''Kesian Baby Jadi Bahan Uji Kaji,'' Ibu Sanggup Gunting Bulu Mata Anak Demi Nak Cantik

Bulu mata anak yang masih bayi dipotong oleh ibu gara-gara ingin membuatnya tumbuh dengan lebih lebat. Tindakan ini sebenarnya tidak berkesan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan ibu ayah muda dan moden cenderung mengikuti trend yang ditayangkan dalam media sosial. Sehingga ada ibu berani membuat uji kaji pada anaknya dengan gunting bulu mata.

Tindakan tersebut dikatakan mampu membuatkan bulu mata anak menjadi lebih lebat dan lentik. Lebih menyedihkan, mereka berkongsikan video dalam akaun TikTok bagi meraih view yang tinggi.

Ibu ‘seronok’ jadikan anak bahan uji kaji, gunting bulu mata hingga botak

Sejak kebelakangan ini, ramai ibu ayah muda dan moden berani melakukan apa sahaja termasuklah perkara tidak masuk akal pada anak-anak tanpa memikirkan kemudaratan pada kemudian hari.

Baru-baru ini tular seorang ibu yang sanggup memasangkan alat pendakap gigi pada anak perempuan kecilnya meskipun masih bergigi susu.

Lain pula kejadian ini, seorang ibu menjadikan gunting bulu mata bayinya hingga botak sebagai rutin malam Jumaat.

Tidak menyatakan tujuan perbuatannya itu, orang ramai menganggap tindakan wanita berkenaan mungkin kerana ingin bulu mata anaknya tumbuh dengan panjang dan lentik.

Menerusi video yang dimuat naik dalam laman TikTok @ClarisaDewantari, difahamkan dia menggunting bulu mata anaknya setiap malam Jumaat. Hal ini kerana anaknya sedang tidur dan lebih memudahkan kerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://www.tiktok.com/@clarisadewantari/video/7099318495845944602?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=https%3A%2F%2Fbeautifulnara.com%2F&referer_url=https%3A%2F%2Fbeautifulnara.com%2F&referer_video_id=7099318495845944602

Hasil penelitian kami, pemilik akaun TikTok itu merupakan warganegara seberang, Indonesia. Tidak pasti sama ada ia amalan atau adat mereka di sana.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok tidak setuju dengan sikap ibu berkenaan yang seolah-olah langsung tiada ilmu keibubapaan.

Selain itu ramai mengatakan ia seperti penganiayaam kerana bulu mata bayi yang sedia ada berfungsi untuk memastikan tidak ada habuk memasuki mata.

Kesian anak jadi bahan uji kaji emaknya. Yang gunting tu dari mana tak tahu sentuh mata anak. Lepas ni habuk masuk dalam mata anak senang, sebab tiada penghalang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buatnya baby tu tiba-tiba tersedar dan gerakkan kepala, tidak ke tercucuk gunting mata dia tu. Ahh risau!

Belajar dari mana ni? Fungsi bulu mata nak menapis habuk-habuk dari masuk dalam mata. Kesian baby tu, ibu ayah pun kurang ilmu. Ya Allah.

Kongsi pengalaman pernah gunting bulu mata

Tidak kurang dengan itu, ada juga berkongsikan pengalaman pernah menggunting bulu mata anak kerana percaya cakap-cakap orang terdekat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau mak saya, dia hanya potong hujung sikit je untuk melentikkan bulu mata. Kalau potong habis, kesian nanti tercucuk mata baby. 

Ada kawan dekat tempat kerja dulu. Sebab bulu mata anaknya lawa betul. Masa tu usianya lima tahun, bila tanya, ingatkan dia pakaikan anak dengan maskara, tapi rupanya dia kata dia gunting. Seram!

Saya mohon jangan buat macam ni. Saya ada tiga anak. Anak pertama tak pernah gunting. Tapi anak nombor dua potong bulu mata macam ni sebab mak cik saya kata kalau gunting, bulu mata baby akan naik panjang dan cantik. Maklumlah anak perempuan mestilah nak anak cantik, tapi sekarang bulu mata dia tak sepanjang abang dan adik yang tidak gunting. Bila dah gunting bulu mata, tengahnya jadi tak lentik dan secantik sebelumnya.

Cara lentikkan bulu mata anak sejak dari bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memiliki bulu mata lentik dan panjang merupakan bonus buat seseorang. Sebagai ibu, anda pasti menginginkannya kerana si manja akan kelihatan lebih segak dan comel. Malah, ia sering menjadi perhatian orang sekeliling yang ‘jatuh hati’ pada pandangan pertama.

Berikut ada beberapa petua yang boleh anda cuba bagi mendapatkan bulu mata lentik: 

  • Menggunakan minyak kelapa. Kandungan vitamin E di dalamnya dapat membantu menyuburkan dan melentikkan bulu mat secara semula jadi. Caranya adalah dengan titiskan minyak pada kapas, kemudian usap perlahan pada bulu mata anak dan biarkan semalaman.
  • Oleskan minyak zaitun. Ia menjadi salah satu cara melebatkan bulu mata anak kerana kaya dengan vitamin E dan antioksidan. Kesannya, bulu mata si manja jadi lebih halus, lembap dan tumbuh dengan sihat.
  • Guna petroleum jelly bagi membuatkan kulit pada dekat bulu matanya tetap lembap. Jika kulit cukup lembap, folikel kulit akan bekerja lebih maksimum untuk menghasilkan bulu yang lebat dan kuat. Justeru ibu boleh oleskan petroleum jelly di pangkal bulu mata anak dan biarkan semalaman. Kesannya dapat dilihat dalam masa beberapa minggu. Bulu mata si manja menjadi lebih lembut dan lentik.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak Kecil Pakai Braces Gigi Sebab Nak Nampak Hipster, Netizen Selar Tindakan Ibu Ayah

Baca juga: Benarkah Potong Bulu Mata Bayi Boleh Buat Ia Tumbuh Lebih Melentik? Fakta Atau Mitos?

Baca juga:  Janin Di Minggu ke 16 – Kening dan Bulu Mata Sudah Terbentuk Sepenuhnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan