Teringin Nak Makan Bubur Lambuk? Jom Buat Sendiri Di Rumah, Guna Rice Cooker Saja!

Sekarang ini bukan saja di bulan puasa anda boleh nikmati menu hidangan istimewa ini. Jom cuba resepi bubur lambuk yang mudah dan cepat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bubur lambuk merupakan sejenis hidangan yang masyhur pada bulan puasa di Malaysia. Cara buat bubur lambuk biasanya secara bergotong-royong di masjid untuk diagihkan kepada para jemaah sebagai makanan berbuka puasa.

Namun kini anda tidak perlu tunggu untuk bulan puasa saja baru dapat menikmati juadah ini, dengan resepi bubur lambuk yang dikongsikan, anda boleh buat bila-bila saja! Mudah sebenarnya, malah anak-anak pun suka!

Resepi bubur lambuk

Menurut perkongsian Nur Haziqah di laman Facebook, dia telah memuat naik beberapa cara buat bubur lambuk yang mudah di rumah dengan hanya menggunakan periuk elektrik sahaja.

Anda boleh memasak bubur lambuk dalam kuantiti yang banyak dan disimpan dalam bekas tertutup, kemudian diletakkan di dalam peti sejuk. Jika tidak berselera makan nasi putih, anda boleh saja panaskan bubur yang siap dimasak itu bila-bila masa sahaja. 

Bagusnya bubur lambuk ini kesemua khasiat yang diperlukan sudah lengkap dalam satu bubur. Baik dari segi daging dan sayurang semuanya siap dalam satu hidangan. 

Selalunya bubur lambuk menggunakan daging lembu, namun sekiranya anda tidak gemar menggunakan daging, anda boleh tukar mengikut apa saja selera tekak anda. 

Ada juga orang buat bubur lambuk dengan ikan tau! Ya, jangan terkejut, rasanya cukup sedap. Malah apabila dicampur dengan bawang goreng lagi sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • 1 1/2 pot beras- basuh, rendam selama 15 minit dan toskan.
  • Daging dihiris kecil, basuh dan toskan.
  • Perencah sup jenama adabi 1 bungkus.
  • Daun sup dihiris kecil
  • 1 batang lobak merah dipotong dadu
  • 1 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 100 ml santan
  • 2 liter air
  • Bawang goreng
  • Gula dan garam

Cara buat bubur lambuk

#1. Kisar halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Kemudian, masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.

#3. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit. Kemudian, masukkan beras, kacau sehingga rata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Pindahkan beras ke dalam rice cooker. Masukkan air, ubi kentang, lobak merah. Masak sehingga ia menjadi kembang.

#5. Seterusnya, masukkan santan, gula, garam, serbuk lada hitam, daun sup dan bawang goreng. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur.

#6. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebaikan bubur

Bubur adalah makanan yang membantu sistem pencernaan yang baik untuk perut, di samping menjadi amalan pemakanan sihat.

Satu hidangan bubur yang diambil ketika sarapan pagi mengandungi karbohidrat yang membantu memberikan tenaga sepanjang hari.

Tambahnya, bubur yang berasaskan beras, walaupun bersantan dapat menggantikan hidangan makanan utama seperti nasi.

Ia bukan sahaja berkhasiat, memberikan tenaga, menambahkan selera, malah mengimbangi rasa pemakanan seperti manis dan pedas.

Selain faedahnya dari segi kesihatan, bubur turut digemari pada bulan puasa kerana cara penyediaannya yang mudah, sekali gus menjimatkan masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di negara ini, selain bubur lambuk, bubur berasaskan beras boleh dicampurkan dengan bahan utama lain seperti sumsum, daging, ayam, udang, ikan dan ketam.

Bubur berasaskan santan pula boleh digabungkan dengan biji-bijian, kekacang, nasi, sayur-sayuran, labu, kentang dan keledek.

Bagi masyarakat Melayu, bubur selalu dimakan bersama sup ayam, manakala masyarakat Cina pula biasanya memakan bubur bersama hidangan sampingan lain seperti lobak asin, ikan bilis, cakoi dan sebagainya. Malah ia biasa dimakan pada waktu sarapan. 

Jadi apa tunggu lagi, jom sediakan hidangan ini untuk seisi keluarga. Untuk anak-anak yang memilih makan, percayalah mereka akan menyukainya! Cuma asingkan bahan-bahan yang pedas seperti lada hitam dan sebagainya. 

Sumber: Nur Haziqah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Juadah Bazar Ramadhan Yang Anda Boleh Buat Di Rumah!