Budak usia 3 tahun tercekik baju tidur sendiri, ini bahaya yang tidak ramai ibu bapa perasan

Ibu ini tidak menyangka kerana baju tidur sepasang, anaknya nyaris-nyaris menjadi mangsa budak tercekik. Ibu, jaga-jaga ketika memilih baju tidur anak!

Kejadian budak tercekik sangat mencemaskan. Seboleh-bolehnya kita sentiasa berdoa agar kejadian budak tercekik dijauhkan dari anak-anak kita.

Tapi bagi keluarga ini, mereka tidak sangka yang mereka akan melalui detik anak tercekik. Tercekik dengan baju tidur sendiri adalah bahaya yang tidak disangka.

Ketika menceritakan kembali kejadian itu, di tengah malam, Katie Price, seorang ibu mendapati anak perempuannya yang berusia 3 tahun sedang tercekik dengan baju tidur (onesie) yang dipakainya!

Risiko pakaian tidur anak: Budak tercekik hampir mati kerana baju tidur

budak tercekik, tercekik baju tidur sendiri, tercekik dengan baju tidur. budak tercekik dengan baju tidur, tercekik, hampir tercekik, hampir mati, budak tiga tahun

Ibunya berkongsi rasa di Facebook tentang apa yang berlaku. Beliau menulis:

“Ibu bapa yang ada baju tidur sepasang (onesie) yang ada zip-sama seperti ini, JANGAN pakaikan anak anda baju tidur ini! Saya sangat bersyukur Sophie terus panjat katil saya, kerana jika tidak, saya tidak tahu apa yang akan berlaku.”

Dia menerangkan:

“Sophie sangat senyap malam itu ketika tidur bersama saya. Kemudian saya dengar bunyi pelik dan saya pusing melihatnya dan dia sedang tercekik dengan baju tidurnya!

Zip baju itu terlalu tinggi untuknya dan menghalang laluan pernafasan anak saya. Dia tidak boleh beritahu saya atau cuba mendapatkan perhatian saya kerana dia sedang lemas!

Terima kasih Tuhan saya menyedarinya. Dia masih sedikit terkejut sekarang tapi semuanya baik. Siapa sangka baju tidur yang ringkas itu hampir membunuh anak kecil!

Katie Price juga berkongsi yang baju tidur tersebut tidak meletakkan sebarang amaran untuk tidak memakainya semasa tidur. Tambahan pula baju tidur tersebut muat dengan elok pada badan anaknya.

Tidak terlalu kecil atau tidak terlalu besar. Dia mengatakan yang rumahnya kedinginan pada waktu malam dan disebabkan itu dia memilih untuk memakaikan Sophie baju tidur tersebut untuk membiarkan anaknya sentiasa panas.

Tetapi dia tidak menyangka perkara ini akan berlaku.

Risiko pakaian tidur anak: Bagaimana kejadian budak tercekik terjadi?

budak tercekik, tercekik baju tidur sendiri, tercekik dengan baju tidur. budak tercekik dengan baju tidur, tercekik, hampir tercekik, hampir mati, budak tiga tahun

Katie Price memuat naik status Facebooknya untuk menerangkan dengan lanjut perihal kejadian tersebut. Dia menulis:

“Sophie panjat katil dan baju tidur itu terkebelakang. Bahagian leher depan baju itu tersangkut di lehernya dan dengan zip, Sophie tidak dapat melonggarkannya sendiri. Itu yang menyebabkan saluran pernafasannya ditekan dan tercekik.”

Budak tercekik baju sendiri: Tips keselamatan untuk ibu bapa

budak tercekik, tercekik baju tidur sendiri, tercekik dengan baju tidur. budak tercekik dengan baju tidur, tercekik, hampir tercekik, hampir mati, budak tiga tahun

Pakaian yang padan dengan badan anak adalah salah satu aspek keselamatan baju tidur anak.

Namun, ini antara beberapa ciri tambahan yang mungkin anda perlu pertimbangkan apabila memeilih baju tidur yang sesuai untuk anak anda:

  • Pastikan anda elak pakaian yang dilabel “bahaya terbakar
  • Elakkkan pakaian berzip. Baju tidur dengan butang snap adalah pilihan lebih baik
  • Buang tali pengikat (seperti di baju sejuk) daripada pakaian tidur
  • Pilih pakaian yang ringkas dan material kain kapas sama ada sepasang (onesie) atau dua pasang (baju dan seluar)
  • Periksa anak anda sekurang-kurangnya sekali sepanjang malam, tidak kira sama ada anak berada bersama di katil anda atau di katil atau bilik berbeza.

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent SingaporeCPSCFacebookACCC

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bayi 10 Bulan Tertelan Pin Tudung Ibu: Bahaya Tertelan Objek Asing!