TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bersaiz Kecil & Mirip Seperti Mainan, Ibu Waspada Penjualan Tiger Pod Yang Makin Berleluasa

26 Jan, 2023
Bersaiz Kecil & Mirip Seperti Mainan, Ibu Waspada Penjualan Tiger Pod Yang Makin Berleluasa

Vape pod atau rokok elektronik direka mirip mainan kanak-kanak telah menimbulkan kerisauan apabila ada yang menjualnya di hadapan sekolah

Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius serta kesal isu penjualan produk rokok elektronik atau vape pod di hadapan sebuah sekolah yang tular baru-baru ini.

Pihak KKM juga mendapat maklumat, aktiviti mempromosi, pengiklanan dan penjualan rokok elektronik atau vape menyerupai permainan kanak-kanak atau ‘Tiger Pod’ yang kini semakin berleluasa.

Jualan vape pod secara terbuka 

tiger pod jual terbuka di hadapan sekolah

Sebelum ini Medical Mythbusters Malaysia menerusi hantaran di Facebooknya menegur sikap segelintir pelajar yang masih di bawah umur kerana terlalu ‘megah’ menayangkan tindakan mereka menghisap dan menghembus asap vape pod di khalayak ramai.

Jelasnya, terdapat penjualan pelbagai jenis vape pod dilakukan secara terbuka termasuk di pekarangan sekolah serta menyasarkan golongan muda itu sebagai ‘penagih’ baru nikotin.

“Ia (vape) dijual secara terbuka, dijual di pekarangan sekolah, di pusat beli-belah. Para pelajar bawah umur bagai tiada malu menghembuskan asap vape di merata tempat,” katanya.

Tambah hantaran tersebut, penjualan vape dilakukan dalam pelbagai bentuk serta pilihan perasa menjadikan tarikan utama kepada golongan kanak-kanak dan remaja untuk mencuba.

“Pendedahan kepada nikotin mengganggu perkembangan otak dan ia juga adalah ‘gateway’ kepada ketagihan substan yang lain.

“Vape bukan seperti gula-gula, vape bukan untuk kanak-kanak, vape bukan untuk penagih baru. Lindungi generasi hadapan dari ketagihan nikotik,” pesannya.

Bentuk vape pod yang mirip mainan kanak-kanak

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengatakan perkara ini telah menimbulkan rasa risau dalam kalangan ibu ayah dan guru kerana rekaan vape pod menarik perhatian kanak-kanak dan remaja untuk menggunakannya.

“Apa yang lebih membimbangkan ialah apabila rokok elektronik atau vape ini menggunakan cecair bernikotin, yang penjualannya adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952,” katanya.

Beliau berkata, pengedaran dan pembekalan sebarang persediaan mengandungi nikotin memerlukan pendaftaran dan kelulusan sebagai ubat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952.

pod vape pelajar sekolah

“Menyedari bahawa Akta Racun 1952 tidak mempunyai peruntukan terhadap larangan aktiviti promosi dan pengiklanan cecair rokok elektronik atau vape, maka peruntukan itu sudah dimasukkan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, bertujuan mengawal selia penghasilan produk itu.

“Ia sudah pun dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sidang Parlimen pada Ogos tahun lalu dan pelaksanaan terhadapnya masih tertangguh hingga kini,” katanya.

Beliau berkata, penyelesaian penjualan produk yang boleh membahayakan kesihatan generasi muda seperti ‘Tiger Pod’ memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasaan lain.

“Saya juga ingin menegaskan supaya pengusaha-pengusaha vape haruslah mengambil sikap bertanggungjawab yang tinggi dalam menghasilkan produk mereka.

“Ibu-bapa juga diminta terus memantau aktiviti anak-anak supaya tidak terjebak dalam amalan yang boleh merosakkan kesihatan mereka,” katanya.

Ada pelajar sekolah yang jadi ejen jualan pod vape

Terdapat kumpulan di Pulau Pinang yang dikesan menjadi ejen jualan yang membekalkan peralatan rokok elektronik dan vape (ECV) kepada pelajar, termasuk dalam kalangan mereka sendiri.

Hal itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) susulan satu kaji selidik terhadap 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah, lapor The Star.

pelajar sekolah hisap vape

Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subharow memaklumkan, terdapat juga pelajar yang membuat kumpulan sendiri dan menamakan kumpulan itu sempena nama cecair elektronik.

“Mereka tidak faham apa yang salah. Mereka fikir kerana ia perasa buah, ia tidak bahaya. Mereka tidak tahu apa itu nikotin,” kata Subharow sambil memaklumkan, jumlah pelajar perempuan yang menggunakan vape juga semakin ramai.

Dan walaupun masyarakat masih mempunyai persepsi negatif tentang wanita yang merokok atau vape, mesej yang disampaikan kini ialah sesiapa saja menggunakannya kerana ia “trendy” dan dapat membantu menurunkan berat badan.

Subharow dilaporkan berkata lebih banyak perempuan sekarang vape kerana terdapat perisa buah cecair elektronik, walaupun mereka tidak pernah merokok.

Pakar Pendidikan N. Siva Subramaniam mahu Kementerian Pendidikan menangani isu ini yang telah mewujudkan kekacauan dalam sistem pendidikan.

“Ajar para pelajar tentang keburukan merokok dan vape. Malaysia akan gagal sekiranya kita tidak menghasilkan anak muda yang boleh mencorak masa depan negara,” katanya.

Berita Harian, Kosmo, Code Blue

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Anak Aku, Suka Hatilah,” Ibu Berang Kena Kecam Lepas Share Video Bagi Anak Hisap Vape

Baca juga: Meskipun Tidak Merokok, Ibu Hamil Ketagih Vape Juga Berisiko Keguguran & Bayi Lahir Cacat!

Baca juga: Bahu Direntap & Dipaksa Ambil Lollipop, Anak Hampir Diculik Van Putih Ketika Balik Sekolah

Stories Rakan Kongsi
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Musim Membeli Belah Kembali-Ke-Sekolah: Senarai Semak untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
Musim Membeli Belah Kembali-Ke-Sekolah: Senarai Semak untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
Asthma and How it Affects Us Emotionally, What to Do Then?
Asthma and How it Affects Us Emotionally, What to Do Then?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bersaiz Kecil & Mirip Seperti Mainan, Ibu Waspada Penjualan Tiger Pod Yang Makin Berleluasa
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham