Bulu Lebat Bayi Baru Lahir Dipanggil Lanugo,Ketahui 4 Cara Untuk Menghilangkannya

Bulu lebat atau lanugo yang merupakan sejenis rambut halus yang tumbuh pada badan bayi. Anda boleh cuba kurangkannya dengan empat cara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah melihat bayi baru lahir tetapi mempunyai bulu lebat di bahagian belakang badan, lengan dan kaki?

Bulu lebat tersebut dipanggil lanugo yang merupakan sejenis rambut halus yang tumbuh pada badan bayi semasa mereka berada di dalam rahim.

Dalam artikel ini, menghuraikan lebih lanjut mengenai apa itu lanugo untuk anda tahu.

 Apa itu lanugo?

Perkataan lanugo berasal daripada perkataan Latin untuk bulu, “lana”. Ia adalah rambut lembut dan lebat yang kadang-kadang menutupi badan bayi yang baru lahir, kecuali tapak tangan, tapak kaki, bibir, kemaluan, kuku dan jari tangan serta kaki.

Ia paling biasa dilihat pada bahu, dahi, belakang dan muka bayi.

Lanugo ialah rambut pertama yang dihasilkan oleh folikel rambut janin, dan biasanya muncul pada bayi anda sekitar bulan ke-5 kehamilan. Rambut yang tidak berpigmen ini biasanya gugur atau dimakan oleh bayi anda antara minggu ke-36 dan ke-40 kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila lanugo dimakan oleh bayi anda, ia disimpan di dalam ususnya dan membantu membentuk mekonium, yang merupakan pergerakan usus pertama yang akan dimiliki oleh si kecil anda.

Biasanya, bayi anda akan kehilangan lanugonya semasa dia masih dalam kandungan anda. Selalunya apabila anda mengandung sekitar tujuh hingga lapan bulan.

Walau bagaimanapun, kadangkala, bayi dilahirkan dengan lanugo, terutamanya jika mereka pramatang atau lahir sedikit awal. Tidak ada yang perlu dibimbangkan tentang kehadiran bulu lebat, dan ia akan gugur dengan sendirinya dalam beberapa minggu.

Mengapa lanugo penting?

Bayi yang baru lahir mempunyai rambut lanugo atas sebab tertentu. Semasa bayi anda berada dalam kandungan, lanugo melindungi kulit lembutnya daripada cecair amniotik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia juga membantu vernix caseosa (cecair putih pekat) pada kulit bayi anda. Vernix ialah bahan seperti lilin putih berminyak yang menutupi kulit bayi anda semasa di dalam rahim untuk memastikan ia sentiasa hangat dan lembap. Ia juga membantu bayi menggelongsor dengan lebih mudah melalui serviks dan saluran kelahiran anda semasa bersalin.

Berikut adalah fungsi lanugo dan bagaimana ia berupaya untuk melindungi janin semasa dalam kandungan:

#1. Melindungi kulit

Oleh sebab air ketuban mempengaruhi keadaan kulit bayi, cecair vernix caseosa bertindak sebagai pelindung utama. Cecair tersebut menghalang untuk melindungi daripada cecair amniotik di dalam rahim. Lanugo melekat pada vernix untuk membantu ia kekal pada kulit.

#2. Mengekalkan suhu badan bayi

Pada fasa awal kehamilan, lanugo bertindak untuk mengawal suhu badan bayi sebelum lapisan lemak terbentuk.

#3. Perubahan hormon

Terdapat kajian yang menunjukkan keupayaan lanugo untuk merangsang rembesan hormon bagi mengurangkan stress dan menggalakkan proses tumbesaran dalam badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lanugo terbentuk pada minggu ke-16 hingga 20. Pada trimester ketiga lanugo akan gugur perlahan-lahan. Dan semakin berkurang pada permukaan kulit bayi.


Bayi yang lahir lewat lebih 42 minggu biasanya kulit mereka lebih berkedut. Ini disebabkan kulit bayi terdedah secara langsung kepada air ketuban tanpa ada lanugo dan cecair vernix untuk melindunginya.

Bila perlu risau tentang lanugo

Kadangkala, jika lanugo bayi tidak keluar dengan sendirinya dalam masa sebulan, ia boleh menjadi petunjuk kepada keadaan yang dikenali sebagai hiperplasia adrenal kongenita atau CAH.

CAH adalah keadaan di mana bayi dilahirkan kekurangan enzim tertentu yang memulakan pengeluaran hormon kortisol atau aldosteron. Ini bermakna kanak-kanak akan menghasilkan lebih banyak hormon lelaki (androgen), tanpa mengira jantina, membawa kepada pertumbuhan bulu lebat yang berlebihan, terutamanya pada wanita.

Bayi dengan CAH mungkin juga mempunyai kepekatan natrium darah yang rendah, menurut profesional kesihatan. Ini boleh menyebabkan dehidrasi, masalah jantung dan kejutan.

Rawatan untuk CAH

Biasanya, rawatan melibatkan mengimbangi hormon bayi melalui hormon tiruan harian dan ubat steroid. Pertumbuhan rambut menjadi normal apabila hormon berada pada tahap yang sesuai untuk umur dan jantina bayi.

Jika anda bimbang tentang lanugo bayi anda, atau bimbang tentang sebarang aspek kesihatannya, jangan teragak-agak untuk menghubungi pakar perubatan tanpa berlengah-lengah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlukan lanugo dirawat?

Anda tidak perlu melakukan apa-apa untuk merawat lanugo pada bayi pramatang atau bayi baru lahir, berikut tips akan membantu anda untuk menjaga bulu badan bayi anda.

#1. Sabar

Masa adalah rawatan terbaik untuk lanugo yang baru lahir. Biarkan sahaja rambut bayi anda. Nanti  akhirnya ia akan hilang. Dalam beberapa hari atau minggu, bayi baru lahir anda akan kehilangan lanug tetapi jika ia bertahan lebih lama, itu masih normal.

#2. Jangan gunakan pencukur

Jangan cabut, atau gunakan penghilang bulu badan untuk menghilangkan lanugo bayi anda. Produk ini tidak selamat untuk bayi dan boleh membahayakan kulit halus mereka.

#3. Cuba urut lembut

Mengurut kawasan kulit dengan sangat lembut dengan minyak bayi yang lembut mungkin membantu mempercepatkan keguguran lanugo, tetapi jika anda buat terlalu kerap ia juga boleh merosakkan kulit bayi anda. Hanya gunakan produk yang tidak akan merengsakan kulit atau mata bayi anda.

#4. Jumpa doktor mengenai bulu lebat 

Doktor anda atau pakar pediatrik bayi anda boleh menjawab soalan anda dan meyakinkan anda bahawa ia akan hilang dengan sendirinya jika ia bukan CAH.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara membuang lanugo pada bayi baru lahir

Berikut empat cara untuk menghilangkan bulu lanugo yang anda boleh lakukan tanpa menyebabkan kerosakan pada kulit dan ruam pada bayi. Ia termasuklah:

  1. Urut perlahan-lahan menggunakan minyak khas bayi. Ulangi dua kali sehari pada waktu pagi dan petang untuk hasil maksimum.
  2. Campurkan serbuk kunyit, susu dan serbuk kayu pasir ke dalam pes, kemudian sapukan sebelum bayi dimandikan. Urut bayi perlahan-lahan dan kemudian basuh menggunakan air suam.
  3. Ambil dua sudu tepung gandum, campurkan dengan sesudu tepung gram (tepung yang diperbuat daripada kacang kacang buncis), seterusnya tambah air ke dalamnya untuk membentuk doh. Perlahan-lahan gosok doh ini ke badan bayi sebelum mandi.
  4. Campurkan 2-3 sudu kacang tanah dan 1-2 sudu teh badam ke dalam setengah cawan susu, gunakan campuran ini pada kulit bayi. Biarkan seketika atau sehingga ia mula kering, kemudian mandi bayi. Elakkan gosok terlalu kuat pada kulit bayi supaya tidak terjadi ruam. Biasanya lanugo akan hilang sendiri dalam masa beberapa minggu.

Artikel ini mendapat kebenaran theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

  1. medicinenet (Mac 29, 2021) Medical Definition of Lanugo. www.medicinenet.com/lanugo/definition.htm
  2. howtoadult (November 28, 2018) Excessive Hair Growth in Newborns. howtoadult.com/excessive-hair-growth-in-newborns-5590434.html

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Atasi Masalah Badan Berbulu Dengan Krim Buang Bulu Yang Efektik Dan Tidak Menyakitkan Ini!

Baca juga: Apa Itu Waxing:Adakah Ia Selamat Untuk Wanita Hamil?

Baca juga: Ibu Risau Makin Hari, Rambut Bayi Makin Nipis? Sikat Ketika Basah Antara Sebab Rambut Gugur!

Penulis

Amalia Azri