Sebab Mengapa Bayi Tidak Tidur Lena Pada Waktu Malam

lead image

Kami bercakap kepada pakar untuk mengetahui sebab mengapa bayi tidak dilahirkan untuk tidur sepanjang malam. Jom baca untuk mengetahui lebih lanjut!

Ibu bapa mana yang tidak gembira jika anak kecil mereka boleh tidur sepanjang malam. 

Untuk kebanyakan ibu ayah, ia seperti mimpi yang indah jika anak kecil mereka boleh tidur sepanjang malam.

Sama seperti anak perempuan Gwyneth Paltrow yang bermula tidur sepanjang malam, pada umur 6 minggu selepas dilahirkan.

Soalan-soalan seperti, "Bagaimana keadaan bayi anda? Adakah bayi anda tidur lena sepanjang malam?" hanya mengundang keletihan kepada ibu ayah.

Topik ini paling hangat dibincangkan di forum dalam talian, dan beberapa individu berpendapat bahawa, dengan cara latihan yang berkesan, bayi boleh tidur sepanjang malam.

Di sini, kami bercakap kepada dua pakar untuk mengetahui mengapa bayi asyik bangun pada waktu malam - dan mengapa ia sebenarnya adalah perkara yang baik.

sebab mengapa bayi tidak tidur lena

1. Mengapa bayi bangun? Kerana mereka sepatutnya bangun dari tidur.

Bagi Peter Fleming, profesor psikologi kesihatan dan perkembangan bayi di University Bristol, idea bahawa bayi harus tidur sepanjang malam adalah idea kuno. 

Ia adalah lebih semula jadi untuk si kecil itu bangun dari tidur dengan kerap pada waktu malam!

"Bayi tidak sepatutnya tidur untuk jangka masa yang panjang. Ia tidak baik untuk mereka, dan tiada bukti sama sekali tentang manfaat untuk bayi yang tidur lebih lama dan secara konsisten," katanya.

"Ini mungkin bukan apa yang mahu didengari oleh kebanyakan ibu bapa."

2. Tiada siapa yang benar-benar tidur sepanjang malam, walaupun orang dewasa.

Darcia F. Narvaez, profesor psikologi di Notre Dame University, mengatakan bahawa salah satu kesalahfahaman utama ibu bapa adalah bahawa semua orang biasanya tidur selama lapan jam.

Sebenarnya tidak.

"Orang dewasa tidak tidur sepanjang malam, mereka hanya lupa bahawa mereka bangun secara rutin," katanya. "Kita kumpulkan semua tidur kita ke dalam lapan jam kerana penat bekerja pada siang hari. Sebenarnya, itu tidak normal jika anda melihat kepada sejarah awal kemanusiaan!

"Sejarah awal manusia menunjukkan bahawa ia adalah normal untuk bangun dan tidur sekejap. Dengan pemburu-pemburu zaman purba, mereka tidur selama dua jam dan kemudian mereka terjaga untuk 24 jam."

3. Bayi perlu hubungan rapat dengan ibu bapa.

"Bayi manusia dilahirkan 9 hingga 18 bulan lebih awal berbanding haiwan lain," kata Narvaez. 

Haiwan lain dapat berjalan dan makan – tetapi, kita tidak boleh berbuat demikian. Kami masih kelihatan seperti fetus apabila dilahirkan.

Ini bermakna anda mahu memastikan bayi anda tenang ketika sistem otak mereka berkembang. 

Ini kerana mereka hanya mempunyai 25% saiz otak dewasa yang dibangunkan. Jadi, mereka perlukan penjagaan yang baik - seperti dalam rahim.

Jadi, si kecil anda tidak perlu tidur lama-lama. Dia perlukan penjagaan rapi dari anda!

sebab mengapa bayi tidak tidur lena

4. Dikaitkan dengan tahap kecerdasan yang lebih tinggi dan kesihatan mental yang lebih baik.

Menurut Fleming, hubungan antara "pencapaian perkembangan dan pencapaian intelektual yang sangat tinggi dan tidak tidur sepanjang malam adalah sangat ketara." 

Narvaez pula mengatakan bahawa kanak-kanak yang lebih rapat dengan ibu bapa mereka mempunyai "empati yang lebih besar dan lebih banyak peraturan diri."

Mereka juga mempunyai hati nurani yang lebih tinggi, dan satu kajian menunjukkan mereka mempunyai lebih banyak kemampuan kognitif dan kurang kemurungan."

5. Bayi mempunyai kitaran tidur yang lebih pendek daripada orang dewasa.

"Pada waktu malam, orang dewasa cenderung untuk menjalani kitaran tidur selama 90 minit dan akan bangun dari tidur seketika sebelum kemudiannya kembali semula tidur," kata Fleming.

"Kita cenderung melalui saat ini di antara dua atau tiga kali pada waktu malam sebelum kita sedar bahawa kita telah bangun dan tidur semula. Bayi pula mempunyai kitaran selama 60 minit."

Ini bermakna, ia adalah perkara biasa bagi bayi untuk bangun pada waktu malam - dan tidak seperti orang dewasa, mereka berjuang untuk kembali tidur dengan sendirinya.

6. Bayi memerlukan ibu bapa mereka untuk kekal bertenang.

Satu kajian pada tahun 2011 mendapati bahawa bayi boleh dilatih untuk berhenti menangis ketika ditinggalkan/tidak dihiraukan melalui "latihan tidur" atau kaedah "menangis dikawal". 

Tetapi, walaupun kaedah ini dapat menurunkan tahap tekanan ibu bapa, tahap tekanan pada bayi pula meningkat.

Yelah, tangisan mereka diabaikan!

Narvaez menerangkan: Anda sedang ajar bayi anda, bahawa mereka tidak akan menerima respons daripada anda apabila mereka memberi isyarat.

Tubuh bayi melalui satu kitaran: Pada mulanya, mereka selesa, dan mereka akan mula merasakan hormon tekanan mula meningkat dan mengharapkan ibu bapa mereka berada di sisi untuk menenangkan mereka.

Sekiranya anda masih tidak datang untuk menenangkannya, sistem simpati mula aktif – bayi anda mula bertarung.

Si kecil itu perlu mendapat perhatian anda, jika tidak, dia rasa bagai hendak mati!

Jika anda masih tidak memberi perhatian kepadanya, badannya akan mula beralih ke sistem parasimpati dan bayi anda boleh membeku atau pengsan dalam tindak balas yang melampau.

sebab mengapa bayi tidak tidur lena

7. Untuk memastikan mereka mendapat perhatian yang tidak berbelah bahagi.

"Lazimnya, bayi suka tidur pada siang hari, dan pukul 6 petang hingga tengah malam adalah masa mereka untuk berjaga," kata Fleming.

"Sebenarnya, secara biologi itu adalah satu kelebihan besar kerana mereka akan mendapat lebih banyak perhatian daripada dua penjaga utama mereka berbanding waktu lain.

Dari sudut pandangan biologi, apa yang dilakukan oleh bayi adalah normal dan masuk akal, namun, ia tidak sesuai dengan jangkaan kita pada abad ke-21 ini.

8. Bayi tidak sepatutnya terpisah daripada ibu bapa mereka.

"Sekiranya kita kembali kepada sejarah evolusi manusia," kata Fleming, "bayi menghabiskan masa mereka dalam hubungan rapat dan secara berterusan dengan ibu mereka, si kecil itu akan dibawa ke mana-mana sahaja bersama ibu ayah.

"Saya telah banyak melakukan kerja di Afrika dan di tempat-tempat lain dan bayi-bayi dibawa bersama dengan ibu mereka sepanjang masa

Mereka tidur ketika mereka perlu tidur dan mereka terjaga ketika mereka perlu terjaga.

Yang pastinya, bayi itu akan sentiasa bersama ibu mereka dan ia memudahkan penyusuan.

"Sekiranya bayi itu sentiasa bersama ibu, idea bahawa mereka perlu tidur untuk jangka masa yang lama tidak benar-benar timbul."

Fleming mengatakan terdapat bukti untuk menunjukkan risiko lebih tinggi untuk sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (juga dikenali sebagai SID) adalah di kalangan bayi yang tidur di bilik yang berasingan.

9. Bayi memerlukan hubungan peribadi dan boleh merasa kecewa apabila mereka tidak mendapatnya.

Fleming berhujah bahawa tidur bersama - berkongsi katil dengan bayi anda - adalah perkara yang biasa diamalkan di seluruh dunia.

"Idea bahawa berkongsi tempat tidur dengan bayi anda adalah sama ada salah, tidak normal atau pelik serta tidak masuk akal," katanya.

 "Kebanyakan orang di dunia akan melihat pandangan itu sebagai pelik - 90% daripada bayi manusia di planet ini tidur dengan cara itu setiap malam dan selama setengah juta tahun, evolusi manusia ini sudah menjadi normal."

Fleming mengakui bahawa walaupun tidak mungkin ibu bapa yang bekerja dapat meluangkan masa yang banyak bersama anak-anak mereka secara berterusan, mereka perlu memastikan yang mereka terus menjalinkan hubungan rapat dengan bayi mereka.

Walau nasihat apa sekali pun yang anda dengar, dan walaupun ia mungkin menguji kesabaran anda, adalah wajar untuk bayi anda bangun pada waktu malam.

Bayi perlu bangun pada waktu malam untuk kita penuhi segala keperluan mereka.

Kita juga perlu menjalin hubungan rapat dengannya dengan mendukung dan memberinya makan. 

Sebagai ibu bapa, tiada apa yang boleh kita lakukan untuk mengubahnya. 

Jadi, tidak perlu untuk kita merungut mengenainya! :)

Rencana diterjemah daripada Buzzfeed.

Baca juga:

my.theasianparent.com/bayi-susah-tidur-penyelesaian/

my.theasianparent.com/24-idea-bernas-untuk-tidurkan-bayi/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner