Jangan Ambil Ringan Dengan Warna Kahak Kanak-kanak Dan Dewasa. Ia Ada Kaitan Dengan Penyakit Yang Tak Disangka

Ibu ayah jangan ambil ringan ya dengan warna kahak anak sebab ia adalah petunjuk bagi masalah kesihatan dalaman yang serius.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risaunya bila anak demam dan berkahak hingga terdengar bunyi siulan dari suaranya bila bernafas. Sebab itu ibu bapa harus tahu tentang warna kahak yang boleh jadi tanda penyakit lain dan cara buang kahak pada anak yang betul supaya dapat mengembalikan semula keselesaan anak sepanjang hari.

Menurut Dr M Ramzdhan dari MD, Crimea State Medical University berkata, kahak adalah sejenis lendir yang dihasilkan dari dalam dada manusia. Namun, biasanya badan tidak menghasilkan kahak yang banyak melainkan sewaktu selsema atau mengalami masalah kesihatan yang lain.

Walaubagaimanapun, anda mungkin pernah melihat sputum dengan warna yang berbeza-beza dan tertanya apakah maksud disebalik warna kahak tersebut.

Warna kahak dan jenis penyakit yang dialami

1. Kahak warna hijau dan kuning

Kahak dengan warna ini bermaksud tubuh sedang melawan jangkitan. Ia berasal dari sel darah putih dan biasanya disebabkan oleh penyakit seperti:

  • Bronkitis: bermula dengan batuk kering dan kemudiannya keluar kahak berwarna putih. Dari masa ke semasa, ia akan mengeluarkan kahak berwarna kuning atau hijau.
  • Pneumonia: komplikasi bagi masalah pernafasan yang lain. Anda mungkin mengeluarkan kahak yang berwarna kuning, hijau, atau kadangkala berdarah.
  • Sinusitis: Virus, alahan, atau bakteria. Jika disebabkan oleh bakteria, anda akan mengalami gejala seperti batuk berkahak berwarna kuning atau hijau, hidung tersumbat, titisan ‘postnasal’, dan tekanan dalam rongga sinus.
  • Cystic fibrosis: Penyakit paru-paru kronik di mana lendir terbentuk di dalamnya.  Penyakit ini sering menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa.

2.Kahak warna coklat

  • Bacterial pneumonia
  • Bacterial bronchitis
  • Cystic fibrosis
  • Pneumoconiosis: Menyedut debu seperti arang batu, asbestos, dan silicosis. Debu tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru.
  • Nanah dalam paru-paru: Rongga paru-paru penuh dengan nanah. Ia biasanya dikelilingi oleh tisu yang dijangkiti kuman. Gejala lain seperti batuk, berpeluh pada waktu malam, dan hilang selera makan.

3. Kahak warna putih

  • ‘Viral bronchitis’
  • GERD ( gastroesophageal reflux disease) yang mempengaruhi sistem pencernaan
  • Kegagalan jantung kongestif: Ini berlaku apabila jantung tidak mengepam darah ke seluruh badan dengan efektif.

4. Kahak warna hitam

  • Sputum hitam juga disebut ‘melanoptisis’. Kahak hitam bermaksud anda telah menyedut sejumlah besar debu hitam seperti habuk arang batu. Ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat.
  • Merokok, pneumoconiosis

5. Kahak merah dan pink

  • Pneumonia: Antara gejala jangkitan paru-paru ini adalah batuk berdarah (kahak berwarna merah).
  • Tuberkulosis: Jangkitan bakteria ini boleh merebak. Gejala utama termasuk batuk selama lebih dari tiga minggu, batuk berdarah dan keluarnya kahak berwarna merah, demam, dan berpeluh pada waktu malam.
  • Kegagalan jantung kongestif (CHF)
  • Pumonary Embolisme: Ini berlaku apabila arteri pulmonari di dalam paru-paru anda tersumbat.

6. Kahak warna jernih

Badan menghasilkan lendir dan kahak yang jernih setiap hari. Kebanyakannya terdiri dari air, protein, antibodi, dan beberapa garam terlarut untuk membantu mengekalkan kelembapan sistem pernafasan anda.

Petua dan cara buang kahak kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Melembapkan udara di sekitar dapat membantu untuk mencairkan kahak dan rawatan stim boleh mencairkan kahak. Selain dari stim, anda boleh menggunakan ‘humidifier’ atau pelembap udara yang selamat digunakan sepanjang hari.

2. Minum air secukupnya, terutamanya air suam.

3. Ambil bahan yang membantu memulihkan sistem pernafasan seperti limau, halia, dan bawang putih, beri, delima, teh jambu, ginseng, enchinacea, zat besi dan akar licorice.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Berkumur dengan air garam yang dapat mencairkan kahak sekaligus membunuh kuman serta melegakan sakit tekak.

5. Makan ubat seperti Dekongestan. Sementara kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas boleh ambil Expectorant untuk cairkan kahak. Apapun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

6. Ubat sapuan seperti Vicks VapoRub mengandungi minyak kayu putih untuk mengurangkan batuk dan berpotensi menghilangkan mukus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital. Semoga bermanfaat.

Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call atas kebenaran mereka. Maklumat lanjut dan pertanyaan kesihatan mahupun ubat-ubatan juga boleh didapati di www.doctoroncall.com.my

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Hilangkan Kahak Bayi & Kanak-Kanak Dengan Berkesan, Ibu Boleh Cuba 7 Tips Popular Ini!

Baca juga: 11 Jenis Makanan Untuk Paru Paru Kuat, Sesuai Untuk Anak Yang Selalu Batuk Berkahak

Baca juga: Kenali 7 Ciri-Ciri Batuk Yang Berbahaya Pada Bayi, Ibu Sila Pantau Elak Gejala Bertambah Teruk!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan