Cara Bergambar Dengan Keluarga Yang Ada Anak Kecil, Abadikan Memori Indah Bersama

Cara bergambar yang betul mampu memberikan kesan menarik dan cantik pada setiap penghasilan potret keluarga tercinta

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenangan bersama keluarga boleh diabadikan dalam sekeping foto. Dibawa ke mana sahaja, di ingati selalu di dalam hati. Namun cara bergambar yang salah boleh menjadikan sesebuah gambar itu tidak menarik untuk dilihat.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Cara bergambar yang paling natural bersama keluarga
  • 3 sebab gambar nampak kaku

Hari raya adalah masanya untuk kita meluangkan masa bersama keluarga. Berkumpul, makan bersama, tidak lupa juga ambil gambar untuk dijadikan potret keluarga.

Cara bergambar yang paling natural bersama keluarga

Cara bergambar yang betul dan natural boleh meningkatkan kualiti foto yang dihasilkan. Antara tips bergambar bersama keluarga yang boleh kita praktikkan adalah seperti:

#1. Pastikan semua orang bersiap sedia 

Memang susah mengatur setiap seorang ahli keluarga. Mereka sendiri mempunyai komitmen yang berbeza di luar. Apabila tiba sesi bergambar mulalah panik untuk siapkan diri dengan make up dan betulkan pakaian.

Kesannya, semua orang kelam-kabut dan kurang bersedia. Cara yang terbaik, susun jadual sesi bergambar pada akhir majlis sahaja.

#2. Pelbagaikan susunan ketika bergambar

Dari kumpulan besar, berpecah mengikut peringkat generasi seperti ayah, ibu, dan anak-anak. Bila dipraktikkan cara begini, kita boleh menghasilkan gambar keluarga yang bervariasi. 

#3. Sesuaikan dengan pakaian dan props yang menarik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk mendapatkan gambar yang kemas dan teratur, lebih baik minta atau tetapkan semua ahli keluarga mengenakan warna atau tema pakaian yang sama. Bagi gambar outdoor dan candid pula, gunakanlah props yang sesuai dengan tema yang dipilih.

#4. Gunakan cara natural smile

Walaupun sangat mencabar untuk mendapatkan shot kanak-kanak dalam sesebuah foto, tetapi kanak-kanak mudah membawa mood ceria dan gembira. 

Mereka mempunyai senyuman yang sangat jujur dan bersahaja. Tips untuk anda, bawalah sekali  permainan yang berunsurkan bunyi atau warna untuk menarik perhatian mereka memandang ke arah kamera.

#5. Biasakan dengan angle rendah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang selalu fokus kepada high angle sahaja sehingga lupa kepada manfaat low angle. Jika anda mahu mengambil gambar bersama bayi, pilih angle yang lebih rendah.

Hal ini untuk mendapatkan expresi muka bayi yang comel dan lucu. Pastikan angle kamera anda adalah rendah iaitu kedudukan paras mata sama tinggi dengan bayi.

#6. Jangan takut memberi arahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memberi arahan kepada ahli keluarga yang mempunyai peringkat umur yang berbeza-beza juga merupakan satu cabaran. Tetapi jika tidak menegur, bagaimana anda boleh mendapatkan hasil foto yang sharp dan terbaik.

#7. Upah jurugambar

Cara yang paling mudah untuk mendapatkan hasil foto yang natural, nampak hidup, dan teratur adalah dengan mengupah jurufoto sahaja. Tidak rugi anda mengeluarkan sedikit bajet tetapi dengan hasil yang memuaskan hati. 

 Sebab gambar nampak kaku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kala kita sudah mempraktikkan cara ambil gambar yang betul tetapi masih tidak mendapat hasil yang terbaik. Hal ini mungkin terdapat beberapa perkara yang menyebabkan gambar tampak kaku. Antara faktornya adalah seperti:

  • Posisi dan segmentasi subjek tidak mempunyai variasi
  • Tiada sesiapa yang boleh ambilkan gambar dengan baik
  • Latar belakang tempat tidak menarik

Kenangan membawa seribu satu ingatan kepada seseorang lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan keluarga yang tersayang. Oleh itu, abadikanlah lebaran anda dengan kenangan terbaik dalam sebuah foto.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  5 perkara yang lelaki benci apabila wanita kesayangan mereka asyik selfie

Baca juga:  Anak Boleh Mengalami Fotofobia @ Sensitif Terhadap Cahaya Jika Cedera Di Kepala

Baca juga:  Hanya guna props di rumah, 10 foto baby kembar ini terserlah kreativitinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan