Menimang cahaya mata tentunya satu pengalaman dan anugerah yang luar biasa buat setiap pasangan. Namun sayangnya, kita juga ingin merancang keluarga, lebih-lebih lagi dengan pelbagai kekangan kini.
Jangan risau, jika anda salah seorang daripadanya! Anda tak perlu takut untuk berhubungan intim dengan pasangan! Cubalah 5 cara bersetubuh supaya tidak hamil ini.
5 Cara Bersetubuh Supaya Tidak Hamil
Anda sudah tentu tahu, cara paling selamat dan berkesan untuk mencegah kehamilan tentulah dengan menggunakan alat kontrasepsi seperti kondom, pil perancang, IUD, suntikan atau implan.
Tapi, anda juga boleh mencuba 5 cara bersetubuh supaya tidak hamil ini kerana ia cukup “selamat” untuk memberikan anda kepuasan, malah dalam masa yang sama dapat mencegah “accident” dari berlaku!
Cara Bersetubuh Supaya Tidak Hamil #1 The Double Finger Bang
Jika kondom membuatkan hubungan intim anda rasa sedikit “kureng”, anda boleh menggunakan jari untuk buat situasi atas katil lebih panas dan liar!
Caranya mudah saja — buat dua jari dalam bentuk “V”, kemudian, belai jari tersebut di badan pasangan atau pada vagina anda sendiri!
Jangan lupa untuk tekan jari itu di bahagian bawah penis pasangan juga! Ia akan buat mereka lebih terangsang. Untuk lebih selesa, letak bantal di bawah pinggang. Taklah sakit badan pula nanti!
Cara Bersetubuh Supaya Tidak Hamil #2 The Tickler
Usap testikalnya perlahan-lahan. Untuk tampil lebih seksi, pandang mata pasangan ketika melakukannya. Pasti dia akan tersenyum satu hari itu 😉
Cara Bersetubuh Supaya Tidak Hamil #3 The Damn, Girl
Mulakan aksi dengan posisi merangkak. Kemudian, biarkan suami menghampiri dan melakukan penetrasi dari belakang. Apabila aksi sudah bermula, minta suami menjilat belakang anda.
Pasti hubungan intim tersebut akan jadi lebih panas! Melakukan cara bersetubuh supaya tidak hamil ini akan memberi pengalaman luar biasa. Anda pun akan lebih nakal dengan pasangan!
Cara Bersetubuh Supaya Tidak Hamil #4 The Full Circle
Anda pernah dengar tak tentang kondom wanita? Di Malaysia, kondom wanita tak terlalu terkenal. Tapi, ia sama juga seperti kondom yang dipakai lelaki!
Kondom wanita berbentuk silinder kuat, tapi masih bertekstur lembut dan tiada warna. Ia menjadi pelindung antara penis dan vagina.
Jika anda memakai kondom wanita ini, cara bersetubuh The Full Circle paling sesuai anda cuba dan nikmati! Jangan risau tentang air mani atau sperma suami kerana anda dilindungi kondom wanita.
Cara Bersetubuh Supaya Tidak Hamil #5 The Show and Tell
Sekali-sekala, cubalah untuk melakukan masturbasi bersama pasangan anda. Caranya mudah saja! Anda hanya perlu berbaring di sebelah pasangan.
Kemudian, ambil giliran untuk menyentuh antara satu sama lain. Anda juga boleh merangsang diri sendiri.
Kaedah ini bukan sahaja beri kepuasan, malah anda juga boleh belajar apa yang disukai pasangan, malah diri anda sendiri!
Perkara Penting Anda Perlu Buat Untuk Cegah Kehamilan
Selain cara bersetubuh supaya tidak hamil di atas, anda juga kena amalkan 2 benda penting ini untuk mencegah kehamilan:
Pertama: Ejakulasi di luar
Seperti yang kita ketahui, kehamilan terjadi selepas sperma suami bertemu dengan sel telur isteri. Kemudian, jadinya implantasi dan janin.
Oleh sebab itu, jika anda tidak mahu hamil, pastikan pasangan “tembak luar”. Tembak luar tidak menjamin anda takkan hamil, jadi jalan paling selamat adalah dengan memakai kondom.
Jika anda tidak sempat untuk “tembak luar”, sila dapatkan kontrasepsi darurat seperti yang dijelaskan di sini.
Kedua: Hindari hubungan seks ketika waktu subur
Setiap wanita memiliki kitaran haid dan waktu subur yang tersendiri. Penting untuk anda tahu kedua-dua tarikh jangkaan ini. Cara paling senang adalah dengan menggunakan aplikasi.
Bagaimana ingin kira waktu subur anda? Sila semak jawapannya dalam artikel ini. Bila anda bersetubuh ketika waktu subur, risiko untuk hamil akan lebih tinggi.
Jadi, selamat beramal dan semoga berjaya!
Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Auliya, dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Baca juga:
Suami tak suka kondom & isteri tak suka pil perancang, apa kalian patut buat?