Cara Buat Bayi Nyenyak Tidur Malam, Ikut Cara Genius Ibu Ini, Confirm Anda Pun Lena Sepanjang Malam!

Dari semua tips menidurkan bayi, cara buat bayi tidur nyenyak ini adalah yang termudah dan berkesan untuk membuat bayi lena sepanjang malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang genius ini memiliki jawapan untuk permasalahan ramai ibu ayah iaitu cara buat bayi tidur nyenyak sepanjang malam.

Daripada semua tips menidurkan bayi yang pernah kami dengar – dengan menggunakan muzik atau dengan cara tepukan lembut, cara yang dilakukan ibu ini paling mudah tetapi sungguh berkesan!

Cara buat bayi tidur nyenyak sepanjang malam

Seorang ibu, Laura Gerson berkongsi rahsianya di Facebook. Kami menemui kisahnya di Huffington Post dan menghubunginya melalui Facebook.

Anak perempuan saya bernama Amelia dan dia berusia satu tahun hujung Januari ini,” kata Laura pada theAsianparent.

Kami ada CCTV dalam bilik dan telah menontonnya pada suatu malam. Amelia terbangun untuk mencari putingnya tapi tidak jumpa,” tambah Laura ketika menerangkan bagaimana dia memulakan cara genius ini sejak Amelia berusia 3 bulan lagi.

Apabila dia nampak ada banyak puting di katilnya, dia cukup tenang dan mudah tidur nyenyak. Kadangkala, dia tertidur dengan puting di tangannya,” ujar Laura yang menjelaskan anaknya tidak menggunakan puting di siang hari.

Puting ini benar-benar menenangkannya sepanjang malam. Memiliki lebih dari satu puting memudahkannya untuk mencari puting ketika dia terbangun di malam hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Huffington Post

Cara buat bayi tidur nyenyak sepanjang malam sekitar 12 – 13 jam

Apabila kita fikirkan semula, memang masuk akal untuk kita letakkan puting dalam jangkauan si kecil sehingga anak boleh tidur nyenyak sepanjang malam.

99% alasan bayi terbangun malam adalah kerana mencari putingnya. Tapi kami juga akan melihat jika dia terbangun kerana sebab lain,” ujar Laura yang menjelaskan cara buat bayi tidur nyenyak ini berhasil setelah dia melakukan beberapa percubaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia sudah mempraktikkan cara ini selama 8 bulan dan ia masih lagi berkesan!

Bayi yang gembira akan membuatkan ibu gembira. Saya telah melakukan cara ini sejak dia berusia sekitar 3 bulan dan ia ternyata berhasil. Amelia tidur sekitar 12–13 jam saat malam,” ujar Laura yang bangga dengan caranya ini.

Cara genius Laura ini memang mengagumkan. Namun, kita harus tetap berwaspada kerana beberapa jenis puting boleh memberi risiko bahaya atau berpotensi menimbulkan bahaya tercekik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hindari puting yang memiliki tali panjang atau bahagian yang boleh tercabut. Pilihlah puting seperti yang menjadi pilihan Amelia.

Laura memilih puting orthodontic yang diperbuat daripada getah yang dapat membantunya ketika si kecil mula tumbuh gigi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Happiestbaby.com

Cara buat bayi tidur nyenyak lain yang anda boleh cuba!

Ada banyak tips yang dapat membantu si kecil anda lena sepanjang malam. Berikut adalah cara lain yang boleh anda amalkan di rumah.

  • Menggunakan muzik lembut atau yang bersifat natural. Misalnya bunyi air hujan atau bunyi air mengalir.
  • Menggunakan ‘bunyi ajaib’. Misalnya membuat bunyi ‘ommm’ atau ‘shhhh’ yang panjang. Ia memberikan getaran yang menenangkan hingga membuatkan bayi anda tertidur dengan mudah.
  • Bedong bayi anda tapi jangan terlalu ketat. Jika dilakukan dengan betul, ia dapat membuatkan bayi anda cepat tidur kerana berasa seperti sedang dipeluk oleh ibunya.

Ibu dan ayah ada tips lain atau cara buat bayi tidur nyenyak sepanjang malam? Kongsikan dengan kami di ruangan komen!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terjemahan daripada theAsianparent Indonesia

Foto: iStock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sebab Mengapa Bayi Tidak Tidur Lena Pada Waktu Malam

Penulis

Noor