X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Risau Nak Makan Buah Sebab Diabetes Ketika Hamil? Ini 11 Buah Yang Selamat Diambil

4 min bacaan
Risau Nak Makan Buah Sebab Diabetes Ketika Hamil? Ini 11 Buah Yang Selamat Diambil

Ini senarai buah untuk kencing manis khususnya bagi wanita yang sedang mengandung. Ini kerana ibu harus kawal pemakanan yang mempunyai tinggi gula.

Anda tahu apakah buah untuk kencing manis yang baik bagi mengawal tahap gula dalam darah?

Sebelum itu, apabila tahu diri sedang berbadan dua, tentunya ibu akan menjaga pemakanan dengan baik, kan? Malah ada ketikanya timbul rasa bimbang nak mengambil sesuatu makanan terutama bila tahu diri mempunyai diabetes atau GDM Gestational Diabetes Mellitus.

Menurut kajian American Diabetes Association (ADA), terdapat beberapa jenis buah untuk kencing manis yang dapat menyediakan vitamin, mineral dan serat yang penting bagi pesakit diabetes.

Berikut ini kami senaraikan buah-buahan tersebut seperti berikut:

10 Buah Untuk Kencing Manis

#1. Epal

buah untuk kencing manis

Sebiji buat epal mempunyai 54 kalori dan 14 gram karbohidrat. Bahkan, indeks glisemik buah epal juga lebih rendah dan bagus untuk pesakit diabetes bagi mengurangkan kadar gula dalam darah.

Jika makan epal tanpa kupas kulitnya, anda akan dapat antioksidan, serat dan vitamin yang bagus untuk wanita yang mempunyai diabetes semasa hamil.

Bahkan, kandungan pektin dalam epal dapat membantu kawal gula dalam darah dan fungsi usus. Apapun, basuh bersih epal sebelum dimakan bagi menghilangkan racun perosak.

#2. Oren

Percaya tak sebiji buah oren saja sudah mampu memenuhi keperluan Vitamin C harian anda? Malah ibu hamil yang memiliki diabetes bagus mengambil oren kerana ia mengandungi 15 gram karbohidrat dan 62 kalori setiap biji.

Selain itu, oren juga kaya dengan folat dan potasium yang bantu seimbangkan tekanan darah.

#3. Buah beri

Buah beri seperti strawberi, blueberry, blackberry dan lain-lain kaya dengan sumber antioksidan, vitamin dan serat yang dapat menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah.

#4. Kiwi

Selain itu, buah kiwi juga mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan pesakit diabetes kerana indeks glisemiknya juga rendah.

Bahkan, kiwi juga mengandungi insitol yang dapat menstabilkan kadar glukosa dalam darah pesakit diabetes GDM.

Peranan insitol ini adalah meningkatkan kemampuan insulin bagi menyerap glukosa dan mengurangkan kadar gula yang mengalir dalam darah. Manakala sumber Vitamin A dan C dalam buah kiwi pula dapat bantu dalam proses penyembuhan diabetes.

#5. Jambu batu

Jambu batu juga dapat mengawal diabetes semasa mengandung malah ia kaya dengan serat, Vitamin A dan Vitamin C.

#6. Buah pir 

buah untuk dibetes

Buah pir sangat kaya dengan potasium dan serat serta falavonoid yang dapat bantu meningkatkan sensitiviti insulin.

Terdapat satu kajian yang diterbitkan oleh Nurses Health Study menunjukkan gabungan epal dan pir yang mempunyai tahap konsisten untuk menurunkan risiko diabetes jenis 2 berbanding buah-buahan yang lain.

#7. Ceri

Buah ceri ada dua rasa yang berlainan iaitu sama ada masam atau manis yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran insulin sekaligus mengawal kadar gula dalam darah.

#8. Anggur

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

American Diabetes Association mengesyorkan pesakit diabetes untuk makan buah anggur kerana ia mempunyai kandungan fruktosa yang boleh menyerap glukosa dengan cepat.

Malah anggur merah juga memiliki resveratrol yang dapat mencegah obesiti dan komplikasi diabetes. Pada masa yang sama, beberapa kajian juga menunjukkan anggur dapat menurunkan tekanan darah dan mencegah rintangan insulin.

Bahkan, kandungan beta keroten, vitamin, antioksidan, polifenol dan kalium dalam anggur juga melambatkan perkembangan diabetes jenis 1 dan mencegah rintangan insulin bagi pesakit diabetes jenis 2.

Walau bagaimanapun, anggur mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi dan doktor menyarankan hanya mengambil 12 ke 15 biji saja dalam sesuatu masa.

#9. Betik

Terdapat kajian yang menunjukkan buah betik juga boleh menurunkan risiko diabetes jenis 2 kerana kadar gula dalam betik adalah sangat rendah dan ia selamat diambil oleh pesakit diabetes.

#10. Tembikai

Ya, tembikai memang manis, namun sekiranya anda ada GDM, maka anda disarankan mengambil sejumlah kecil sahaja dan tidak berlebihan.

Malah, ADA juga mengklasifikasikan buah tembikai sebagai buah yang sesuai untuk pesakit diabetes kerana mengandungi karotenioid lycopene  yang berfungsi sebagai antioksidan sekaligus bantu menurunkan kadar glukosa.

#11. Buah naga 

buah semasa mengandung

Buah naga juga adalah antara buah yang bagus untuk pesakit diabetes kerana kandungan gula yang sangat rendah dan memenuhi keperluan harian tubuh pesakit diabetes dengan selamat.

Justeru, jangan rasa risau untuk mengambil buah-buahan semasa mengandung meskipun anda mempunyai kencing manis kerana ia memiliki sumber nutrisi penting yang dapat mengawal tahap gula dalam darah. Semoga bermanfaat. 

Risau Nak Makan Buah Sebab Diabetes Ketika Hamil? Ini 11 Buah Yang Selamat Diambil

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Ibu Syurga 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkencing-manis-ketika-hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Risau Nak Makan Buah Sebab Diabetes Ketika Hamil? Ini 11 Buah Yang Selamat Diambil
Kongsikan:
  • Waspada Makan Cempedak Ketika Hamil, Rupanya Ia Juga Punca Keguguran Janin!

    Waspada Makan Cempedak Ketika Hamil, Rupanya Ia Juga Punca Keguguran Janin!

  • Buah Rendah Gula Ini Bagus Untuk Ibu Hidap Kencing Manis, Gula Tak Naik Tinggi Pun!

    Buah Rendah Gula Ini Bagus Untuk Ibu Hidap Kencing Manis, Gula Tak Naik Tinggi Pun!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Waspada Makan Cempedak Ketika Hamil, Rupanya Ia Juga Punca Keguguran Janin!

    Waspada Makan Cempedak Ketika Hamil, Rupanya Ia Juga Punca Keguguran Janin!

  • Buah Rendah Gula Ini Bagus Untuk Ibu Hidap Kencing Manis, Gula Tak Naik Tinggi Pun!

    Buah Rendah Gula Ini Bagus Untuk Ibu Hidap Kencing Manis, Gula Tak Naik Tinggi Pun!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.