Maksud Bunting Pelamin: Bukan Hamil Anak Luar Nikah, Ini Kenapa Masyarakat Selalu Keliru!

Kahwin baru 4 minggu, macam mana usia kandungan dah masuk 6 minggu? Itulah isu bagi ibu bunting pelamin yang selalu masyarakat salah faham. Ini penjelasannya...

Di Malaysia, masih ada lagi segelintir masyarakat yang “menghina” dan memfitnah ibu bunting pelamin tanpa mengetahu maksud bunting pelamin yang sebenarnya

Mereka menganggap ibu yang bunting pelamin ini telah melakukan seks sebelum berkahwin semata-mata kerana usia kandungan lebih lama berbanding tempoh perkahwinannya.

Namun sebenarnya, ada penjelasan kenapa hal ini terjadi! Bukannya sebab wanita tersebut telah melakukan seks sebelum berkahwin.

Bagi individu yang bunting pelamin, anda akan mendapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan.

Sebab itu untuk para suami isteri di luar sana yang baru saja berkahwin, anda kena bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal. 

Ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri supaya isu bunting pelamin ini tidak disalah erti.

Maksud bunting pelamin?

Maksud bunting pelamin atau bunting kahwin seringkali  disalah anggap kerana ramai menganggap pengantin perempuan itu telah hamil ketika di atas pelamin. 

Hal ini kerana wanita terbabit telah hamil sejurus selepas berkahwin, dan usia kandungan lebih lama pada tempoh perkahwinannya. 

Contohnya seperti keadaan ini:

Tahniah, Puan! Anda disahkan mengandung enam minggu,” kata doktor.

Tapi Doktor, kami baru kahwin 4 minggu. Macam mana boleh enam minggu hamil? Apa kata orang nanti?

Ha… di sinilah kita sentiasa tersalah.

Untuk mengira usia kehamilan, doktor akan mengiranya dari tarikh hari pertama anda haid atau last menstrual period (LMP).

Bukannya bila tarikh perkahwinan atau bila tarikh akhir anda melakukan seks.

Bagaimana doktor kira usia kandungan jika anda bunting pelamin?

Kredit: MedShop

Walaupun tiada hubungan seks yang dilakukan pada tarikh pertama haid anda, tapi doktor masih memerlukan tarikh itu untuk mengira satu kitaran haid.

Contohnya seperti ini:

Tarikh hari pertama haid (LMP) isteri: 15 April 2018

Tarikh bernikah: 29 April 2018

Tarikh berjumpa doktor: 28 Mei 2018

Kiraan usia kehamilan: 15 April 2018 – 28 Mei 2018 = 6 minggu

Sebab itu usia kehamilan anda akan lebih lama berbanding tempoh perkahwinan. Dan itulah erti sebenar untuk “bunting pelamin”.

Cara mengira kitaran haid yang betul

Kredit gambar: Fertility Specialists

Satu lagi sebab mengapa masyarakat sering menganggap kes bunting pelamin sebagai kes “hamil anak luar nikah” adalah kerana mereka tidak tahu cara pengiraan kitaran haid yang betul.

Biasanya, kitaran haid mengambil masa selama 28 hari. Tapi ada yang lebih atau kurang. Itu kes kitaran haid tidak menentu.

Hari pertama haid akan dikira sebagai last menstrual period (LMP) untuk menentukan usia janin dalam kandungan.

Selepas haid habis, ovari akan menghasilkan telur pada hari ke-14, iaitu waktu anda paling subur. Jika pensenyawaan terjadi dalam tempoh ini, maka hamillah wanita itu!

Sperma boleh hidup selama 3 hingga 7 hari sebelum pensenyawaan. Sebab itu doktor tidak boleh menganggarkan usia kandungan dengan tarikh akhir bila suami isteri berhubungan intim.

Bagaimana jika haid tidak tetap?

Jika haid anda tidak tetap, mungkin agak sukar untuk doktor menentukan bila tarikh LMP anda. 

Namun, hal ini boleh diatasi dengan melakukan imbasan ultrasound. Akan tetapi, ultrasound hanya akan dilakukan apabila kandungan sudah semakin besar.

Jangan tukar usia kandungan yang ditetapkan doktor kerana takut “kata-kata” orang

Ada juga kes di mana sesetengah ibu sengaja “menukar” tarikh kehamilan semata-mata kerana risau orang akan menganggap mereka hamil anak luar nikah.

Usia kandungan anda akan menentukan due date yang diberi doktor. Biasanya, doktor akan beri tarikh 40 minggu selepas hari pertama haid anda tempoh hari.

Dengan due date itu, doktor akan memantau dan mengukur perkembangan bayi. Jadi kalau anda tiba-tiba mengubah usia kehamilan, ini akan membahayakan kandungan dan diri anda sendiri!

Kumpul ilmu kesihatan dan kehamilan, bukannya menuduh sewenang-wenangnya

Perlu diingatkan, usia janin dikira bukan dengan tarikh bila “last” anda bersama pasangan. Sebaliknya, ia dikira dengan bila hari pertama haid anda yang terakhir. 

Jadi, sebelum melemparkan sebarang fitnah atau penghinaan, sila semak fakta yang sebenar terlebih dahulu. 

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata… binasalah badan sendiri.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Amalan Minum Susu Kurma Tiga Kali Sehari Antara Tips Cara Mudah Hamil Ibu Ini!

Baca juga: 20 Tanda Awal Mengandung, Antaranya Perut Kembung, Kerap Buang Air Kecil Dan Banyak Lagi

Baca juga: Tidak Datang Haid, Keputusan UPT Negatif? Pakar Kongsi 15 Tanda-Tanda Awal Mengandung

Penulis

Ayu Idris