Waspada Makan Buah Cempedak Ketika Hamil, Rupanya Jadi Punca Keguguran Janin!

undefined

Makan cempedak ketika hamil dikatakan boleh mendatangkan bahaya pada ibu dan janin. Justeru sentiasalah berwaspada dengan pemakanan harian anda

Tahukah anda tentang buah yang dilarang untuk ibu hamil? Ini kerana ada sesetengah buah-buahan boleh mendatangkan bahaya pada ibu dan kandungan seperti buah cempedak, benarkah makan cempedak ketika hamil membahayakan? 

Semasa hamil ibu tentunya perlu menjaga kandungan dengan baik seolah-olah hadirnya satu kehidupan baru yang bakal menyinari dan muncul dalam keluarga anda. 

Nilai nutrisi cempedak

Buah cempedak merupakan buah-buahan yang mengandungi asid folik, vitamin, serat dan kaya dengan antioksidan. Selain itu, ia turut kaya dengan nutrisi penting seperti:

  • Protein
  • Lemak
  • Karbohidrat
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Natrium
  • Kolestrol

Terdapat beberapa khasiat cempedak untuk kesihatan iaitu melancarkan sistem penghadaman, merendahkan tekanan darah dan rasa manis semulajadi sangat sesuai dimakan oleh wanita yang menghidap penyakit diabetes semasa hamil atau lebih dikenali sebagai GDM. 

Adakah selamat untuk makan buah cempedak ketika hamil?

cempedak untuk ibu hamil

Disebabkan ingin melicinkan proses kelahiran supaya berjalan dengan lancar dan keadaan janin dalam kandungan sihat maka ibu juga perlu mengambil makanan yang baik dan tinggi nutrisi supaya kesihatan janin sentiasa dipelihara dengan sempurna.

Ini kerana semasa hamil ibu lebih mudah terkena pelbagai penyakit ataupun mudah jatuh sakit.

Maka dengan itu, apa makanan yang diambil ibu harus dijaga dengan sebaiknya dan mengamalkan beberapa pantang larang makanan ibu hamil ini.

Sebelum itu, penulis nak tanya siapa sini yang suka makan cempedak semasa hamil? Jika ya, ketahuilah bahawa cempedak memiliki banyak manfaat bagi kesihatan namun buah juga dilarang semasa hamil. Mengapa agaknya ya?

Kelebihan makan buah cempedak ketika hamil

Walaupun cempedak dikatakan berbahaya bagi ibu hamil namun kandungan nutrisinya juga tinggi dan sangat baik jika pengambilannya berpada-pada. Jom ketahui manfaatnya di sini.

1. Sumber tenaga

Cempedak mengandungi gula yang tinggi lantas apabila makan cempedak ketika hamil menjadikannya sejenis buah yang ada kandungan kalori yang penting untuk aktiviti seharian kita.

2. Vitamin dan mineral

Cempedak juga memiliki banyak kandungan vitamin dan mineral yang sangat baik untuk kesihatan tubuh. Antara kandungan Vitamin yang ada seperti Vitamin A dan Vitamin C. Apatah lagi, kedua-dua jenis Vitamin ini mampu menjaga daya tahan tubuh manusia.

3. Kaya dengan serat

Selain itu, buah ini juga kaya dengan serat yang dapat membantu menjaga kesihatan pencernaan anda. Sekaligus ia dapat menghindari dari gangguan masalah pencernaan seperti sembelit, cirit birit dan buasir.

4. Baik untuk kulit dan mata

Vitamin A yang ada dalam cempedak juga sangat bagus untuk kesihatan mata hingga dapat menghalang dari gangguan rabun dan katarak.

Sementara itu, ia juga memiliki manfaat yang baik untuk kesihatan kulit sekaligus mencegah kerosakan dan menjaga keanjalan kulit anda. 

Kesan sampingan makan cempedak ketika mengandung

Meskipun mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah nangka namun cempedak memiliki rasa yang jauh lebih berbeza dengan nangka.

Ini kerana cempedak memiliki bau yang lebih tajam hingga menusuk jauh ke dalam hidung.

Namun kita tak boleh sangkal yang cempedak memiliki rasa yang sangat manis dan sedap. Selalunya orang akan buat cempedak goreng dan menikmatinya semasa hidangan minum petang.

Berbalik kepada soalan tadi, mengapa buah cempedak berbahaya dan tidak disyorkan bagi ibu hamil? Nak tahu kenapa? jom kami huraikan satu persatu keburukan buah cempedak dimakan semasa mengandung.

1. Buah cempedak punca perut kembung

cempedak untuk ibu mengandung,

Bahaya pertama disebabkan buah cempedak untuk ibu mengandung menyebabkan perut menjadi kembung dan mual. Ini kerana sifat alami cempedak yang panas lantas menyebabkan ia terjadi.

Hal ini dapat memicu ibu hamil menjadi sering muntah-muntah dan menambah rasa sakit di bahagian perut.

2. Buah cempedak meningkatkan GERD

Sama seperti nangka, cempedak juga meningkatkan kadar dan gejala GERD dalam tubuh ibu hamil.

Gejala GERD ini bukan menyebabkan ibu rasa mual tapi perut akan rasa panas dan perit. Keadaan ini tentulah sangat berbahaya bagi ibu dan janin dalam kandungan.

3. Suhu janin meningkat

Dengan meningkatnya gejala GERD seterusnya menyebabkan suhu pada bahagian perut yang dekat dengan rahim menjadi sangat panas. Hal ini tentunya memberi kesan pada janin hingga suhunya jadi panas dan tak normal.

4. Risiko terjadinya kontraksi hingga menyebabkan keguguran

Bahaya yang paling ditakuti adalah boleh menimbulkan kontrasi awal. Dengan keadaan ini dapat memicu keguguran semasa usia janin masih baru. Malah ia boleh menyebabkan kelahiran paramatang yang tentunya memberi kesan buruk pada kehidupan si kecil.

Inilah antara kesan buruk makan cempedak ketika hamil jadi hati-hatilah semasa mengambilnya, jika timbul rasa teringin cukuplah ambil dalam seulas dua untuk hilangkan rasa mengidam itu.

Adakah cempedak boleh jadi punca keguguran?

Tiada kajian saintifik yang membuktikan cempedak boleh menyebabkan keguguran. Pengambilan cempedak semasa hamil tidak mungkin menyebabkan keguguran melainkan diambil secara berlebihan. 

Boleh nak makan cempedak tetapi biarlah berpada-pada. Jadi, ada baiknya kita mengetahui cara untuk memilih cempedak dengan betul.

Tips memilih cempedak yang segar dan terbaik:

  • Kalau nak pilih yang mentah untuk diperam, pilih kulit yang berwarna hijau dan pejal dan keras, mata berduri dan kulit empuk.
  • Jika sukakan buah yang sudah masak, pilih warna kulit kekuningan, tangkai coklat dan ambil yang berat.
  • Elakkan mengambil buah yang lebih ringan dan sudah lebam.

Cara makan buah cempedak ketika hamil

Sebaik sahaja selesai membeli buah cempedak yang manis dan segar, apa yang anda perlukan adalah teknik potongan yang betul supaya tangan tidak terkena getah yang melekit. 

Sediakan sebilah pisau tajam yang telah disaluti dengan minyak masak supaya getah tidak melekat. Belah kulit dan keluarkan isinya.

Untuk ibu hamil, ada cara yang sesuai untuk makan cempedak semasa mengandung:

  • Potong kecil isi cempedak. Tambahkan ke dalam yogurt, oatmeal, jadikan sebagai smoothie atau bahan topping di atas aiskrim. 
  • Isi cempedak yang belum masak juga boleh diletakkan dalam hidangan sup atau kari. 
  • Boleh juga tambahkan isi cempedak ke dalam hidangan sihat seperti salad, taco dan carnitas.
  • Biji cempedak juga boleh dimakan. Rebus atau bakar sehingga lembut dan campurkan ke dalam rempah masakan. 

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain nenas, 12 makanan ini juga punca KEGUGURAN yang anda tak pernah tahu!

Baca juga: Bahaya Minum Teh Susu Ketika Hamil, Ia Punca Keguguran & Risiko Bayi Lahir Cacat!

Baca juga: Tapai Pulut Memang Sedap, Tapi Boleh Menyebabkan RISIKO Kepada Bayi Dalam Kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!