Ketika berhadapan dengan perintah kawalan pergerakan sehingga 14 April ini, pastinya ibu ayah akan memanfaatkan peluang ini untuk mendidik anak-anak menjadi seorang budak baik.
Bukan itu sahaja, mereka akan diterapkan dengan nilai-nilai murni yang baik seperti bertolak-ansur dengan adik beradik dan membantu ibu ayah menguruskan rumah.
Cara unik mendidik anak menjadi budak baik
Tidak dinafikan, setiap ibu ayah memiliki pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak-anak di rumah.
Namun, seperti yang dikongsikan oleh ibu melalui media sosial miliknya, Hani Mohamed, dia dan suami mengambil langkah yang cukup unik dengan bersepakat untuk mengadakan sistem ganjaran bagi menjadikan anak sebagai seorang budak baik.
Caranya adalah dengan memberikan ganjaran makanan kegemaran anak-anak sekiranya mereka rajin melakukan kerja rumah sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.
Bagi setiap tugasan akan diberikan ganjaran yang berbeza. Tidak cukup dengan itu, ia turut melibatkan anak-anak yang segera solat dan mengaji al-quran layak merebut ganjaran yang sudah disediakan.
Peraturan sistem ganjaran
Kongsi Hani, dia telah terjebak aktiviti dengan anak-anak perempuannya yang berusia 4,8 dan 9 tahun. Mereka dikehendaki menyempurnakan aktiviti yang ditetapkan dalam Reward Chart dan dibayar mengikut tugasan.
Bonus sebanyak RM1 turut disediakan dan sekiranya anak-anak ingkar akan arahan ibu ayah, mereka akan dikenakan penalti.
”Upah yang diterima juga boleh digunakan untuk membeli barang makanan di kedai comel saya, menukar reward dengan permainan games atau menonton movie pilihan mereka,” ujar Hani.
Tambah Hani lagi, anak-anaknya bukanlah seorang pemakan jajan yang tegar kerana mereka lebih sukar menukar duit dengan masa menonton atau bermain permainan mengikut had masa yang telah ditetapkan.
”Dari pagi sehingga malam, kami mendapati hanya 1 pek biskut cream cracker, 1 pek mamee monster, 1 keping coklat crispy dan 1 pek honey stars yang berkurang untuk tiga orang anak,”
”Stok makanan ringan ini hanya pendorong mereka untuk lebih mendengar kata dan rajin sahaja. Selebihnya hanya saya dan suami yang banyak menghabiskan,” ujar Hani.
Mengajar anak lebih berdisiplin
Idea sistem ganjaran ini diperoleh dari perkongsian rakan-rakan di Facebook. Namun, Hani telah menambah baik dengan beberapa syarat tambahan seperti bonus RM1 sekiranya mereka berjaya makan sayur, bangun awal pagi dan mandi tanpa disuruh.
Kelebihan cara unik ini adalah anak-anak sedia lebih bersedia untuk melakukan setiap aktiviti.
Jika dibandingkan dengan sebelum ini yang banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan gajet, ia agak sukar untuk mendisiplinkan mereka.
”Selepas tertarik dengan idea ini, saya terus mencipta sebuah kedai yang cantik dan mengikut konsep pretend play tetapi mirip dengan keadaan sebenar ketika di kedai atau pasaraya,”
”Anak-anak berasa sangat teruja dan seronok kerana sudah lama terkurung di dalam rumah. Secara automatiknya mereka menyedari bahawa perlu melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri sendiri,” kongsi Hani.
Kerjasama suami isteri
Tambah Hani lagi, dia menentukan jenis ganjaran dengan melihat aktiviti seharian yang perlu dilakukan seperti mengurangkan waktu skrin atau menolong ibu dan ayah. Jadi, dia akan meletakkan harga lebih tinggi.
Manakala, bagi solat dan mengaji pula, Hani akan meletakkan harga di samping penjelasan secara lisan dengan menerangkan kepada anak-anak bahawa ia hanya sebagai pengajaran.
Secara umumnya, saya cuma menggalakkan cara yang menyeronokkan dalam aktiviti seharian anak-anak selama tempoh berkurung bagi menangani gejala Covid-19 ini.
”Saya dan suami bukanlah menggalakkan anak-anak untuk mengambil makanan segera dan tinggi gula secara tanpa kawalan kerana kami menyedari ia adalah sangat tidak baik untuk kesihatan,”
”Pendekatan adalah sebagai salah satu usaha untuk mengawal tingkah laku mereka. Ini sekaligus memberi pendedahan kepada anak-anak untuk menghargai nilai duit yang dimilliki dan mengaplikasikan kemahiran matematik,” ujar Hani.
Sumber: Hani Mohamed
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comanak-belajar