Kos Bersalin Di Hospital Kerajaan Malaysia Yang Perlu Ibu Bapa Tahu, Boleh Buat Persediaan Awal

Kos bersalin hospital kerajaan adalah jauh lebih murah berbanding swasta. Bayaran yang dikenakan berdasarkan prosedur dan kelas individu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kos bersalin hospital kerajaan berapa? Mahal ke? Selesa tak? Ha, mungkin ramai bakal ibu yang tertanya-tanya tentang bajet yang perlu disediakan untuk menyelesaikan bil hospital kerajaan, bukan?

Kebanyakan ibu mengetahui bahawa kos bersalin hospital kerajaan adalah jauh lebih murah dan kemudahan untuk warded hospital kerajaan juga boleh dikatakan selesa.

Kos Bersalin Hospital Kerajaan 

Beberapa anggaran kos bersalin hospital kerajaan berdasarkan portal Kementerian Kesihatan Malaysia: 

1. Pembedahan Caesarean

  • Kelas Satu: RM1,200
  • Kelas Dua: RM400
  • Kelas Tiga: RM100

2. Bersalin Dengan Bantuan: Forcep/songsang/vakum

  • Kelas Satu: RM600
  • Kelas Dua: RM200
  • Kelas Tiga: RM50

3. Bersalin Kembar

  • Kelas Satu: RM600
  • Kelas Dua: RM200
  • Kelas Tiga: RM50

4. Bersalin Normal

  • Kelas Satu: RM450
  • Kelas Dua: RM150
  • Kelas Tiga: RM10

Kos Wad Bersalin Hospital Kerajaan 

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2023, terdapat 4 jenis wad bersalin yang disediakan dengan kos bersalin hospital kerajaan berbeza.

Bahagian 1 merupakan wad awam dan terdiri kelas satu, dua dan tiga.

  • Kelas Satu
    • Bilik dengan satu katil (Tidak Berhawa Dingin): RM 90
    • Bilik dengan satu katil (Berhawa Dingin): RM 120
    • Bilik dengan dua katil (Tidak Berhawa Dingin): RM 60
    • Bilik dengan dua katil (Berhawa Dingin): RM 90
    • Bilik dengan tiga katil atau lebih (Tidak Berhawa Dingin): RM 45
    • Bilik dengan tiga katil atau lebih (Berhawa Dingin): RM 60
  • Kelas Dua
    • Bilik dengan satu katil (Tidak Berhawa Dingin): RM 25
    • Bilik dengan satu katil (Berhawa Dingin): RM 40
  • Kelas Tiga
    • Semua jenis bilik: RM 3

Kos Bilik Prosedur (Untuk Kelas Satu)

  • Bilik Bersalin (Setiap Kemasukan): RM120
  • Dewan Bedah (Setiap Kemasukan): RM120

Faktor Yang Mempengaruhi Kos Bersalin

Walaupun kos bersalin di hospital kerajaan adalah rendah, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi jumlah keseluruhan yang perlu dibayar. Antara faktor-faktor tersebut termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jenis Kelahiran: Seperti yang disebutkan di atas, kelahiran normal lebih murah berbanding kelahiran melalui caesarean.
  • Komplikasi Semasa Bersalin: Sekiranya terdapat komplikasi yang memerlukan rawatan lanjut atau ubat-ubatan tambahan, kos bersalin boleh meningkat.
  • Tempoh Penginapan di Wad: Semakin lama ibu perlu tinggal di wad selepas bersalin, semakin tinggi kosnya. Walau bagaimanapun, kos penginapan di hospital kerajaan masih berpatutan.
  • Jenis Wad: Wad kelas satu akan lebih mahal berbanding wad kelas dua atau tiga. Namun, kebanyakan ibu di hospital kerajaan memilih wad kelas dua atau tiga kerana kosnya lebih rendah.

Kelebihan Bersalin Hospital Kerajaan

Selain kos yang rendah, terdapat beberapa kelebihan utama bersalin di hospital kerajaan:

  • Akses kepada Perkhidmatan Pakar: Hospital kerajaan mempunyai kakitangan perubatan terlatih dan pakar-pakar yang boleh menangani pelbagai komplikasi kehamilan dan kelahiran.
  • Kemudahan Lengkap: Hospital kerajaan biasanya dilengkapi dengan kemudahan perubatan moden yang mencukupi untuk menangani keadaan kecemasan semasa bersalin.
  • Sokongan Subsidi Kerajaan: Rakyat Malaysia menikmati subsidi kerajaan, yang mengurangkan kos keseluruhan rawatan perubatan termasuk bersalin.

Persediaan Sebelum Bersalin Di Hospital Kerajaan

Bagi bakal ibu yang bercadang untuk bersalin di hospital kerajaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disediakan dan diambil kira:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Dokumen Penting: Pastikan membawa kad pengenalan, buku kehamilan (kad antenatal), dan rekod perubatan terdahulu. Ini penting untuk memudahkan urusan pendaftaran dan memastikan kakitangan perubatan mempunyai akses kepada maklumat kesihatan anda.
  • Pilihan Wad: Jika anda mempunyai bajet lebih, anda boleh memilih untuk menginap di wad kelas satu yang lebih selesa. Namun, untuk menjimatkan kos, wad kelas dua atau tiga adalah pilihan yang sesuai.
  • Persediaan Kewangan: Walaupun kos di hospital kerajaan adalah rendah, sebaiknya anda menyediakan dana tambahan untuk menampung sebarang kos tambahan yang mungkin timbul, terutamanya jika terdapat komplikasi.

Senarai Kelengkapan Bersalin

Barangan Bayi

  • Rompers panjang, baju lengan panjang, seluar.
  • Mitten & booties.
  • Hat.
  • Bedung.
  • Pampers.
  • Barut.
  • Towel.
  • Selimut.
  • Sapu tangan.
  • Baby care (bedak, losyen, shampoo, minyak telon, baby oil, minyak yuuyee, cotton bud).
  • Baby wipes.
  • Botol susu (kalau nak pakai, senang).

Kesemua pakaian bayi boleh bawa lebih ya. Tak pakai tak apa, asalkan ada extra.

Barangan Ibu

  • Baju 2-3 helai.
  • Kain batik (WAJIB).
  • Skirt.
  • Towel.
  • Shawl/tudung sarung (atau tudung yang senang pakai).
  • Stokin.
  • Breast Pad.
  • Maternity Pad.
  • Barangan keperluan mandi (sabun, ubat gigi, berus gigi, skrub).
  • Mommy care (losyen, moisturizer, vaseline).
  • Minyak tyt.
  • Breastpump (jika nak guna, bawa saja dulu).
  • Nursing bra.
  • Disposable panties.
  • Nipple cream.
  • Buku pink.
  • Kad pengenalan.
  • Yassin.

Kalau nak bawa makanan dan minuman (snek kudap-kudap) untuk ibu juga boleh.

  • Mug, pinggan, sudu.
  • Horlicks.
  • Biskut.
  • Kurma.

Selepas melahirkan, fokus anda akan bertukar kepada kesembuhan diri, berpantang, dan juga menjaga bayi dengan penuh kasih sayang. Semoga urusan bakal ibu-ibu di luar sana akan dipermudahkan.

  1. Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (n.d). Caj Wad. (www.moh.gov.my/index.php/pages/view/165)
  2. SingSaver (n.d). The Real Cost: Pregnancy in Singapore (www.singsaver.com.sg/blog/cost-of-pregnancy-in-singapore)

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ketahui Prosedur Kemasukan Hospital Bersalin Sejurus Ibu Merasakan Sakit Kontraksi

Baca juga: Amalkan Selalu Surah Maryam Ketika Mengandung, Ia Bantu Mudahkan Proses Bersalin

Baca juga: Ini Gambaran Bukaan Pintu Rahim Dari 1 Hingga 10cm, Sebab Itu Proses Bersalin Ini Bukan Main-Main!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan