Calar-balar muka seorang anak, seolah-olah dicakar dengan kuku yang tajam hingga terlihat jelas garis merah di wajahnya.
Seorang ibu, Lidiya Izam menceritakan kisah yang menimpa bayi lelakinya menerusi hantaran di Facebook sebagai pengajaran buat ibu ayah di luar sana.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Muka anak calar-balar: Ibu kesal dengan kecuaian pihak taska
- Rasa seperti dimanupulasi, bila tengok CCTV lain pula
- Pengajaran yang perlu diambil oleh parents
Muka anak calar-balar: Ibu kesal dengan kecuaian pihak taska
Lidiya menerusi hantaran berkenaan berkongsi beberapa keping gambar anak lelakinya iaitu Aqasha, diikuti beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp bersama salah seorang guru setelah berlakunya kejadian tersebut.
Guru berkenaan dilihat memaklumkan kejadian yang menimpa Aqasha dan meminta maaf kerana tidak sempat ‘meleraikan’ keadaan mencakar tersebut.
Ini kerana guru-guru lain pada ketika itu sedang memberi kanak-kanak lain minum susu. Pihak taska juga telah menuam ais dan menyapu minyak gamat pada muka Aqasha untuk melegakannya daripada kesakitan.
Pihak taska pada pengakhiran mesej tersebut turut meminta maaf di atas kejadian yang berlaku dan akan memastikan ianya tidak berulang lagi.
Rasa seperti dimanipulasi, bila tengok CCTV lain pula
Pengetua taska tersebut memberitahu bahawa guru lain pergi membuat susu dan ada yang sedang solat ketika kejadian. Tapi bila tengok CCTV, lain pula jadinya. Jadi di situ wanita ini terasa seperti dimanipulasi kerana pada ketika itu rupa-rupanya tiada seorang guru pun berada di dalam bilik.
Firasat seorang ibu tidak pernah salah, oleh itu dia terus menghubungi pihak taska menerusi WhatsApp untuk bertanyakan status keadaan anaknya. Malangnya, tiada jawapan.
Muka anak calar-balar: Pengajaran yang perlu diambil oleh parents
Bila dah tengok kejadian seperti ini terjadi, mestilah ibu ini tidak melepaskan peluang untuk memberikan sedikit nasihat buat parents di luar sana untuk sentiasa berhati-hati ketika memilih taska atau pusat penjagaan anak-anak.
Ajukan beberapa soalan kepada pihak taska. Kalau tidak, kasihan nanti anak sendiri terkena. Habis calar-balar muka. Semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Tips Pilih Taska Anak Yang Ibu Bapa Kena Ambil Perhatian
Baca Juga: Baru Tiga Hari Berpindah Taska Baru, Bapa Kecewa Bayi Didera Hingga Lengan Kiri Patah
Baca Juga: Anak Yang Dihantar Ke Taska @ Rumah Pengasuh Terdedah 5 Jenis Penyakit Ini, Ibu Sila Alert!