Bayi Menangis Hanya Ingin Susu Badan, Ibu Burnout Tak Larat Nak Hadap & Cuba Bertenang

Burnout sindrom cabaran dialami ibu yang mempunyai anak kecil. Lebih memenatkan bila tugas menjaga anak semuanya terletak atas bahu isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang mempunyai anak kecil, pernahkah anda mengalami burnout sindrom? Satu keadaan apabila ibu berasa terlalu penat, tertekan sehingga tidak mampu melakukan apa-apa kerana kepenatan.

Begitulah yang dialami seorang wanita ini apabila dia berdepan dengan situasi anak merengek melalak dan dalam masa sama, ibu ini terlalu penat sehingga tidak terdaya macam mana lagi mahu memujuk si manja tersebut.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu terlalu penat alami burnout sindrom
  • Ramai ibu berkongsikan pengalaman yang sama

Menerusi satu video di TikTok, seorang ibu berdepan situasi tersebut serta tidak tahu lagi cara memujuk anaknya. Malah dia kelihatan sangat penat dan tidak larat. Apa yang dialami wanita ini turut mendapat simpati daripada netizen.

Ibu terlalu penat alami burnout sindrom

Video tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @nhinhu01_07 yang juga seorang ibu dipercayai dari Vietnam. Kelihatan wanita itu tersandar di pintu dan hanya termenung memandang anak comelnya yang sedang melalak menangis.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu meraih kira-kira 3.3 juta tontonan, lebih 82,000 tanda suka serta 8,026 komen daripada netizen.

Aanak kecil itu berusia hampir 1 tahun dan wanita itu pula buntu apabila si comel itu masih sukar menerima makanan jenis pejal serta hanya mahu menyusu badan. Ibu tersebut seolah-olah putus harapan serta tidak tahu untuk mengadu kepada siapa.

Dalam artikel itu juga, ia menyebut ibu itu sudah tidak berdaya hendak memujuk sekali gus terpaksa mendiamkan diri bagi tempoh bertenang. Terdapat juga yang mempertikaikan wanita itu sempat merakam detik tersebut dan ibu itu memberitahu, ia tidak bermakna dia mengabaikan anak sendiri.

Menerusi hantaran video yang lain, wanita itu kemudian mengambil dan memeluk anak kecil tersebut. Selain itu terdapat juga video lain memperlihatkan anak kecil itu tidak lagi menangis.

Ramai ibu berkongsikan pengalaman yang sama


Sementara itu, video yang dimuat naik turut mendapat perhatian netizen dari Malaysia. Mereka juga meninggalkan komen berkongsi kisah mengalami situasi seperti itu. Antara maklum balas yang dapat dibaca seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Mak dia dah burnout, kasihan kan. Yang pernah rasa mesti faham".

"Saya pun walaupun anak dah 2 tahun tetap rasa burnout dari dia baby lagi sampai sekarang, rasa tertekan. Ada masanya saya stress, ada masanya saya ok".

"Saya memang nak habiskan 2 tahun 1/2 agak struggle. Bila kita tengah tak sihat, dia menyusu. Jadi serabut sampai rimas. Allahuakbar, lepas tu dah ok".

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Yang pernah mengalami je tahu betapa sakitnya di dalam melihat anak menangis sedang diri kau pun dah terlalu penat dan lelah. Be strong untuk semua ibu dan anak," demikian komen-komen yang dapat dibaca dalam video itu. 

Membesarkan anak memang sangat besar cabarannya. Semoga ibu-ibu sekalian diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi detik-detik tersebut. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Doktor Ini Beri 9 Tips Kepada Ibu-Ibu Di Luar Sana...Rehatlah Jika Penat, Jangan Sampai 'Burnout'!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Penat Isteri Sukar Nampak Di Mata Kasar, Sampai Alami Emotional Burnout Sebab Letih Urus Rumah Tangga

Baca juga: Ibu Lebih Berisiko Alami Burnout Kerana Keluarga : 5 Cara Mengatasinya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan