Kes Budak Kena Rogol Di Malaysia Semakin Parah, Kanak-kanak 9 Tahun Bergelar Ibu Paling Muda Di Negara Ini

Ibu termuda di Malaysia adalah seorang kanak-kanak berusia 9 tahun. Kes budak kena rogol terbaru ini sangat mengecewakan ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes kehamilan melibatkan kalangan kanak-kanak bawah umur kini sangat membimbangkan. Terkini, seorang budak kena rogol oleh abang kandung sendiri sehingga bergelar ibu termuda di Malaysia.

Berita ini adalah berdasrkan badan bukan kerajaan berasas di Selangor. Kanak-kanak berusia 9 tahun itu dikatakan telah dirogol oleh darah dagingnya sendiri, yang mana dilaporkan telah terpengaruh oleh video-video lucah pornografi menurut pengerusi Yayasan Ikhlas, Professor Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Menurutnya, dia agak bimbang akan peningkatan jumlah kes eksploitasi seksual akan golongan bawah umur, sementara mendedahkan yang kes budak kena rogol tersebut melibatkan kanak-kanak berumur hanya 9 tahun yang berlaku kira-kira 3 tahun lalu di Pulau Pinang.

Katanya lagi, kes sebegini sebelum ini melibatkan remaja berusia di antara 17 dan 18 tahun, tetapi kini ia merangkumi kanak-kanak yang semuda 9 tahun. Ia agak merisaukan, negeri seperti Negeri Sembilan dan Terengganu telah mencatat kes eksploitasi seksual melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun.

 Menurut  profesor tersebut, peningkatan jumlah akan kes budak kena rogol boleh dikaitkan sebahagian kepada pengaruh media sosial, berikutan ia menyediakan akses mudah kepada kandungan lucah pornografi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengerusi Yayasan Ikhlas tersebut juga mengatakan yang remaja lelaki berusia di antara 13 dan 16 tahun adalah yang paling mudah menyerang kerana mereka selalu terdedah kepada pornografi menerusi aplikasi mesej seperti WhatsApp dan Telegram.

“Faktor lain termasuklah konflik cinta dan keluarga, dan lain-lain. Pernah sekali saya menguruskan satu kes melibatkan seorang pelajar tahun 1 yang hebat dalam pelajaran tetapi merogol sedaranya yang berusia 14 tahun. Insiden tersebut diketahui apabila remaja tersebut di bawa ke hospital berikutan sakit perut, yang mana rupanya adalah sakit bersalin,” kongsinya.

“Keluarga tersebut mengalami masalah kewangan, ibunya menjual pastri, dan bapanya bekerja sebanyak dua shif. Mereka tiada masa untuk memantau anak mereka, dan ini adalah salah satu sebab kenapa insiden sebegini berlaku,” jelasnya.

“Satu daripada 10 remaja di negara ini pernah terjerumus di dalam hubungan seksual sebelum kahwin,” katanya lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam membangkitkan isu eksploitasi seksual bawah umur ini, sebuah forum bertajuk “Sexual Abuse and Assault: Are Our Children Safe?” telah diadakan. Ketika forum tersebut, pakar seperti National Population and Family Development Board’s (LPPKN) Dr Siti Nurhayati Adznan, pensyarah medik di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pakar pediatrik Dr Nor Azyati Yusoff, ACP Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (D11) Siti Kamsiah Hassan, dan peguam Fatihah Jamhari menegaskan akan pentingnya peranan ibu bapa dalam menjaga anak mereka daripada eksploitasi seksual.

Pakar dan badan rasmi dari pelbagai bidang juga menegaskan akan kepentingan untuk komunikasi terbuka dan meluangkan waktu kualiti di dalam aktiviti dengan anak mereka sebagai langkah pencegahan.

Jika anda atau sesiapa yang anda kenal berisiko atau pernah mengalami gangguan atau serangan seksual, sila hubungi organisasi Malaysia ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. WOMEN’S AID ORGANISATION (WAO)
Waktu operasi: 24jam
Tel: +603-30008858
SMS/WhatsApp: +6018-9888058
Website | Facebook | Twitter

2. ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (9.30 pagi – 5.30 petang)
Tel: +603-78770224
WhatsApp/Telegram: +6016-2284221 | +6016-2374221
Emel: telenita@awam.org.my
Website | Facebook | Twitter

3. WOMEN’S CENTRE FOR CHANGE PENANG (WCC PENANG)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang)
Tel: +604-2280342 | +604-3988340
WhatsApp: +6011-31084001 | +6016-4180342
Emel: wcc@wccpenang.org
Website | Facebook | Twitter

4. SARAWAK WOMEN FOR WOMEN SOCIETY (SWWS)
Waktu operasi: Isnin (7 petang – 9 malam),Selasa hingga Khamis (9.30 pagi – 11.30 pagi), Sabtu (2 petang – 4 petang)
Tel: +6082-368853
SMS/WhatsApp: +6016-5822660 | +6013-8044285
Emel: sarswws@gmail.com
Website | Facebook | Twitter

5. SABAH WOMEN’S ACTION-RESOURCE GROUP (SAWO)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi – 5 petang)
Tel: +6088-280200 | +6011-27908020
Emel: sawo.women@yahoo.com
Website | Facebook | Twitter

6. PROTECT AND SAVE THE CHILDREN (PS THE CHILDREN)
Waktu operasi: Isnin ke Jumaat (3 petang – 12 tengah malam)
WhatsApp: +6016-7213065
Emel: protect@psthechildren.org.my
Website | Facebook | Twitter

7. INTERNET WATCH FOUNDATION (IWF)
Lapor kandungan keganasan seksual kanak-kanak dan gambar keganasan seksual kanak-kanak bukan fotografi secara tanpa nama dan secara sulit kepada IWF’s Reporting Portal.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Baca juga: Ada 13,272 Kes Rogol Kanak-Kanak Sejak 7 Tahun Lalu! Hati-Hati Ibu Bapa!

Baca juga: Rogol dalam perkahwinan = rogol atau tidak?

Baca juga: Sedih! Wanita Dirogol 2 Lelaki Depan Mata Anak Ketika Kereta Berhenti Kehabisan Petrol

Penulis

Farhana Fuad