Tindak Balas Garam & Ais Bawa Padah Kepada Seorang Budak Selepas Mengalami Lecur Kulit

"Orang yang merawat anak saya tidak pernah melihat luka sebegini teruk disebabkan kiub ais."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Trend cabaran viral iaitu tindak balas garam dan ais yang berbahaya melibatkan kedua-duanya telah muncul semula dalam internet. Cabaran ini telah bermula di Amerika seawal 2012 dan video yang dikaitkan dengannya telah mengumpulkan lebih daripada 6.5 juta tontonan di YouTube. Baru-baru ini, cabaran viral "ais dan garam" ini telah muncul semula di UK.

Apakah yang terjadi apabila ada tindak balas garam dan ais setelah dicampurkan? 

Cabaran ini melibatkan kanak-kanak dan remaja yang meletakkan ais dan garam pada kulit mereka pada masa yang sama. Peserta cabaran ini, bersaing untuk melihat siapa yang boleh menahan sakit paling lama. Gambar parut dan kesan kulit lecur kemudian dimuat naik ke laman media sosial.

 

Kalau kalian pengemar subjek sains zaman sekolah dulu, mungkin anda sudah tahu bagaimana garam boleh memberi kesan kepada ais. Hasilnya adalah tindak balas kimia yang mengurangkan suhu ais yang biasa hingga ke suhu beku -17ºC.

Apabila ais dan garam bersentuhan dengan kulit manusia, akibatnya serupa dengan radang dingin atau frostbite. Dalam kes-kes yang serius, kulit mungkin akan lecur seperti terbakar api.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cedera hingga ke hujung saraf

Mungkin ada yang akan berfikir cabaran ini tidak begitu berbahaya disebabkan luka terbakar yang kecil. Tetapi diantara remaja-remaja yang telah menyahut cabaran viral ini, ada yang telah lecur kulit teruk. Ibu kepada seorang remaja kulit lecur telah berkata:

"Orang yang merawat anak saya tidak pernah melihat luka sebegini teruk disebabkan kiub ais."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Anak saya telah hilang perasaan sakit pada lukanya. Luka itu begitu dalam sehingga hujung saraf pun cedera. Terdapat sedikit perasaan di bahagian merah di sekeliling pinggir luka itu, tetapi tidak pada luka itu sendiri.

"Lukanya seperti reput fros yang teruk. (Jika tidak dirawat) Ia boleh menjadi septik dan menyebabkan kegagalan organ," katanya.

Amaran kepada ibu bapa telah dikeluarkan di UK berikutan cabaran viral yang berbahaya ini. Sebagai ibubapa, kita perlu perihatin dan ambil tahu trend cabaran viral yang berbahaya. Remaja dan kanak-kanak sekarang senang terpegaruh tekanan rakan sebaya disebabkan kuasa media sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Stuff, The Sun

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio