Buah Untuk Bayi 6 Bulan, Tinggi Kandungan Serat & Vitamin Elak Si Manja Sembelit

Buah untuk bayi 6 bulan hendaklah yang mengandungi serat dan tinggi vitamin. Namun untuk permulaan, ibu elak beri anak makan pisang dan epal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak beri anak makan buah, tetapi ibu tiada idea jenis buah sesuai untuk diberikan kepada si kecil? Kebiasaannya untuk bayi antara 6 hingga 8 bulan, puri buah-buahan paling sesuai diberikan sebelum mereka beralih kepada makanan pejal. Namun, jenis buah untuk bayi 6 bulan yang manakah sesuai untuk mereka?

Apakah yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Jenis buah untuk bayi 6 bulan yang tinggi vitamin dan berkhasiat

Mahu membeli produk puri siap sedia di pasar raya memang banyak, tetapi ibu-ibu tentulah lebih suka membuatnya sendiri kerana lebih menjimatkan. Di sini disenaraikan buah-buahan yang sesuai dijadikan puri untuk mereka.

Jenis buah untuk bayi 6 bulan yang tinggi vitamin dan berkhasiat

Untuk bayi berusia 6 bulan, tidak sesuai diberikan buah-buahan mentah memandangkan sistem pencernaan mereka tidak matang sepenuhnya.

Justeru pemberian puri buah-buahan lebih sesuai. Di bawah ini disenaraikan beberapa buah-buahan sesuai dijadikan puri untuk diberikan kepada bayi.

#1. Epal

Salah satu buah menjadi pilihan untuk bayi usia 6 bulan ialah epal merah atau epal gala yang mana mempunyai rasa manis dan lebih ringan. Epal ini disyorkan kepada bayi kerana mempunyai kandungan vitamin C dan serat yang penting untuk pertumbuhan bayi.

Ada kajian mencadangkan epal boleh melindungi bayi daripada penyakit seperti asma. Epal juga sesuai dipadankan dengan buah lain atau sayuran.

Resepi puri epal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan: 4 biji epal

Cara: Bersihkan epal dan kupas kulit. Potong epal beberapa bahagian dan kukuskan selama kira-kira 12 atau sehingga ia lembut. Masukkan ke pengisar dan kisar sehingga menjadi puri serta boleh diberikan kepada bayi, bermula 2 sudu dahulu.

#2) Pisang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pisang kaya dengan potassium dan ia salah satu buah sangat sesuai kepada bayi berusia 6 bulan. Puri pisang adalah baik untuk mereka selain menenangkan perut bayi daripada sakit dan cirit-birit.

Resepi puri pisang

½ pisang yang telah masak, 1 sudu besar air dan susu formula atau susu ibu

Cara: Basuh dan buang kulit pisang. Gunakan garfu untuk melenyekkan pisang bersama air dan susu formula atau susu ibu, sehingga benar-benar lembut dan lenyek sepenuhnya sebelum diberikan kepada bayi.

#3) Buah pic

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah pic yang dijadikan puri mengandungi potassium dan beta karoten yang membantu dalam proses pembesaran bayi. Buah ini boleh dihidang terus atau campuran bersama.

Malah boleh juga dicampur dengan greek yogurt untuk menjadikannya lebih sedap.

Resepi puri pic

Bahan: 4 buah pic telah masak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara: Anda hanya perlu basuh, kupas kulit, buang biji serta potongkan beberapa bahagian. Seterusnya kukuh buah pic kira-kira 6 minit atau sehingga lembut. Kisarkan dengan pengisar sehingga betul-betul lembut sebelum diberikan kepada bayi.

#4) Buah pir

Buah pir mempunyai rasa yang manis dan sedap, sudah tentu jarang ditolak oleh bayi. Ia juga kaya dengan serat dan boleh dicampurkan bersama sayuran tertentu seperti kacang hijau untuk menjadikannya lebih menarik.

Resepi puri pir

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan: 4 buah pir

Cara: Basuh dan kupas kulit. Potong buah pear beberapa bahagian dan buangkan bahagian tengah. Kukus buah kira-kira 8 minit atau sehingga lembut.

#5) Avokado

Buah avokado dijadikan puri kaya dengan asid lemak yang membantu dalam pertumbuhan bayi. Untuk menyediakan puri daripada buah ini, tidak perlu masak malah, ia juga sedap dicampurkan dengan puri lain seperti pisang.

Bahan: 1 biji avokado, 2 sudu besar air dan susu formula atau susu ibu

Cara: Basuh dan potong avokado menjadi dua bahagian. Ambil satu bahagian dan keluarkan isi buah menggunakan sudu serta lenyekkan menggunakan garfu. Tambah air serta susu formula atau susu ibu sehingga serta lenyekkan sehingga lembut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Jenis Snek Ibu Berpantang Sedap & Mengenyangkan, Bantu Tingkatkan Susu Badan

Baca juga: Info PENTING Bila Bayi Masuk 6 Bulan, Panduan Penyediaan & Jenis Makanan Yang Selamat

Baca juga: 5 Resipi Makanan Bayi 9 Bulan Untuk Latih Bayi Makan Sendiri, Bagus Untuk Latih Sensori