangkan masalah gigi rapuh dalam kalangan ibu hamil.

#3. Meningkatkan hemoglobin (Hb)

buah naga untuk ibu hamil

Sering kali kita mendengar keluhan ibu hamil yang mempunyai masalah Hb rendah hingga ada yang takut untuk menghadap nurse katanya kerana takut nurse bising.

Jadi, kandungan zat besi dan vitamin C dalam buah naga membantu meningkatkan jumlah hemoglobin pada ibu hamil.

Jadi, buah naga membantu mengurankan risiko anemia dan setiap kesan buruk yang disebabkan oleh kadar hemoglobin yang rendah.

Ibu hamil wajib menjaga hemoglobij mereka dan pastikan tidak terlalu rendah kerana ia merbahaya kepada bayi dalam kandungan dan juga ibu yang mengandung.

#4. Elak sembelit

buah naga untuk ibu hamil

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Sembelit antara masalah popular yang sering menjadi keluhan rata-rata ibu hamil.

Serat tinggi dalam buah naga dapat mengelakkan sembelit. Selain itu, nutrisi dalam buah naga juga bertindak sebagai ejen untuk melawan banyak gangguan pencernaan yang lain yang akan menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu hamil.

#5. Elok untuk kulit

Menjadi ibu hamil kadangkala perlu menerima hakikat yang kulit menjadi breakout terutama di sekitar kawasan muka. Pada masa itulah jerawat nak keluar.

Jika dulu tidak pernah berjerawat, tidak mustahil ketika hamil akan munculnya jerawat di pelbagai tempat termasuklah juga kawasan dahi dan sebagainya.

Jadi kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah ini akan melindungi kulit ibu hamil daripada menjadi terlalu kering atau berminyak.

Semasa kehamilan, mendapatkan Vitamin C yang cukup adalah penting untuk menyokong pertumbuhan gusi, gigi dan tulang pada janin.

Bukan hanya itu saja, vitamin C juga dapat menangkal radikal bebas yang dapat mencegah terjadinya penyakit.

#6. Sumber karbohidrat yang baik

100 gram buah naga memiliki sekitar 9 hingga 14 gram karbohidrat. Kadar karbohidrat yang disarankan untuk diambil ibu hamil adalah 135 gram setiap hari.

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga utama ketika pertumbuhan janin dalam perut ibu.

Makan buah naga setiap hari dapat membantu menjaga tenaga dan stamina agar dapat menjalani masa kehamilan dengan baik.

#7. Mengawal gula dalam darah

Ada kalanya ibu hamil terlalu sensitif dengan gula. Makan gula sikit pun boleh buat kadar gula dalam darah naik. Jadi, amalkan lah buah naga jika anda teringin makanan manis.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: popmama

Baca juga: 

Kajian baru: Kurang makan buah boleh buat anda tak subur!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Selain Bantu Tingkatkan Hb, Ini 7 Khasiat Buah Naga Untuk Ibu Hamil!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham