Jangan Membazir, Lebihan Nasi Boleh Buat Bubur Ayam!

Biasanya nasi lebihan kita memasak nasi goreng tapi apa kata cuba cara berlainan pula iaitu bubur ayam, boleh juga dikongsi bersama jiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bubur ayam Mekdah, itu nama resepi bubur yang dikongsi pengguna Facebook Nurul Afidah Omar yang menggunakan nasi lebihan kenduri ibu saudaranya.

Biasanya nasi lebihan kita memasak nasi goreng tapi apa kata cuba cara berlainan sikit. Sajian yang terhasil nanti boleh juga dikongsi bersama jiran tetangga.

Disediakan daripada nasi lebihan sebanyak satu termos besar, berikut adalah resepinya :

Bahan-bahan :

  • 1 termos besar lebihan nasi kenduri 
  • Air secukupnya (pastikan nasi tenggelam dan lebihan sejengkal,tambah ikut keadaan)
  • 10 batang lobak merah (dipotong kecil atau diparut)
  • 10 ketul kiub ayam
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup
  • Cili besar merah
  • Bawang goreng
  • Lebihan ayam goreng kenduri (disiat)
  • 10 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 7 ulas bawang merah (hiris halus)
  • Halia sebesar ibu jari (hiris halus)

Cara penyediaan :

1. Reneh nasi dan air sehingga nasi kembang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Masukkan kiub ayam, garam, ayam yang sudah dicarik, bawang dan halia.

3. Selepas dua jam tutup api dan biarkan bubur di dalam periuk yang bertutup seketika.

4. Apabila sudah suam-suam, hidupkan semula api dapur dan sambung merebusnya.

5. Masukkan batang daun sup yang dihiris halus dan lobak merah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Selepas sejam, bolehlah tutup api.

7. Sendukkan ke dalam bekas, tabur daun sup , cili besar dan bawang goreng. Siap untuk dimakan.

Tips :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sepanjang memasak, anda perlu sentiasa merasa bubur. Jika tidak cukup masin, tambah garam atau kiub ayam, sesuaikan dengan selera masing-masing.
  • Semasa mereneh bubur, pastikan periuk ditutup dengan penutupnya.
 

Enak dimakan panas-panas, nampak menyelerakan dan bukan sahaja orang dewasa akan menyukainya kanak-kanak juga pasti tidak ketinggalan merasa sajian enak ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Bubur Ayam Ala McD Yang Sedap & Penuh Khasiat, Bantu Anak Menjadi Bijak!

Baca juga : Teringin Nak Makan Bubur Lambuk? Jom Buat Sendiri Di Rumah, Guna Rice Cooker Saja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : 7 Idea Bubur Bayi Penuh Khasiat, Mudahkan Urusan Ibu Bekerja @ Work From Home

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi