Kita tinggalkan anak-anak di pusat penjagaan kerana kita percaya yang mereka akan dijaga dengan baik apabila kita pergi kerja. Tapi, lain pula yang berlaku dalam satu rakaman CCTV di tadika ini! Seorang budak mati tercekik di sekolah seorang diri semasa waktu rehat.
Budak mati tercekik: “Kenapa tak ada cikgu yang tolong selamatkan anak saya?” rintih ibu malang.
Pada 10 September yang lepas, ia seperti hari-hari lain di tadika di Hunan, China.
Tapi, seorang guru yang bertugas semasa waktu makan telah membuat kesalahan kritikal dan membahayakan nyawa apabila dia meninggalkan seorang kanak-kanak makan sendiri.
Tak lama selepas itu, budak itu mula tercekik makanan yang dimakannya.
Rakaman CCTV menunjukkan yang budak tersebut sedang sesak nafas sambil cuba untuk mengeluarkan makanan yang tersekat di dalam tekak dan batuk tanpa henti.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini tak menerima bantuan selama tiga minit. Rakan-rakannya yang lain terlalu kecil untuk memahami betapa kritikalnya keadaan yang sedang berlaku itu.
Rakaman tersebut kemudiannya berterusan dengan menunjukkan guru tersebut datang semula ke meja makan. Cikgu itu cuba untuk mengeluarkan kek yang tersangkut di dalam tekaknya tapi tak berjaya.
Sejurus selepas ini, cikgu tersebut mengejarkan budak itu ke hospital. Perjalanan ke hospital mengambil masa lapan minit, tapi malangnya, budak tersebut tak dapat diselamatkan tepat pada masanya.
Pihak tadika telah mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran dari tragedi yang malang ini selepas berbincang dengan ibu bapa mangsa,
Budak mati tercekik: Cara untuk hentikan anak dari tercekik
Anak tercekik boleh terjadi dalam keadaan mereka sedar diri atau tak – dan anda perlu bertindak mengikut keadaan mereka.
Ini adalah panduan dari National Healthcare System UK tentang apa yang perlu anda lakukan jika anda lihat budak yang berumur lebih dari satu tahun tercekik.
Walaupun nampak seperti tak penting, tapi tip ini boleh bantu anda untuk selamatkan nyawa.
Jika kanak-kanak tercekik masih sedar…
- Letakkan anak menghadap ke bawah di atas paha anda ATAU bantu mereka untuk duduk tegak sambil kedepankan badan
- Tepuk belakang badan mereka lima kali
Jika tepukan tersebut tak membantu langsung, gunakan teknik Heimlich Maneuver.
Teknik ini melibatkan anda memberikan tolakan yang kuat ke arah perut yang akan bantu untuk mengeluarkan objek yang tersekat di dalam tekak. Cara-caranya adalah:
- Berdiri atau berdiri menggunakan lutut, menghadap belakang badan kanak-kanak
- Genggam tangan anda dan letakkan di antara pusat dan tulang rusuk
- Pegang tangan yang anda genggam dengan tangan lagi satu sambil kekalkan posisi tangan di perut dan tarik kedua-dua tangan anda ke atas dan ke bawah
- Buat pergerakan ini sebanyak lima kali
Rujuk video di bawah:
*Nota: Daya yang kuat boleh menyebabkan kecederaan pada bawah tulang rusuk, hati-hati!
Apabila teknik ini sudah dilakukan, perhatikan situasi. Adakah objek tersebut telah dikeluarkan?
Jika belum dan kanak-kanak tersebut masih dalam keadaan sedar, teruskan teknik Heimlich Maneuver. Pastikan anda sentiasa berada di sisi mereka.
Walaupun objek tersebut telah dikeluarkan dan kanak-kanak tersebut sudah tak tercekik, penting untuk mereka tetap mendapatkan rawatan susulan.
Jika kanak-kanak tercekik dalam keadaan tak sedarkan diri…
- Baringkan mereka ke atas permukaan keras dan rata
- Panggil bantuan. Gunakan telefon anda untuk beritahu hotline kecemasan
- Buka mulut anak anda. Jika anda dapat lihat dengan jelas objek yang tersekat dan boleh dikeluarkan, cuba untuk keluarkannya
- Lakukan CPR dengan berikan kanak-kanak tersebut beberapa pernafasan
- Sentiasa berada di sisi mereka
Penting untuk semua ibu bapa dan orang dewasa untuk mengetahui cara untuk menyelamatkan kanak-kanak dari tercekik supaya kejadian seperti ini tak berlaku lagi.
Perkara ini boleh berlaku pada sesiapa saja, jadi lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya. Diterjemah semula dengan izin dari theAsianparent Singapore.
Baca juga: