X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mula-Mula Tidur Sekejap, Sekarang Setiap Malam Suami Tidur Terus Atas Sofa, Ini Cara Pancing Suami!

4 min bacaan
Mula-Mula Tidur Sekejap, Sekarang Setiap Malam Suami Tidur Terus Atas Sofa, Ini Cara Pancing Suami!

Sekala-sekali tidur di sofa tak mengapa, tapi kalau dah selalu bagaimana isteri nak cari cara bermanja dengan suami kan?

Isteri-isteri bila nak tidur mesti kena ada suami di sisi, barulah dia rasa dilindungi dan dihargai. Dan itulah sebenarnya salah satu cara bermanja dengan suami. Tapi suami selalunya hanya mahukan tidur yang cukup supaya apabila dia bangun pagi dia rasa bertenaga. 

Sebab itu jarang suami tidur di bilik, kerana kebanyakan mereka tak mahu gangguan daripada anak-anak yang tidur sekatil, juga mereka ni kadang-kadang malas nak berubah tempat sebab dah selesa duduk atas sofa sambil menonton TV.

Selesai saja menonton TV, terutama sekali selepas perlawanan bola sepak, terus mereka lena dibuai mimpi. 

Tapi jangan biasakan ya, baik suami atau isteri. Isteri kalau dah selalu nampak suami tu asyik tidur di sofa, perlulah pujuk suami tu masuk dalam bilik.

Sekala-sekali tidur di sofa tak mengapa, tapi kalau dah selalu bagaimana isteri nak cari cara bermanja dengan suami kan?

Mengikut perkongsian daripada Imam Muda Hassan di laman Facebook beliau, dia ada berkongsikan tips bagaimana nak umpan suami ke bilik tidur. Jom isteri-isteri semak tips di bawah untuk tidur yang lebih lena.

Cara bermanja dengan suami: Tips umpan ke bilik tidur

cara bermanja dengan suami

#1. Kalau suami tidur atas sofa jangan kejut, set alarm baru kejut

Memang dah jadi satu tabiat umum, lelaki ni bila selesai saja menonton TV terus dia lelap di situ. Kadang-kadang tu dibiarnya saja TV terbuka sepanjang malam, macam ambil giliran pula TV yang menonton dia.

Tapi untuk isteri-isteri anda janganlah terus kejutkan suami begitu saja. Biarkan dia terlelap sejam, dua. Anda boleh set alarm, selepas dua jam, kejutkan suami dengan lembut, dan ajak mereka ke bilik tidur. 

#2. Sediakan tempat tidur yang selesa

Kalau ada anak yang masih ingin tidur dengan anda berdua di atas katil yang sama. Mungkin anda boleh letak anak anad tidur di tepi sekali. Pastikan katil rapat dengan dinding ya. Kemudian anda dan suami bolehlah tidur bersebelahan.

Dan peringatan untuk anda yang ingin membina keluarga, tolonglah terus beli katil bersaiz besar seperti saiz King. Pilihan katil Queen bukanlah keputusan yang tepat jika anda mempunyai anak kecil. Apabila anak anda mula membesar bolehlah letak mereka di katil sendiri. Jadi bolehlah anda dan suami tidur dengan aman dan romantis! 

cara bermanja dengan suami

#3. Peluk suami, luah rasa sayang

Kadang-kadang suami ni tak tahu yang anda sebenarnya perlukan dia untuk tidur bersama. Mereka fikir, tidur bersama ini bukanlah perkara serius bagi mereka. Asal dapat tidur yang cukup dan nyenyak itu yang penting.

Lain pula bagi isteri mereka rasa bila tidur bersama ini rasa lebih dilindungi, disayangi dan dihargai. Ada isteri memang susah nak tidur selagi suaminya tak masuk bilik, betul tak? Lagi-lagi yang baru kahwin.

Inilah cara bermanja dengan suami! Jadi bila tidur bersama tu, isteri keraplah mengucapkan kata cinta, katakan yang anda suka tidur bersama, rasa ‘secure’. Lelaki dengar kata-kata begini mereka pun sukalah rasa diri mereka penting.

#4. If u cant beat them join them

Kalau dah cuba semua di atas dan suami masih prefer untuk tidur di sofa, maka anda isteri-isteri cubalah pula join suami tidur di sofa.

Kalau tak muat ajak dia tidur di atas toto depan TV tu. Bentang tilam dan tonton TV bersama anak-anak sekali, cukup masa, tidurlah bersama-sama!

Petua penjagaan kamar tidur utama suami isteri

cara bermanja dengan suami

  •  
  • Memastikan tiada sampah bertebaran atas lantai atau sarang lelabah di atas siling bilik.
  • Cadar bertukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • Elakkan bilik tidur berbau kurang enak.
  • Guna alat aromaterapi bagi mengurangkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya bauan lavender yang sungguh wangi dan mengasyikkan.
  • Bantal dan sarung bantal sentiasa bersih.
  • Sentiasa buang debu di bahagian tingkap bilik
  • Bersihkan tahi cicak di celah tingkap atau dinding.
  • Basuh langsir dan tukar yang baru jika kelihatan berdebu
  • Jangan biarkan kain baju di belakang pintu atau merata tempat dalam bilik tidur.
  • Susun dan lipat kemas baju dalam almari.
  • Kemaskan meja solek.
  • Lap cermin meja solek jika perlu
  • Cuci bilik air supaya bau yang kurang menyenangkan tidak meresap masuk ke dalam kamar tidur.
  • Jemur permaidani bilik tidur.
  • Enam bulan sekali tukar kedudukan perabot dalam bilik tidur.
  • Kedudukan ruang solat tidak menghadap pintu bilik air.

Jadikan kebiasaan bahawa bilik tidur adalah tempat rahsia dan larangan orang yang tidak berkenaan.

Ingin diingatkan di sini, isteri harus sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan yang bersih dan ikut tip yang dikongsikan tadi.

Mungkin suami tidak bersuara atau menegur bilik tidur yang tak bersih atau kotor ini. Tapi jangan sampai anda menyesal jika suami mencari bilik tidur lain untuknya menenangkan diri tanpa pengetahuan isteri.

Stories Rakan Kongsi
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Kebebasan Kewangan Terjamin Melalui Etika Kerja Yang Baik dan Simpanan
Kebebasan Kewangan Terjamin Melalui Etika Kerja Yang Baik dan Simpanan
Is Your Child Growing Optimally? Here’s What You Need to Know
Is Your Child Growing Optimally? Here’s What You Need to Know
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?

Berikan aura dan aroma dalam bilik tidur kerana ia mencerminkan keperihatinan isteri terhadap kebajikan suaminya.

Lakukan aktiviti memperindahkan bilik tidur demi kebahagiaan rumahtangga. Selamat berjaya!

Sumber: Imam Muda Hassan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Dikunci Diluar Bilik Dek Kerana Suami RIMAS

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Mula-Mula Tidur Sekejap, Sekarang Setiap Malam Suami Tidur Terus Atas Sofa, Ini Cara Pancing Suami!
Kongsikan:
  • Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!

    Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!

  • Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!

    Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!

    Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!

  • Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!

    Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.