Cara Akad Jual Beli lembu Korban Yang Betul & Jelas Mengikut Ustaz Azhar Idrus

Cara akad jual beli lembu korban melibatkan pembeli dan penjual perlulah dilafaz dengan jumlah harga yang betul serta jelas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masyarakat kita banyak didedahkan tentang kelebihan ibadah qurban dan hukum melakukan qurban dalam Islam. Namun, jarang dibincangkan secara terperinci tentang aspek pelaksanaan melibatkan sah dan batalnya ibadah qurban seperti cara akad jual beli lembu korban dengan betul.

Padahal, tatacara pelaksanaan ibadah sangat penting dan menjadi kewajipan untuk diketahui sebelum melaksanakan sesuatu ibadah. Ibadah qurban termasuk dalam ibadah maliah atau ibadah yang berkaitan dengan harta benda.

Cara Akad Jual Beli Lembu Korban Yang Betul

Soalan: Harga korban RM700, upah untuk pengurusan masjid RM50. Ketika korban, mana satu harga yang patut kita lafazkan ketika jual beli? RM700 atau RM750? 

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:

Untuk akad jual beli, RM700. RM50 untuk upah pengurusan masjid tidak termasuk.

Akad jual beli lembu korban (pembeli): Saya beli lembu ini satu bahagian daripada seekor lembu korban dengan harga RM700.

Kata wakil penjual: Saya jual dengan harga yang disebut tadi. (Maka sahlah akad jual beli lembu korban)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akad Muamalat Dalam Ibadah Korban

Ustaz Azhar Ramli Alzahabie Altijarie menjelaskan, apabila melibatkan pengurusan harta benda, terdapat beberapa akad dalam muamalat Islam yang mesti dilakukan dengan sempurna:

Akad Jual Beli Lembu Korban

  • Akad jual beli antara penjual dan pembeli.
  • Tujuan akad jual beli adalah supaya sah kedua-dua pihak memiliki barang yang diakadkan.
  • Mesti mengikut syarat-syarat sah setiap rukun dalam jual beli.
  • Lafaz ijab dan qabul.
  • Dalam mazhab Syafie, selepas ijab dan qabul, disyaratkan qabad (penyerahan) daripada kedua-dua pihak untuk memastikan barang yang diakad menjadi milik sempurna pembeli dan penjual.

Akad Wakalah

  • Setiap peserta qurban hendaklah memberi wakil izin kepada penyembelih supaya menyembelih lembu yang menjadi miliknya, iaitu satu bahagian daripada tujuh bahagian tersebut. Sekiranya peserta tidak mewakilkan kepada penyembelih, maka haram bagi penyembelih menyembelih lembu milik orang lain yang tidak diberi lafaz izin kepadanya.
  • Bagi peserta qurban tidak berada di tempat qurban, boleh mewakilkan niat kepada penyembelih supaya niat qurban sunat bagi dirinya.

Hukum Melaksanakan Ibadah Korban

Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafi’ie adalah sunat muakkad.

Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi untuk menjaga terhadap syiar tersebut. (Lihat al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 2/478)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibadat korban amat dituntut dan menjadi syiar agama yang mesti ditegakkan seupaya mungkin di satu-satu tempat kediaman, kawasan, kampung, taman atau sebagainya.

Pelaksanaan secara bersama adalah amat mulia dan baik kerana ia menyatukan atas asas ketaqwaan dan kebajikan.

Upah Daging Korban Kepada Tukang Sembelih

Menurut Dr Zulkifli, apabila seekor lembu ingin dikorbankan segala bentuk urusan termasuk beri makan kepada lembu, urusan membawa ke satu-satu tempat, kos pengangkutan dan semuanya, termasuk lesen sembelihan perlu diambil kira.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, berdasarkan adat semasa serta realitinya, perkara tersebut boleh diperkirakan termasuk dalam kos korban.

Apa yang kurang sesuai dan tidak boleh apabila kita memberi daging kepada seseorang yang menyertai sebagai upah.

Hal ini berdasarkan hadith Nabi SAW daripada ‘Ali bin Abi Talib RA iaitu:

أَمَرَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَقُومَ عَلَى الْبُدْنِ، وَلاَ أُعْطِيَ عَلَيْهَا شَيْئًا فِي جِزَارَتِهَا

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah mengarahkan aku untuk melakukan sembelihan terhadap unta dan mengarahkan juga kepadaku agar tidak memberi daging daripadanya sebagai upah kepada penyembelih dan juga pelapahnya.”

Riwayat Al-Bukhari (1716) & Muslim (1317)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemberian Duit Kepada Mereka Yang Melapah Lembu

Pemberian duit upah kepada mereka dari kerelaan rakan-rakan sebagai penghargaan atas usaha dan penat-lelah dalam kadar yang munasabah boleh dilakukan.

Hal ini berdasarkan hadith yang sama di atas, tetapi dengan lafaz yang berbeza serta sedikit tambahan dan pada hujung hadith tersebut menyebut perihal upah ini. 

Diriwayatkan oleh Abdurrahman bin Abi Laila bahawa Saidina Ali berkata:

‌أَمَرَنِي ‌رَسُولُ ‌اللهِ ‌صَلَّى ‌اللهُ ‌عَلَيْهِ ‌وَسَلَّمَ ‌أَنْ ‌أَقُومَ ‌عَلَى ‌بُدْنِهِ، وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا، وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا، قَالَ: نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Maksudnya: “Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Dan aku dilarang supaya tidak memberi upah kepada penyembelih daripadanya (haiwan korban). Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri.”

Riwayat Muslim (1317)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Haram Bagi Upah Daging Korban

Oleh itu, hadis di atas menjadi dalil kepada haram untuk seorang penyembelih mengambil upah daripada haiwan korban tersebut.

Namun begitu, upah atau saguhati  boleh diberikan kepada penyembelih dengan syarat mesti daripada harta penganjur atau orang yang melakukan korban sendiri. (Lihat Ma’alim al-Sunan 158/2; al-Minhaj Syarh Sahih Muslim 65/9).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Siapa Yang Layak Terima Daging Korban? Ini 3 Golongan Penerima Korban Mengikut Mufti Wilayah

Baca juga: Cara Simpan Daging Korban Yang Betul, Jangan Cuci Dulu Sebelum Simpan Agar Tahan Lama & Kekal Segar

Baca juga:  Doa Hari Arafah Adalah Waktu Paling MUSTAJAB, Ambil 1 Jam Sahaja Lepas Asar Nanti