Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

Buaian elektrik bukan sahaja memudahkan si manja untuk tidur petang, malah dia juga akan rasa selesa dan gembira dengan pelbagai mainan yang membantu perkembangan!

Waktu si manja tidur merupakan satu waktu singkat yang dinantikan oleh ibu ayah yang memerlukan masa rehat. Produk seperti buaian elektrik atau baby rocker merupakan salah satu alat bantuan yang bukan sahaja membantu ibu ayah, malah membolehkan si manja tidur dengan selesa dan nyenyak.

Baby rocker terbaik bukan sahaja akan menjadi keperluan untuk anak, malah seolah-olah hadiah untuk ibu ayah juga tau. Sekiranya ibu ayah tengah mencari buaian elektrik untuk anak, kami telah menyediakan senarai baby bouncer yang mungkin boleh menarik perhatian anda.

Tetapi harus diingat yang setiap produk tidak mempunyai ciri-ciri yang sama ya, jadi pastikan semak dahulu apa yang diperlukan.

Memilih Baby Rocker Terbaik Untuk Si Manja

Bagi membantu ibu ayah mencari buaian eletrik idaman, berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membeli ya:

  • Fungsi baby swing electric yang boleh digunakan selain sekadar untuk menidurkan anak, atau adakah ia mudah untuk penyimpanan?
  • Keselesaaan apabila bayi selesa untuk tidur atau duduk semasa anda melakukan tugasan lain
  • Hiburan membuatkan bayi leka dan gembira serta pada masa yang sama bayi sentiasa berstimulasi untuk perkembangannya.

8 Baby Rocker Terbaik di Pasaran

8 Baby Rocker Terbaik
Fisher Price Deluxe Infant to Toddler Rocker
Terbaik Paling Tahan Lasak
Beli di Shopee
BabyBjorn Bouncer Bliss (Cotton)
Terbaik Mengikut Pergerakan Semulajadi Bayi
Beli di Shopee
JOIE Dreamer Rocker
Terbaik Dengan Lullaby
Beli di Shopee
Tiny Love 3-in-1 Rocker Napper
Terbaik Boleh Diubah Kepada Basinet
Beli di Shopee
Joie Serina 2-in-1 Swing
Terbaik Dengan 2 Jenis Hayunan
Beli di Shopee
Nuna Leaf Grow Baby Swing/Soother
Terbaik Gerakan Halus
Beli di Shopee
AYINR Auto Baby Swing Rocker
Terbaik Dengan Kelambu dan Alat Kawalan Jauh
Beli di Shopee
Mastela Deluxe Baby Swing Electric
Terbaik Meniru Pangkuan Ibu
Beli di Shopee

Fisher Price Infant to Toddler Rocker

Baby Rocker Terbaik Paling Tahan Lasak

Fisher Price bouncer merupakan pengeluar baby swing electric yang paling tahan lasak di pasaran. Produk ini boleh digunakan sedari si manja masih bayi sehinggalah berusia 4 tahun!

Dengan rekabentuk Fisher Price bouncer yang kemas dan moden, ia menjadikan bayi selesa dengan adanya fungsi boleh laras dalam tiga cara berbeza mengikut perkembangan usia anak. Ibu juga boleh menjadikan kerusi ini seperti buaian dengan menarik dan memasang tali keselamatan untuk penyusuan dan penjagaan bayi sebelum mereka tidur dengan nyenyak!

Bayi kerap muntah susu? Tidak perlu bimbang kerana kusyen bouncer boleh dicuci dengan mudah menggunakan mesin basuh. Fisher Price bouncer juga diperbuat daripada 100% material yang boleh dikitar semula. Menarik bukan?

Fungsi:

  • Boleh digunakan dari bayi hingga balita (hingga 40 lb / 18 kg)
  • Boleh diubahsuai dari tempat duduk bayi menjadi rocker pegun untuk anak berusia 4 tahun ke bawah.

Keselesaan:

  • Kickstand lipat untuk ubah menjadi tempat duduk pegun
  • Tempat duduk yang boleh dilaraskan
  • Getaran yang menenangkan bayi 
  • Warna dan corak minimalis tidak menyakitkan mata

Hiburan:

  • Bar mainan bayi yang berwarna warni yang mendorong perkembangan si manja

BabyBjorn Bouncer Bliss (Cotton)

Baby Rocker Terbaik Mengikut Pergerakan Semulajadi Bayi

BabyBjorn Bouncer Bliss bergerak mengikut pergerakan semulajadi si manja, membenarkan tangan si manja sentiasa bebas. Reka bentuknya juga kelihatan bergaya dan tampak moden.

Fungsi:

  • Ringan dan boleh dilipat
  • Boleh diubah kepada kerusi kanak-kanak menampung sehingga berat 13kg
  • Buai secara automatik bergantung kepada pergerakan si manja, memberikan anda kebebasan untuk terus melakukan tugasan harian.

Keselesaan:

  • Membuai dengan alunan semulajadi
  • Material kapas lembut dan mesh membuatkan si manja sentiasa selesa

Hiburan:

  • Mainan (dijual berasingan)yang boleh digabungkan dan ditukar-tukar untuk membuatkan anak tidak bosan.

JOIE Dreamer Rocker

Baby Rocker Terbaik Dengan Lullaby

Kami sukakan di mana buaian JOIE Dreamer Rocker ini juga didatangkan dengan fungsi ayunan automatik berdasarkan pergerakan bayi!

Yang menariknya, rocker ini boleh memainkan 5 lagu lullaby  dan 5 alunan bunyi alam semulajadi yang bertujuan membuatkan bayi mudah tidur. Buat ibu ayah yang mencari buaian yang lengkap ini, bolehlah cuba JOIE Dreamer Rocker.

Fungsi:

  • Ringan, kompak dan boleh dilipat, menjadikan mudah untuk penyimpanan.
  • Mudah dibuai hanya dengan tolakan atau pergerakan bayi
  • Boleh diubah menjadi kerusi untuk kanak-kanak dibawah 13kg

Keselesaan:

  • Kerusi sandar boleh dilaras 2 kali dan tempat rehat kaki boleh dilaras 3 kali
  • Bukaan atas terbuka memudahkan akses kepada si manja

Hiburan:

  • 5 lagu tidur dan 5 bunyi-bunyian alam semulajadi
  • Bar mainan yang boleh berpusing

Tiny Love 3-in-1 Rocker Napper

Baby Rocker Terbaik Boleh Diubah Kepada Basinet

Tiny Love 3-in-1 Rocker Napper boleh diubah dari rocker kepada basinet yang sesuai menjadi tempat tidur bayi.  Bagi ibu ayah yang mencari buai rocker cradle yang mempunyai pelbagai fungsi, produk ini merupakan pilihan yang baik.

Fungsi:

  • Boleh berubah kepada basinet yang sesuai untuk bayi tidur

Keselesaan:

  • 3 laras yang oleh mengelakkan bayi dari masalah refluks.

Hiburan:

  • Bar mainan yang merangsang perkembangan si manja semasa mencapai dan menggerakkan setiap mainan tersebut.
  • Music tenang dan getaran yang membuatkan seolah-olah si manja berada di dalam rahim ibu.

JOIE Serina 2-in-1 Swing

Baby Rocker Terbaik Dengan 2 Jenis Hayunan

Joie Serina mempunyai 2 jenis hayunan berbeza, jadi ibu ayah boleh pilih yang mana satu menjadi kegemaran si manja. Pad tempat duduk juga mudah untuk dialihkan dan dibasuh sekiranya kotor atau ada susu tertumpah.

Fungsi:

  • Lampu malam dengan 4 tetapan yang membantu si manja tidur.
  • Alas kerusi yang mudah dialihkan dan dibersihkan.
  • Boleh diubah kepada rocking chair

Keselesaan:

  • Hayunan sama ada dari sisi atau dari depan ke belakang mengikut kesesuaian dan posisi kegemaran si manja.
  • Kerusi boleh laras dengan 2 kelajuan getaran.
  • Kelajuan hayunan boleh dilaras sebanyak 6 kali.

Hiburan:

  • 5 lagu tidur dan 5 bunyi-bunyian alam semulajadi
  • Bar mainan yang boleh berpusing

NUNA Leaf Grow

Baby Rocker Terbaik Gerakan Halus

The Nuna Leaf Grow: Baby Swayer merupakan salah satu baby rocker terbaik kerana boleh digunakan dari bayi lahir hingga 60 kg mempunyai gerakan ultra halus dan sisi ke sisi ditambah sudut tempat duduk yang boleh disesuaikan.

Ia tidak menggunakan bateri atau elektrik, malah sangat sesuai untuk bermain dan tidur siang.

Fungsi:

  • Sisipan bayi organik yang selesa dikeluarkan dengan mudah semasa bayi membesar
  • Boleh bergerak mengikut keselesaan si manja sama ada ke sisi atau dari depan ke belakang.

Keselesaan:

  • Pad tempat duduk dengan tali pinggang 3 titik boleh ditanggalkan dan beralih ke tempat duduk kanak-kanak.
  • Tempat duduk kanak-kanak dengan sokongan mesh.
  • Tiga kedudukan berbaring.

Hiburan:

  • Bar mainan yang boleh digunakan si manja untuk perkembangannya.

AYINR Auto Baby Swing Rocker

Baby Rocker Terbaik Dengan Kelambu dan Alat Kawalan Jauh

Buai rocker cradle dari AYINR ini berbeza dengan pilihan buaian elektrik yang lain kerana datang dengan kelambu dan alat kawalan jauh. Jadi, ibu ayah tidak perlu risau untuk meninggalkan bayi didalam baby swing electric kerana mereka bebas dari digigit nyamuk atau serangga.

Dengan adanya alat kawalan jauh menggunakan teknologi True Speed membolehkan anda mengenalpasti berat badan bayi dan melaraskan kelajuan hayunan yang sesuai bagi mengekalkan goyangan yang konsisten. 

Yang paling penting, bukan sahaja harganya mampu milik, malah buai ini juga mudah lipat dan disimpan, menjadikan ia sesuai dibawa untuk perjalanan jauh. 

Fungsi:

  • Boleh melindungi dari gigitan nyamuk dengan adanya kelambu
  • Boleh dilipat dan ringan
  • Sarung baby rocker boleh tanggal dan boleh dibasuh mesin

Keselesaan:

  • Hayunan dari depan ke belakang mengikut kesesuaian bayu
  • Kerusi boleh laras dengan 3 kelajuan hayunan.
  • Mempunyai tali pinggang keselamatan lima mata untuk melindungi bayi
  • Mempunyai alat kawalan jauh untuk melaraskan kelajuan hayunan

Hiburan:

  • 4 muzik berbeza untuk menenangkan bayi
  • Bar mainan dengan 2 mainan gantung yang boleh ditanggalkan
  • Pilihan warna seperti biru, merah jambu dan kelabu

Mastela Deluxe Baby Swing Electric

Baby Rocker Terbaik Meniru Pangkuan Ibu

Mastela Deluxe Baby Swing Electric merupakan buaian elektrik pilihan ramai ibu ayah kerana ia meniru persis pangkuan ibu. Ia mempunyai motion censor yang mengesan jika bayi menangis sewaktu tidur, ia boleh beralih dari gerakan kepada hayunan buaian.

Anda boleh menggerakkan buai rocker cradle ini kepada 5 kelajuan hayunan yang berbeza dan 3 selang masa iaitu 15, 30 dan 45 minit yang memberikan anda kawalan penuh ke atas pergerakan bayi. Ia boleh digunakan untuk bayi baru lahir hingga 3 tahun pada berat 0 hingga 18kg. 

Fungsi:

  • Mudah alih dan mudah dipasang
  • Dengan 5 kelajuan hayunan berbeza 
  • Buai secara automatik, mengikut pergerakan bayi

Keselesaan:

  • Kerusi boleh diubah laras kepada 3 kedudukan untuk bermain, makan dan tidur.
  • Struktur direka untuk menyokong dan melindungi tulang belakang bayi yang lembut.
  • Lengkap dengan tali keselamatan 5 mata untuk memastikan bayi selamat dan dilindungi.
  • 3 tetapan pemasa untuk dipilih
  • Tempat letak kepala boleh tanggal

Hiburan:

  • 15 melodi muzik santai & semula jadi 
  • Bar mainan dengan 2 mainan gantung mewah yang boleh ditanggalkan
  • Port USB dan mainan semula muzik MP3
  • Sambungan Bluetooth

Perbandingan Harga Baby Rocker Terbaik

Jenama Harga (RM)
Fisher Price Infant to Toddler Rocker RM299.90
BabyBjorn Bouncer Bliss (Cotton) RM849.15
JOIE Dreamer Rocker RM369.00
Tiny Love 3-in-1 Rocker Napper RM548.00
Joie Serina 2-in-1 Swing RM799.00
NUNA Leaf Grow RM1399.00
AYINR Auto Baby Swing Rocker  RM175.00
Mastela Deluxe Baby Swing Electric RM189.00

Kebaikan Menggunakan Baby Rocker Terbaik

Jika anda mempunyai bayi, anda mungkin pernah dengar akan ibu ayah lain yang bercakap tentang buaian elektrik bayi dan sebab baiknya.

Terdapat banyak kebaikan menggunakan buaian elektrik bayi sebenarnya dan jika anda mempunyai ruang untuk produk ini dalam bajet anda, membeli baby rocker terbaik sudah pastinya tidak akan menghampakan anda mahupun si kecil.

Berikut adalah beberapa kelebihan baby bouncer untuk bayi:

1. Mimik rahim ibu

Tiga bulan terawal selepas kelahiran boleh jadi waktu paling sukar untuk bayi baru lahir, berikutan si comel sedang belajar untuk cuba menyesuaikan diri kepada dunia luar dari rahim ibu. Satu sebab bayi baru lahir sangat menikmati buaian bayi adalah ia mimik rahim si ibu di dalam gerakannya. 

Ingat, apabila seorang wanita hamil, anak merasakan banyak pergerakan sepanjang hari. Untuk sebab ini, sebuah baby carrier mungkin dirasakan tidak selesa untuk bayi baru lahir untuk jangka masa yang panjang.

2. Membantu mereka untuk tidur

Jika anda mempunyai seorang bayi yang ekstra susah untuk terlelap, bouncer mungkin boleh jadi penyelamat hidup anda.

Majoriti bayi mempunyai kecenderungan untuk terlena lebih cepat di dalam buaian, terima kasih kepada pergerakan berenjut yang ia sediakan. Sekali lagi, ini berkait semula kepada idea di mana buaian bayi mimik akan rahim ibu.

Jika anda perlukan kebebasan menggunakan tangan anda dan berharap yang anda dapat membuatkan si kecil untuk tidur dengan cepat, sebuah buaian elektrik menawarkan satu solusi yang fantastik.

3. Membantu merangsang sistem

Sementara buaian bayi adalah fenomenal dalam membantu kanak-kanak untuk tidur, ia juga membantu untuk merangsang sistem mereka.

Manusia mempunyai sistem deria dipanggil sistem vestibular. Buaian bayi menawarkan si kecil peluang untuk meletakkan sistem vestibular mereka digunakan tanpa merasakan terlebih-lebih.

Jika anda mendapati yang anak anda tidak dengan secepatnya menikmati penggunaan baby bouncer, ia mungkin yang mereka belum lagi selesa dengan sistem vestibular diletakkan untuk kegunaan seperti ini. Di dalam kes sebegini, anda mungkin perlu memberikan bayi anda masa untuk warm up kepada buaian bayi dengan sesi suai kenal buaian.

4. Hands-free

Bercakap tentang merehatkan tangan anda, bouncer membolehkan ibu ayah untuk hands-free sama ada anak mereka bangun atau tidur.

Sama anda perlukan untuk memasak makan malam, menyiapkan tugas, atau penat untuk mendukung anak anda sepanjang hari, anda boleh gunakan buaian bayi untuk memantau mereka tanpa perlu memegang mereka.

5. Menyediakan hiburan untuk bayi

Ingatkah anda akan keseronokan dibuai ketika masih kecil? Malah jika bayi anda tidak cukup besar untuk menikmati keseronokkan bermain buaian di taman permaian, si comel masih boleh mendapatkan hiburan menerusi buaian elektrik.

Pada sisi terbaliknya, malah jika anak sudah cukup besar untuk bermain buaian di taman permainan, buaian bayi menawarkan alternatir yang selamat, di dalam rumah selama beberapa hari apabila anda tidak dapat membawa mereka keluar atau akibat cuaca yang terpaksa berada di rumah.

Bayi juga boleh bermain dengan stesen aktiviti boleh alih atau permainan sementara berada di dalam buaian elektrik, yang mana membuktikan menjadi kedua-dua belajar dan keseronokan. Ini juga membantu memastikan bayi yang cukup besar tersedia ketika berada di dalam buaian elektrik.

6. Membantu si kecil belajar

Kerana buaian bayi adalah mudah alih, ia dengan senang boleh dipindahkan dari bilik ke bilik. Setiap kali anda meletakkan bayi anda di dalam persekitaran yang baru, si comel akan mempelajari lebih tentang dunia. Ini membantu menyediakan perkembangan mental untuk si kecil anda.

Tambahan lagi, banyak buaian elektrik hadir dengan bunyi atau cahaya untuk bayi anda untuk ambil perhatian ketika bernyanyi. Serupa dengan, buaian bayi adalah satu cara fantastik untuk memperkenalkan bayi kepada graviti.

Ketika di dalam rahim, bayi tidak mengalami graviti, yang mana bermaksud yang meletakkan mereka di dalam buaian bayi, mereka akan mula menjadi lebih peka akan bagaimana fungsi graviti.

Bilakah Bayi Boleh Mula Menggunakan Baby Rocker?

Untuk setiap baby rocker bayi yang anda beli, anda patut berhati-hati membaca panduan pengeluar sebelum menggunakannya.

Secara umumnya, bouncer boleh digunakan sejak lahir dan sehingga bayi mencapai berat had, biasanya sekitar 12 ke 16 kilogram.

Tips Menggunakan Buaian Bayi @ Baby Rocker

Sentiasa ingat akan tips ini untuk memanfaatkan buaian bayi sepenuhnya dan pastikan bayi anda selamat.

1. Pilih permukaan lantai yang rata untuk meletakkan buaian bayi

Buaian tidak sepatutnya diletakkan di atas perabot atau permukaan yang tidak rata. Tidak mengapa untuk membawa keluar buaian bayi ketika cuaca di luar menenangkan, tetapi pastikan ia diletakkan di atas permukaan yang rata dan stabil.

Anda juga patut memilih spot yang jauh dari kesesakan, jadi tiada siapa pun terlanggar atau terjatuh di atasnya.

2. Laraskan kecondongannya jika perlu

Kebanyakkan buaian boleh laras ke depan atau ke belakang, dan sudut yang anda pilih bergantung pada berapa usia bayi anda dan perkembangan terbarunya.

Dengan seorang bayi yang tidak boleh lagi duduk tegak tanpa sokongan, laraskannya pada posisi paling baring yang mana bayi paling kecil tidak mempunyai kekuatan kepala dan otot leher yang cukup untuk duduk pada tempat duduk yang tegak.

Jika ia terlalu tegak, dagu mereka boleh jatuh ke bawah ke atas dadanya dan kanak-kanak boleh jadi sesak nafas.

Selepas bayi boleh duduk dengan tegak tanpa sebarang sokongan, anda boleh mula melaras buaian tersebut lebih tegak, pada saat ini, ia sangat penting untuk dengan betul menggunakan strap bahu buaian tersebut untuk memastikan yang bayi sentiasa berada di dalam buaian tersebut.

3. Jangan biarkan bayi anda tidur sepanjang masa di atas buaian

Ibu ayah selalunya menurunkan kadar kepekaan mereka dan berhenti memantau bayi apabila mereka sudah tidur di atas buaian. Sejurus bayi sudah tidur, alihkan mereka ke atas permukaan yang rata seperti baby crib atau bassinet.

4. Bayi perlu sentiasa berada di dalam pemerhatian anda

Ianya sentiasa tertarik untuk kita baring mendapatkan tidur seketika, mandi sekejap, atau melakukan aktiviti di luar rumah seketika sementara bayi sedang selesa berada di atas buaian.

Tetapi realitinya adalah tragedi boleh berlaku dalam waktu yang amat pendek dengan anak kecil, bayi anda tidak sepatutnya dibiarkan tanpa sebarang pantauan orang dewasa ketika berada di dalam buaian.

5. Ikuti langkah spesifik pada buaian bayi

Cara paling mudah untuk memastikan bayi anda di dalam keadaan selamat sewaktu berada di dalam buaian yang anda beli adalah dengan mengikuti panduan dan arahan pengeluar. 

Gunakan sebarang aksesori seperti telefon atau kanopi, seperti yang diarahkan, strap bayi di dalam buaian bayi, dan sentiasa kekal dengan had berat untuk menggunakannya, termasuklah apabila ingin mula menggunakannya, apabila berhenti dan bagaimana untuk meletakkannya berdasarkan saiznya.

Semoga bermanfaat buat ibu ayah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu bapa harus lebih bijak pilih buaian elektrik untuk si kecil, berikut panduan lengkap untuk anda

Baca juga: 6 Tips Berguna Untuk Pilih Buaian Bayi, Senang Ada Buaian Ketika WFH Ni

Baca juga: Anak Jadi Lebih Fokus & Berani, Ini 5 Manfaat Bermain Buaian Bagi Perkembangan Mereka

Penulis

Farhana Fuad