24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Bayi Yang Wajib Dicuba Semua Ibu Bapa

24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Bayi Yang Wajib Dicuba Semua Ibu Bapa

Susah nak tidurkan bayi? Telah cuba pelbagai idea dan usaha, tapi masih tak berjaya? Apa kata anda cuba 24 idea bernas ini pula!

Susahnya nak tidurkan si kecil ini... Kalaulah anda boleh saja minta mereka tidur, dan mereka akan tertidur. Hmm... 

Macam-macam usaha akan dibuat oleh semua ibu bapa untuk menidurkan anak mereka. Satu saat, dia menguap. Mungkin dia sudah mengantuk? Tapi semua itu propa saja! Tiba-tiba matanya cerah pula terbuka. Tak ada tanda mengantuk langsung!

Jangan risau semua ibu bapa. Kami di sini ingin memudahkan tugas anda. Tiada helah pelik-pelik pun. Cuma idea bernas yang boleh anda cuba bila-bila. Jom cuba 24 idea di bawah untuk tidurkan si kecil anda!

24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Si Kecil
1 - Bilik kalis bunyi

Bilik kalis bunyi boleh menyelesaikan masalah anda. Untuk lebih selamat, buat bilik kalis bunyi ini sebelum anda dapat si kecil baru! Senang cerita.

24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Bayi Yang Wajib Dicuba Semua Ibu Bapa

2 - Langsir

Pakai langsir yang gelap dan tebal. Anda masih boleh pakai langsir yang berkilat, tapi pastikan langsir itu gelap untuk menghalang cahaya masuk ke dalam bilik.

3 - Lampu

Malapkan lampu apabila sudah masuk waktu petang. Atau anda boleh pakai lampu malam yang tidak terlalu cerah. 

4 - Bayi Penat

Jangan biarkan si kecil anda terlalu penat hingga dia mengamuk. Tengok tanda-tanda yang mungkin dia sudah mengantuk, seperti - menggosok-gosok mata, menguap, duduk diam, dan mata kuyu. Jangan biarkan dia menangis! 

24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Bayi Yang Wajib Dicuba Semua Ibu Bapa

5 - Dodoi

Dodoi bayi anda dengan irama yang lembut. Jika anda mendodoi mereka di atas tangan anda, pastikan yang tangan anda telah dilapik dengan lampin atau kusyen lembut.

6 - Jam biologi

Tentukan waktu untuk anak anda. Buat tugas atau rutin mandi, memberi makan dan sebagainya pada masa yang sama.

Nanti, si kecil itu akan tidur pada waktu yang sama juga. Jangan banyakkan aktiviti apabila sudah sampai ke penghujung hari. Biar si kecil "bersedia" untuk tidur.

7 - Katil atau buaian

Untuk si kecil yang suka bergolek (berusia 6 bulan ke atas) dan tak mahu tidur, anda boleh cuba letakkan mereka dalam katil bayi atau buaian. 

8 - Perut bayi

Jangan biarkan anak anda itu kelaparan atau hanya makan sedikit saja sebelum tidur. Beri dia makan, jadi dia takkan bangun setiap jam kerana lapar.

9 - Bercakap dengannya

Berhenti bercakap dengan si kecil itu! Cukuplah hanya sedikit dodoian atau irama. Tika menyanyi dan mendodoi mereka, cuba masukkan namanya dalam dodoian itu. Mereka gemar mendengar namanya dipanggil. Tapi jangan panggil dengan kuat pula! 

10 - Melawak dan mengusik bayi

Jangan cuba melawak atau mengusik si kecil itu apabila masuk pukul 8 malam ke atas. Anda tak mahu mereka kekal aktif sampai lewat malam, kan?

11 - Hidung

Pastikan anda telah bersihkan lubang hidung bayi setiap kali mereka mandi (jika anda mahir).

Ataupun anda boleh guna nose drops untuk membersihkan hidung mereka. Hidung tersumbat boleh mengakibatkan bayi asyik terjaga.

24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Bayi Yang Wajib Dicuba Semua Ibu Bapa

12 - Suhu dalam bilik

Pastikan juga yang bayi anda kekal selesa dalam bilik tidurnya. Suhu tidak terlalu sejuk atau terlampau panas. 

13 - Lampin

Guna lampin yang berkualiti, jadi anda tak perlu salin lampin setiap malam. Jika anda guna lampin kain, pastikan lampin itu mempunyai banyak lapisan. 

14 - Nyamuk, habuk dan pepijat

Pastikan bilik tidur si kecil itu tiada nyamuk, hamuk, hama atau pepijat. Anda boleh menvakum bilik setiap hari. 

15 - Di mana si kecil tidur?

Kenal pasti tempat mana yang paling terbaik untuk si kecil itu tidur. Di atas katil anda atau di dalam buaiannya?

16 - Penghadaman bayi

Perhati pergerakan perut dan penghadaman bayi. Jika bayi memiliki masalah penghadaman, dapatkan ubat daripada doktor.

17 - Sendawa

Sendawakan si kecil itu setiap kali selepas makan, untuk mengelakkan kolik. 

24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Bayi Yang Wajib Dicuba Semua Ibu Bapa

18 - Puting

Kadang-kadang, bayi anda ingin "menghisap sesuatu" di tengah malam. Ia tak bermaksud mereka lapar. Jalan mudah, guna puting!

19 - Urutan dan mandi air panas

Urutan dengan minyak diikuti dengan mandian air panas (tak terlalu panas) akan menenangkan bayi, dan buat mereka tidur dengan lebih cepat.

20 - Berlakon

Anda boleh berpura-pura tidur dan usap si kecil itu perlahan-lahan.

21 - Mata bayi

Jangan pandang mata mereka!

22 - Guna monitor bayi

Tak payahlah anda berulang-alik ke biliknya. Kadang-kadang, bunyi tapak kaki pun boleh buat mereka terjaga!

24 Idea Bernas Untuk Tidurkan Bayi Yang Wajib Dicuba Semua Ibu Bapa

23 - Susu badan

Jika bayi anda masih belum bercerai susu, susu ibu adalah penyelesaian terbaik. Simpan susu dalam botol susu yang disteril, untuk senang diguna di malam hari.

24 - Tv, radio, komputer dan telefon bimbit

Jangan simpan gajet dalam bilik mereka. Bukan saja bunyi, malah sinar yang dipancarkan gajet ini boleh buat si kecil anda gelisah dan terjaga!

Selamat mencuba, ibu bapa semua!

Sumber rujukan: Mom Junction

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner