5 Perkara Penting Tentang Payudara Selepas Anda Jadi Seorang Ibu

Ramai wanita risau payudara kendur selepas bersalin atau selepas menyusu. Ikuti 5 perkara penting ini untuk atasi masalah payudara kendur selepas bersalin.

Adakah payudara akan kendur selepas bersalin?

Wanita selalu heboh tentang payudara kendur atau cara atasi payudara kendur, terutamanya semasa hamil atau selepas menjadi seorang ibu.

Pada permulaan kehamilan, wanita hamil mungkin rasa teruja apabila payudara membesar atau bertambah saiz.

Kalau tidak sibuk mabuk hamil dan keletihan, pasti wanita itu rasa confident habis kerana naik sampai 1 cup size!

Biarpun naik saiz payudara semasa hamil, tapi malangnya selepas bersalin dan cerai susu, kebanyakkan payudara ibu akan kembali ke saiz asal.

Kredit: Pregnancy Tips

Soalannya, adakah payudara anda akan kental atau jadi kendur?

Wanita-wanita yang mempunyai payudara lebih kecil mungkin akan kembali kental dengan cepat.

Tapi tidak semua ibu bertuah begitu dan mempunyai kulit yang masih kenyal.

Di bawah adalah 5 perkara tentang payudara anda serta beberapa tips untuk cara atasi payudara kendur.

#1 Payudara anda akan sensitif semasa hamil

Sukanya tengok peningkatan saiz payudara yang datang bersama perubahan lain yang dialami oleh badan semasa hamil

Tapi disebabkan oleh perubahan hormon, payudara anda mungkin rasa sakit ketika disentuh, keluar cecair atau nampak macam peta jalan kerana timbul urat yang sangat ketara, menonjol, dan sering timbul.

Biarpun payudara isteri besar dan menawan, suami pasti sedih kerana boleh enjoy pakai mata sahaja, tak boleh sentuh! 

#2 Bra dengan sokongan yang baik

Cara atasi payudara kendur #1 – Pakai saiz bra yang betul dan dengan sokongan yang baik

Jangan lupa payudara anda akan memerlukan sokongan tambahan apabila mereka membesar! 

Laburkan duit untuk membeli bra dalam saiz yang betul dan dengan sokongan yang baik pada permulaan kehamilan.

Jika tidak, anda mungkin perlu berhadapan dengan masalah payudara kendur selepas bersalin nanti.

Kulit di bahagian payudara akan meregang akibat berat payudara yang semaking besar, jadi pastikan mereka mendapat sokongan yang secukupnya.

#3 Kepentingan krim pelembap

Cara atasi payudara kendur #2: Pastikan kulit payudara anda sentiasa disapu krim pelembap untuk mengelak stretchmarks. Sumber gambar: Pinterest

Kulit yang lembap dan lembut akan menghadapi regangan dengan lebih baik daripada kulit yang kering dan rapuh.

Ibu-ibu boleh menggunakan krim yang mengandungi cocoa butter atau shea butter jika tidak suka menggunakan minyak zaitun.

 Jangan lupa untuk minum banyak air juga.

Langkah-langkah senang ini boleh menolong mengurangkan tanda-tanda regangan pada payudara apabila ia kembali ke saiz biasa nanti.

#4 Jaga berat badan anda semasa hamil

Cara atasi payudara kendur #3: Jaga pemakanan supaya anda tidak naik berat badan dengan banyak dan secara tiba-tiba

Saya tahu ibu-ibu pasti sering rasa lapar akibat perubahan metabolisme badan yang semakin cepat semasa hamil.

Tetapi ibu-ibu juga jaga pemakanan masing-masing ya?

Apabila berat badan ibu hamil naik mendadak dengan tiba-tiba, kulit akan meregang dengan lebih cepat mengikut saiz badan ibu. 

Biarpun kuat makan, jangan lupa untuk bersenam juga tau?

Ada banyak senaman yang ringan seperti berenang yang sangat baik untuk ibu hamil. Pemakanan seimbang dan berkhasiat disertakan dengan senaman adalah jalan penyelesaian yang baik.

#5 Jangan kurangkan berat badan terlalu cepat

Cara atasi payudara kendur #4: Walaupun tak sabar nak kurus, jangan kurangkan berat badan anda dengan terlalu cepat.

Ingat cerita arnab dengan kura-kura? Slow-slow kalau nak kurus.

Jika ibu-ibu kurus terlalu cepat ianya bukan hanya tidak sihat, anda juga akan meningkatkan risiko stretchmarks.

Kulit juga memerlukan masa untuk mengecut dan kembali ke saiz badan asal.

Jika ibu telah melakukan segala-galanya tetapi masih tidak berjaya kembali ke rupa paras badan yang asal, janganlah bersedih.

Ajar diri untuk menerima penampaian yang baru ini. Bergembiralah kerana anda seorang ibu dan mempunyai suami dan anak yang sayangkan anda.

Sumber: Ask Dr. Angela 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Cara-cara ibu menyusu mengatasi payudara kendur

Penulis

Rosanna Chio