Budak Sekolah Rendah Buat Servis S*ks RM 10, Kesan Kurang Pendidikan Seksualiti Dalam Kanak-Kanak

Tular perkongsian seorang guru yang mendedahkan budak sekolah servis seks serendah RM10 mengejutkan ramai pihak hingga saling menuding jari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak belakangan ini, kes gangguan seksual dan rogol dalam kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Namun apa yang lebih mengejutkan, berlaku dalam kalangan budak sekolah servis seks dengan harga RM10!

Budak Sekolah Servis Seks Serendah RM10

Situasi yang membimbangkan ini telah dikongsi oleh seorang guru, Mohd Fadhli Othman di Facebook mendedahkan bahawa terdapat seorang murid lelaki Tahap 2 yang menawarkan khidmat servis ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) dengan harga RM 10.

“Baru sahaja dapat cerita sebuah sekolah kebangsaan di sebuah negeri. Budak lelaki tahap 2 ada buat bisnes BJ dengan harga RM10. Perniagaan ini berlaku di kalangan murid lelaki dan perempuan.

“Di kalangan guru pula saling menyalahkan. Guru akademik salahkan guru Pendidikan Islam. Guru kaunseling pula tak tahu nak buat apa. Guru pendidikan jasmani pula buntu. Katanya tak pandai nak ajar dan selitkan dengan agama Islam walaupun beragama Islam”, luahnya kecewa.

Hantaran itu turut mendapat perhatian seorang penceramah, Firdaus Wong yang turut berkongsi kegusaran terhadap isu tersebut.

“Budak berumur 10 tahun menawarkan perkhidmatan begini? Jangan salahkan pembawa pesan, tetapi selesaikan masalah! Isu yang dibangkitkan merentasi agama & bangsa!”, tulisnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pentingnya Pendidikan Seksualiti Untuk Anak, Bermula Dari Rumah

Rentetan itu, Mohd Fadhli Othman turut berkongsi pihak sekolah telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu  dan murid yang terlibat.

Isu terbaru tentang salah laku seksual di sekolah menekankan betapa pentingnya Pendidikan Seksualiti dimulakan terhadap anak masing-masing.

“Walaupun dihambat dengan pelbagai ujian setelah tular isu ini, paling tidak membuka mata para ibu bapa agar memperkasakan Pendidikan Seksualiti dari rumah lagi”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarpun tindakan terhadap murid yang terlibat telah diambil, ini adalah peringatan untuk ibu bapa dan komuniti PIBG agar lebih peka.

Ini bukannya masa menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya, apa yang ibu bapa dan guru boleh lakukan bagi menangani isu ini dari berulang adalah:

1. Program Kesedaran Pendidikan Seksualiti Berkala

Program kesedaran Pendidikan Seksualiti perlu diadakan secara berkala untuk ibu bapa, supaya mereka boleh menyampaikan maklumat yang betul kepada anak-anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Program berkala PIBG bukan untuk murid murid. Tetapi untuk komuniti ibu ayah agar faham dan mahir sampaikan kefahaman Pendidikan Seksualiti kepada anak anak.

2. Guru Ikut ‘Trend dan Tahu ‘Signal’ Murid

Bukan sekadar mengajar, para guru juga perlu memahami dan mengajar tentang elemen-elemen Pendidikan Seksualiti dengan lebih mendalam, sesuai dengan perkembangan terkini dan masalah yang dihadapi oleh pelajar seperti ketagihan ‘P*rn’.

Silibus sedia ada sudah baik, tetapi pengajaran dalam kelas dan komunikasi perlu dipertingkatkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Mesej Kesedaran Pendidikan Seksualiti Dalam Kalendar Tahunan Sekolah

Mesej utama adalah untuk memastikan Pendidikan Seksualiti menjadi sebahagian daripada kurikulum tahunan sekolah, bukan sekadar program ceramah sekali-sekala.

Dengan cara ini, kita dapat mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan yang betul dan membantu mereka menghindari masalah yang mungkin timbul.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai 402 Sekolah Masalah Disiplin Pelajar, Ibu Ayah Sila ‘Take Note’!

Baca juga: Bersaiz Kecil & Mirip Seperti Mainan, Ibu Waspada Penjualan Tiger Pod Yang Makin Berleluasa

Baca juga: Pakar: Beri Telefon Pintar Pada Anak Sama Seperti Beri Dadah Kokain!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah