Ini 3 sebab mengapa gigi susu anak anda perlu dicabut walaupun jika ia belum jatuh

Gigi longgar bukan satu-satunya sebab anak perlu cabut gigi. Baca artikel ini untuk mengetahui sebab-sebab lain mengapa gigi susu anak perlu dicabut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua ibu bapa tahu apabila gigi susu anak mula longgar, itulah tiba masanya untuk cabut gigi. Tapi, tahukah anda, ada sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan mengapa gigi susu anak perlu dicabut dengan lebih awal?

Tetapi sebelum kita membincangkan tentang hal itu, mari kita baca dulu tentang bagaimana proses pertumbuhan gigi anak.

Proses pertumbuhan gigi anak – ini apa anda perlu tahu

Gigi susu adalah gigi sementara yang akan digantikan dengan gigi kekal atau gigi dewasa.

Gigi susu secara umumnya tumbuh ketika anak sekitar usia 6 bulan hingga 2 tahun. Tetapi ini cuma anggaran sahaja, kerana ada juga bayi yang mula tumbuh gigi lebih awal dari usia 6 bulan.

 
Sebelum gigi susu diganti dengan gigi kekal, anak perlu tunggu hingga gigi susunya tanggal dulu, supaya gigi kekal mempunyai ruang untuk tumbuh. Jadi, nak tak nak, setiap kanak-kanak terpaksa membuat lawatan ke klinik doktor gigi untuk cabut gigi.

Bilakah anak perlu cabut gigi?

1. Apabila gigi susu mula longgar

Apabila gigi susu sudah longgar, itu adalah tanda masa untuk cabut gigi. Namun, kita tidak perlu terburu-buru membawa anak berjumpa doktor gigi.

Sebenarnya jika gigi anak sangat longgar, kita boleh cabut gigi itu di rumah saja. Anak cuma perlu gerak-gerakkan gigi yang longgar tersebut selama beberapa kali setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila gigi sudah sangat longar dan tinggal sedikit sahaja yang lekat pada gusi, ibu bapa boleh cabut gigi itu dengan tali atau tali flos gigi.  

Ibu bapa juga boleh membiarkan gigi itu jatuh dengan sendiri supaya tidak memberi trauma kepada anak.

Bantuan doktor gigi tidaklah wajib, tetapi ada yang berpendapat hasilnya lebih baik dan masalah gigi longgar akan cepat selesai jika anda membawa anak berjumpa doktor gigi.

2. Gigi baru keluar tapi gigi susu belum tanggal lagi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ibu bapa mendapati gusi anak memutih dan sedikit tajam apabil disentuh, ini adalah tanda gigi kekal sudah sedia untuk keluar. Masalahnya gigi susu masih sempurna dan tidak tanggal lagi!

Dalam situasi begini, adalah lebih baik untuk membawa anak berjumpa doktor gigi. Doktor akan menentukan jika perlu cabut gigi atau tidak.

Ini supaya gigi kekal boleh tumbuh dengan baik, rapi dan sempurna.

3. Gigi anak ada karies gigi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk gigi anak yang berusia 7 tahun ke atas dan mempunyai karies gigi (gigi berlubang), terutama pada gigi kacip, gigi itu perlu dicabut walaupun gigi kekal belum keluar lagi.

Karies pada gigi boleh mengakibatkan kerosakkan saraf gigi dan memberi kesan kepada pertumbuhan gigi kekal anak nanti.

Oleh itu, ibu bapa boleh bincang dengan doktor terlebih dahulu untuk cabut gigi atau tidak agar risiko kerosakkan gigi kekal anak dapat dikurangkan.

Semoga maklumat di atas bermanfaat.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Anak tak selamat dari kerosakan gigi walaupun memberus sebanyak 3 kali sehari!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio