X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sedih! Wanita Dirogol 2 Lelaki Depan Mata Anak Ketika Kereta Berhenti Kehabisan Petrol

14 Sep, 2020
Sedih! Wanita Dirogol 2 Lelaki Depan Mata Anak Ketika Kereta Berhenti Kehabisan Petrol

Nasib malang wanita dirogol oleh dua lelaki ketika kenderaannya berhenti setelah mengalami kehabisan petrol. Anak-anaknya menyaksikan perbuatan tersebut

Kes wanita dirogol sering terjadi di mana-mana sahaja sama ada luar negara atau tempatan. Meskipun dunia telah mencapai pelbagai kemajuan pada hari ini, namun kes jenayah seakan-akan semakin kerap berlaku sehingga lebih teruk lagi ia berakhir dengan tragedi bunuh.

Hampir setiap hari masyarakat dunia dikejutkan dengan pelbagai kes baharu, ia seolah-olah suatu kebiasaan dan lebih menakutkan lagi duduk dalam rumah sahaja turut ada rasa tidak selamat!

Kes wanita dirogol di depan mata anak

wanita dirogol dua lelaki

credit to sources

Seorang wanita dirogol oleh dua lelaki di hadapan anak-anaknya dalam kejadian malang yang berlaku di negara Pakistan pada hari Selasa lalu. Tidak cukup dengan itu, suspek turut merompak wang milik mangsa sebanyak Rs1 lakh atau bersamaan RM 5,649.20 sebelum mereka melarikan diri dari tempat kejadian.

Menurut keterangan yang diperoleh, mangsa telah memandu kenderaan pacuan empat roda bersama dua orang anaknya dari kawasan Gujranwala. 

Pada jam lebih kurang 1.30 pagi, kereta mereka telah kehabisan petrol dan mangsa telah mengambil keputusan untuk berhenti di lebuhraya Gujjarpura. Bukan itu sahaja, wanita berkenaan sempat menghubungi saudaranya bagi mendapatkan bantuan dan menghantar lokasinya yang terkini.

Saudaranya menasihatkan wanita itu untuk menghubungi talian polis lebuhraya, namun malangnya tidak berjaya. Dia diberitahu bahawa tiada pegawai yang bertugas pada waktu berkenaan dan tiada bantuan dapat diberikan.

Tidak lama kemudian, secara tiba-tiba datang dua orang lelaki menghampiri kenderaan mereka lalu memecahkan tingkap. Suspek telah memaksa wanita dan dua anaknya masuk ke kawasan semak berhampiran.

Mereka telah merampas beg tangan mangsa yang mempunyai wang tunai, gelang emas, geran kereta dan juga tiga keping kad bank. Suspek turut didakwa memperkosa mangsa di hadapan anak-anaknya.

Selepas kejadian itu, mangsa segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Laporan perubatan telah diberikan kepada pakar bahagian forensik dan siasatan telah dilakukan.

Menurut Ketua Polis Negeri Punjab, Inam Ghani menjelaskan siasatan sedang dijalankan. Setakat ini pihaknya telah berjaya mengenal pasti setiap suspek dan alamat kediaman mereka.

kes rogol depan anak

credit to sources

”Seramai 20 pasukan polis telah diarahkan untuk menyiasat kes ini dan mengumpulkan kesemua bahan bukti. Bagi siasatan lanjut, seramai 12 orang suspek telah ditahan,” ujarnya.

Tips panduan keselamatan bagi mengelakkan diri daripada jenayah rogol

Tidak ramai wanita yang tahu tentang bagaimana untuk melindungi diri apabila berdepan dengan situasi getir ini. Kebanyakan penjenayah akan menggunakan pelbagai taktik untuk melarikan diri.

Satu kajian telah dijalankan ke atas sekumpulan perogol dalam penjara tentang beberapa perkara yang sering menarik ‘perhatian’ mereka pada mangsa iaitu:

#1. Kepanjangan rambut

Jangan tidak tahu bahawa penjenayah amat gemar wanita bersanggul, bertocang atau ber’braid’ atau lain-lain yang memudahkan mereka mencapainya dengan tangan.

Mereka lebih mengejar perempuan berambut panjang kerana beranggapan lebih ‘mudah untuk dikerjakan’.

#2. Senjata

tips elak dirogol

credit to sources

Para perogol turut menyatakan bahawa mereka tidak akan memilih perempuan yang di tangan mereka memiliki payung atau alatan serupa dengannya kerana ia boleh digunakan untuk menyelamatkan diri dalam suatu jarak tertentu.

Namun anak kunci tidak berkesan berfungsi sebagai senjata kerana ia memerlukan anda berada pada jarak yang sangat dekat.

#3. Wanita yang leka

Perogol juga akan mencari wanita yang khusyuk atau leka seperti sedang menggunakan telefon atau sibuk melayan karenah anak kecil. Apabila dalam keadaan sebegini, anda sebenarnya telah meningkatkan peluang untuk penjenayah melakukan kegiatan mereka.

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
MCO Baby On The Way? Here's How To Prepare For Your Little One
MCO Baby On The Way? Here's How To Prepare For Your Little One
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!

#4. Pakaian

Bukan itu sahaja, perogol turut akan mencari perempuan yang memakai pakaian jenis mudah ditanggalkan. Kebanyakan daripadanya sudah pun membawa gunting bersama untuk memudahkan kerja mencarik pakaian.

Sebab itulah setiap wanita dinasihatkan untuk mengenakan baju labuh dan longgar pada setiap masa.

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

#5. Lokasi kebiasaan perogol

Kebiasaannya, tempat pertama kejadian penculikan atau jenayah ke atas wanita ialah tempat parking kedai, garaj, ruang parkir pejabat dan tandas awam.

Justeru, lazimkanlah diri anda untuk mengamalkan surah Ayatul Kursi setiap kali memulakan langkah pertama keluar dari rumah sehinggalah pulang semula agar sentiasa berada dalam lindunganNya.

Sumber: The Reporter, aku islam

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comketagihan-seks-2

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sedih! Wanita Dirogol 2 Lelaki Depan Mata Anak Ketika Kereta Berhenti Kehabisan Petrol
Kongsikan:
  • Seorang ibu nyaris dirogol depan anak sendiri dalam hotel di Langkawi

    Seorang ibu nyaris dirogol depan anak sendiri dalam hotel di Langkawi

  • 9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

    9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Seorang ibu nyaris dirogol depan anak sendiri dalam hotel di Langkawi

    Seorang ibu nyaris dirogol depan anak sendiri dalam hotel di Langkawi

  • 9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

    9 Perkara Buat Isteri Nusyuz, Ini Maksud Nusyuz Yang Para Isteri Perlu Tahu!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.