Pasti ada ibu tertanya-tanya, cara bayi menyusu badan gemar betul masukkan jari mereka dalam mulut ibu ketika menyusu. Tahukah anda ia ada sebab tersembunyi.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Cara bayi menyusu badan sering masukkan jari dalam mulut ibu? Ini sebabnya
- Tanda ‘terima kasih’ ibu beri saya susu & kasih sayang
Menurut kajian, perbuatan bayi memasukkan jarinya ke dalam mulut ibu ketika sedang menyusu badan adalah tanda dia mula memahami konsep give and take!
Cara bayi menyusu badan sering masukkan jari dalam mulut ibu? Ini sebabnya
Bila ibu memberi sesuatu kepadanya iaitu ‘khidmat’ susu badan, dia juga merasakan dia perlu memberi sesuatu kepada ibunya tanda terima kasih.
Menurut profesor dari Unicamp, Zeljko Loparic, ketika menyusu dalam pangkuan ibu, bayi juga belajar erti kebersamaan. Mereka menyedari ibu melalukan sesuatu untuknya iaitu memberi mereka susu, kasih sayang, rasa selamat, pelukan kasih sayang dan sebagainya.
Jadi, dari semasa ke semasa, bayi merasakan yang mereka juga ingin berikan sesuatu kepada ibunya.
Tanda ‘terima kasih’ ibu beri saya susu & kasih sayang
Salah satu perbuatan tanda terima kasih dan kebersamaam itu adalah bayi memasukkan jari mereka ke dalam mulut ibu mereka. Menurut kajian itu, ini adalah satu tanda asas kepada permulaan kehidupan sosial yang sihat.
Jadi, terima sajalah ya ibu bila bayi masukkan jari mereka ke mulut anda ketika sedang menyusu badan. Berilah si manja anda rasa yang mereka juga mampu memberikan sesuatu kepada anda pula.
Hargailah ‘pemberian’ mereka kepada anda itu sebagai tanda anda memahami apa yang cuba mereka sampaikan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Menyusu Badan Sentiasa Perlukan Support Suami, Mereka Kena Happy & Dihargai
Baca juga: Bukan Mudah Untuk Menyusu Badan, 7 Perkara Ini Sering Menjadi Cabaran Buat Para Ibu
Baca juga: Mitos Menyusu Badan Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu! Senang Naik Berat? Jangan Percaya!