X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kajian baru: Kurang makan buah boleh buat anda tak subur!

3 min bacaan
Kajian baru: Kurang makan buah boleh buat anda tak subur!

Wanita yang kurang makan buah dan banyak makan makanan segera akan memberi kesan pada kesuburan mereka dan boleh melambatkan proses hamil.

Berapa kali anda makan buah dalam masa seminggu? Ataupun sebulan? Ha... Jangan terkejut tapi ada sebuah kajian baru-baru ini mengatakan jika anda kurang makan buah dan lebih cenderung makan makanan segera, anda akan membahayakan peluang anda untuk hamil!

Kurang makan buah punca lambat hamil?

Pengkaji dari Australia tersebut menemui, wanita yang makan kurang dari 3 biji buah sebulan mengambil masa 50% lebih lama untuk hamil dari wanita yang makan buah sebanyak 3 biji atau lebih dalam masa sebulan.

Pengambilan makanan ringan juga dikaji, dan wanita yang jarang makan makanan ringan akan segera hamil sebulan lebih awal dari wanita yang selalu makan makanan segera sebanyak 4 kali seminggu atau lebih.

kurang makan buah, tidak subur, lambat hamil, tidak hamil, ketidaksuburan

Sementara pengambilan buah-buahan dan makanan segera memberi kesan kepada masa untuk wanita hamil, pengkaji menemui yang pengambilan sayur dan ikan pula tidak akan memberi kesan apa-apa.

Apabila pasangan suami isteri tersebut semakin tua, satu dari enam pasangan berusaha untuk hamil. Menjaga berat badan dan diet yang sihat merupakan cara utama untuk cepat hamil.

Anda kena kurang makan buah semasa cuba untuk hamil adalah mitos!

Pengkaji juga berkata terdapat banyak mitos tentang kesuburan, termasuk cadangan yang buah-buahan patut dielak jika anda nak mengandung cepat.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Human Reproduction, melihat 5,598 wanita disoal tentang diet mereka semasa pemeriksaan.

Wanita dari UK, Ireland, Australia dan New Zealand ini tidak pernah mempunyai bayi sebelum ini.

Daripada kesemua pasangan yang terlibat dalam kajian ini, 468 (8%) dari mereka dikelaskan sebagai tidak subur (mengambil masa lebih setahun untuk hamil) dan 2,204 (39%) hamil dalam masa sebulan.

Apabila pengkaji melihat impak diet pada individu yang tak subur, mereka menemui yang wanita ini kurang makan buah, dan mereka yang makan makanan segera empat kali atau lebih dalam seminggu meningkatkan risiko tak subur kepada 8-16%!

kurang makan buah, tidak subur, lambat hamil, tidak hamil, ketidaksuburan

Profesor Claire Roberts dari Universiti Adelaide yang mengetuai kajian ini berkata,

"Hasil kajian ini menunjukkan yang makan makanan berkualiti termasuk makan buah dan kurangkan makanan segera boleh memperbaiki kesuburan dan mengurangkan masa yang diambil untuk hamil."

Melanie McGrice, pakar diet yang tidak terlibat dalam kajian ini pula berkata,

"Sebagai pakar kesuburan, saya lihat ramai wanita yang fikir mereka patut mengelak buah semasa sedang cuba untuk hamil. Kajian ini menunjukkan yang makan buah bukan sahaja selamat malah bagus untuk meningkatkan kesuburan wanita. Buah kaya dengan antioksida, vitamin dan phitokimia dan tidak patut dimakan bersama makanan bergula atau minuman bergas."

Jadi nampaknya untuk wanita-wanita yang cuba untuk hamil, adalah lebih bagus jika anda banyak makan buah dan mengurangkan pengambilan makanan segera, ya?

Semoga anda berjaya untuk menimang cahaya mata kelak. Amin.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: The Independent UK

Baca juga:

my.theasianparent.com/kehamilan-untuk-wanita-berusia

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Kajian baru: Kurang makan buah boleh buat anda tak subur!
Kongsikan:
  • 5 Jenis Makanan Bantu Untuk Cepat Hamil, Suami Isteri Masih Boleh Mencuba Tau!

    5 Jenis Makanan Bantu Untuk Cepat Hamil, Suami Isteri Masih Boleh Mencuba Tau!

  • Menakjubkan! Ternyata begini caranya janin menerima makanan dari ibu [Video]

    Menakjubkan! Ternyata begini caranya janin menerima makanan dari ibu [Video]

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 5 Jenis Makanan Bantu Untuk Cepat Hamil, Suami Isteri Masih Boleh Mencuba Tau!

    5 Jenis Makanan Bantu Untuk Cepat Hamil, Suami Isteri Masih Boleh Mencuba Tau!

  • Menakjubkan! Ternyata begini caranya janin menerima makanan dari ibu [Video]

    Menakjubkan! Ternyata begini caranya janin menerima makanan dari ibu [Video]

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.