Zaman kini ibu dan ayah perlu menghadapi pelbagai cabaran hidup yang sangat menekan dan menguji ketahanan mental dan fizikal. Terutamanya dengan peningkatan kos sara hidup yang kian meruncing menambahkan lagi beban sedia ada.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Cabaran hidup golongan berkeluarga yang semakin menekan
- Belanja bulanan lebih kepada anak dan barang keperluan keluarga
- Menguruskan masalah dengan baik.
Bila memikirkan soal kewangan keluarga, mereka yang kerja makan gaji antara paling ramai merasai kesempitan hidup. Lebih-lebih lagi tinggal di bandar.
Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan dan dihadkan supaya wang yang sedia ada mencukupi perbelanjaan bulanan keluarga.
Cabaran hidup golongan berkeluarga yang semakin menekan
Tapi dengan nilai gaji yang kecil dan kos sara hidup yang makin meningkat, apakah jalan penyelesaian yang ibu dan ayah ada?
Ikuti perkongsian kali ini mengenai kehidupan sebuah keluarga yang terbeban dengan masalah kewangan.
Bekerja siang dan malam tanpa rehat yang cukup untuk memenuhi tuntutan nafkah keluarga bukanlah sesuatu yang mudah, ia adalah sangat memenatkan.
Malah terdapat juga ibu dan ayah yang terpaksa melakukan dua pekerjaan dalam satu masa supaya segala keperluan anak-anak dapat dilengkapkan.
Seperti perkongsian ini melalui laman Facebook, mengenai sebuah keluarga yang sangat struggle dalam menguruskan masalah kewangan mereka.
“Assalamualaikum tuan. Saya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak berkongsi ekonomi keluarga saya dan betapa strugglenya kehidupan sekarang.
Itu DM Puan R kepada saya. Saya go through belanjawan keluarga Puan R.
YA! Memang struggle! Kenapa saya katakan begitu?
Ini latar belakang keluarga Puan R :
Punca pendapatan : Suami sahaja bekerja. Puan R suri rumah sepenuh masa.
Gaji suami : RM8,000
Gaji bersih suami : RM6,000 (Anggaran sahaja. Jumlah tak tentu, bergantung kepada overtime untuk pendapatan tambahan)
Jumlah anggota keluarga : 6 orang
Jumlah anak : 4 orang (3 bersekolah, 1 anak masih berumur 4 tahun)
Lokasi tempat tinggal : Lembah Klang
Jenis rumah : Apartment (Dibeli 18 tahun yang lalu)
Kereta : Proton Exora (Disebabkan keluarga ramai)
Ini Pecahan Belanjawan Bulanan Puan R sekeluarga.
UNTUK ANAK & BELANJA ASAS KELUARGA
Kereta : RM850
Rumah : RM600
Barang Dapur Kering : RM450
Barang Dapur Basah (Termasuk pampers anak dan susu) : RM900
SSPN Anak : RM200
Van Sekolah Anak : RM100
Yuran Mengaji : RM60
Yuran Tusyen Anak : RM200
Belanja Sekolah Anak : RM624
Total : RM3.984
UTILITI
Coway : RM130
Elektrik : RM80
Air (bayar untuk meter pukal) : RM40
Astro : RM90
Petrol : RM200
Unifi : RM150
Total : RM690
BELANJA UNTUK MASA HADAPAN
Duit kutu (simpanan paksa untuk bayar roadtax dan insurans Exora) : RM200
Hibah : RM200
Total : RM400
BAKTI PADA IBU BAPA
Ibu Bapa (Both keluarga sendiri dan mentua) : RM400
HUTANG LUAR JANGKA
Pinjam sebab bulan lepas defisit : RM300
LEBIHAN : RM226
Kesimpulannya, dari pendapatan bersih RM6,000 keluarga Puan R :
66.4% digunakan untuk anak dan keluarga
11.5% digunakan untuk utiliti
6.7% digunakan untuk masa hadapan
6.7% digunakan untuk ibu bapa
5% digunakan untuk hutang luar jangka
Lebihan? Hanya 3.7%
Total : 100%
Belanja bulanan lebih kepada anak dan barang keperluan keluarga
Maka saya bertanya kepada Puan R.
Saya : Herm. Nampaknya belanjawan Puan R lebih kepada ANAK dan BARANG ASAS keluarga ni puan. Memang struggle. Lebihan pun tak nampak macam lebihan. Macam mana dengan tol, parking, bill handphone?
Puan R : Tu lah tuan. Nak tak nak, suami kena buat overtime. Kalau ada overtime ada lah lebihan sedikit. Kalau tak ada? Jawabnya kena meminjamlah macam bulan lepas.
Sambung Puan R lagi,
Ni cerita nak survive je tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakan. DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA.
MasyaAllah, begitulah hakikat kehidupan sekarang. Zaman kita zaman struggle.
Fikir-fikirkanlah.”
Menguruskan masalah dengan baik
Tidak dapat dinafikan, zaman sekarang memang sangat mencabar bagi semua orang. Pelbagai perkara perlu dititikberatkan dan diambil perhatian oleh ibu dan ayah.
Tambahan lagi, dengan ekonomi yang mendesak dan juga kos sara hidup yang pelbagai sememangnya sangat menekan hidup dan membuatkan kita rasa down.
Tetapi, walau apa pun masalah yang sedang membelengu hidup, pilihan yang kita ada hanyalah dengan cari jalan penyelesaian dan selesaikannya.
Semak dan imbangkan semula masalah yang kita hadapi. Kemudian cari faktor utama penyebab segala permasalahan itu berlaku. Jangan sesekali anda berputus asa untuk kelangsungan hidup keluarga tersayang.
Semoga ibu dan ayah sentiasa sabar dan tabah melalui pelbagai cabaran.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Cabaran Ibu Tunggal – Cerita dan Petua Dari Mereka yang Menempuhinya
Baca juga: 10 cabaran yang akan dihadapi seorang ibu di zaman moden ini
Baca juga: Sebelum Nak Berhenti Kerja, Hadam Dulu 5 Cabaran Bila Bergelar Suri Rumah Tangga Ini