TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Cara Buat Slime Yang Mudah Menggunakan Bahan Selamat & Tidak Berbahaya

4 min bacaan
Cara Buat Slime Yang Mudah Menggunakan Bahan Selamat & Tidak Berbahaya

Cara buat slime mudah dan menjadi menggunakan beberapa bahan yang ada di rumah sahaja. Ibu ayah boleh mengajak anak-anak untuk buat bersama!

Ibu ayah tahu tak cara buat slime? Slime atau lendir merupakan permainan yang popular pada masa kini yang bertekstur kenyal dan boleh dibentuk.

Kanak-kanak gemar bermain slime kerana warnanya yang menarik namun ia agak bahaya sekiranya dimasukkan ke dalam mulut, apatah lagi kebanyakan slime yang dijual dalam pasaran mengandungi bahan kimia berlebihan.

Baca juga: 7 Idea Permainan DIY Yang Mudah dan Menarik Untuk Anak Anda

Cara buat slime bagi merangsang sensori anak kecil 

cara buat slime mudah

credit to sources

Namun yang menariknya, main slime bukan sahaja menyeronokkan malah ia bagus untuk merangsang perkembangan deria anak! Permainan sensori seperti slime ini membolehkan kanak-kanak menggunakan dan memahami semua pancaindera.

Apabila deria dirangsang pada masa yang sama, ia membina kreativiti dan pembelajaran kanak-kanak melalui penerokaan. Malah permainan sensori juga menggalakkan perkembangan kemahiran motor dan koordinasi yang baik.

Kalau ibu ayah pernah beli di pasaran, mesti anda tahu yang harganya agak mahal dan jika tidak dijaga dengan baik, tekstur slime boleh berubah dan tidak boleh dimainkan lagi. Dari membeli slime banyak kali di pasaran, apa kata ibu ayah belajar cara buat slime saja?

Langkah mudah membuat slime di rumah

Proses pembuatan slime boleh menjadikan ruang bersepah, tetapi mujurlah bahan-bahan yang digunakan mudah dibersihkan dengan mesin basuh. Jadi kami mencadangkan anak-anak memakai apron dan lapik permukaan meja atau lantai dengan plastik ya.

Nak lagi mudah, ajak anak-anak untuk melakukan di luar rumah sahaja! Berikut beberapa cara buat slime yang anda boleh cuba, senang saja malah menggunakan bahan mesra alam!

#1. Slime gam putih

bahan buat slime

credit to sources

Bahan-bahan:

  • 1/2 sudu besar tepung penaik
  • 1 sudu besar contact solution (cecair pencuci kanta sentuh)
  • 30 ml white glue (gam putih)
  • Pewarna makanan pilihan

Cara-cara:

  1. Sediakan sebuah mangkuk besar dan masukkan gam putih.
  2. Campurkan dengan baking soda dan gaul rata.
  3. Kemudian, titiskan warna pilihan ikut suka.
  4. Tambahkan sesudu besar contact solution.
  5. Campurkan kesemua bahan tadi sehingga adunan menjadi pekat dan kental.
  6. Sesudah kental, keluarkan dan uli menggunakan kedua-dua tangan.

#2. Slime tepung jagung

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/3 cawan air
  • Pewarna makanan pilihan

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung jagung dan air.
  2. Jika adunan cair, tambahkan tepung jagung.
  3. Titiskan pewarna kegemaran.

#3. Slime gula aising

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar gula aising
  • 2 sudu kecil air
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • 2 sudu maple syrup
  • 1/2 cawan corn syrup atau golden syrup
  • Pewarna pilihan

Cara-cara:

  1. Dalam sebuah mangkuk, masukkan gula aising.
  2. Campurkan air dan gaul rata.
  3. Kemudian, titiskan warna pilihan.
  4. Dalam mangkuk yang lain, campurkan kesemua syrup.
  5. Selepas gaul rata, campurkan sedikit minyak dan gaul lagi.
  6. Campurkan adunan gula aising dan syrup. Sebatikan.
  7. Masukkan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
  8. Selepas dikeluarkan, bolehlah dijadikan slime.

#4. Slime Nutella

cara membuat nutella

credit to sources

Bahan-bahan:

  • 21 biji marshmallow
  • 7 sudu besar Nutella

Cara-cara:

  1. Cairkan marshmallow menggunakan ketuhar gelombang mikro selama 10 hingga 15 saat. Pastikan marshmallow benar-benar cair.
  2. Kemudian, masukkan Nutella dan gaul rata.
  3. Biarkan adunan sejuk.
  4. Uli dan campurkan hingga semuanya sebati.

#5. Slime kristal

Bahan-bahan:

Stories Rakan Kongsi
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Say It With Oreo Kini Kembali Dengan Lebih Menarik! Jadikan Momen Duduk Di Rumah Lebih Menyeronokkan!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Victory is your child's to claim at the Spartan Kids Challenge!
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
Top 3 tips to make the most of your child’s screen time
6 ways playtime can shape your child's learning!
6 ways playtime can shape your child's learning!
  • 1/2 sudu besar baking soda
  • 1 sudu besar contact solution
  • 30 ml gam tanpa warna

Cara-cara:

  1. Sediakan sebuah mangkuk besar dan masukkan gam.
  2. Campurkan dengan baking soda dan gaul rata.
  3. Tambahkan 1 sudu besar contact solution.
  4. Campurkan kesemua bahan tadi sehingga adunan menjadi pekat dan kental.
  5. Sesudah kental, keluarkan dan uli sehingga boleh ditarik.

Nota: Jika nak slime kurang melekit, tambahkan 1/4 sudu besar contact solution.

#6. Slime berkilau

cara buat slime

sumber: youtube

Bahan-bahan:

  • 1/2 sudu besar baking soda
  • 1 1/2 sudu besar contact solution
  • 30 ml gam putih
  • Sedikit serbuk kilau (glitter)

Cara-cara:

  1. Masukkan gam putih ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Tambahkan baking soda dan gaul rata.
  3. Masukkan sekali contact solution.
  4. Setelah semuanya sebati sehingga adunan menjadi kental.
  5. Keluarkan adunan slime dan uli menggunakan kedua-dua tangan.

Nota: Jika adunan slime agak melekit, tambahkan 1/4 sudu besar contact solution.

#7. Slime syampu

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan syampu bayi
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 6 sudu besar air
  • Sedikit pewarna makanan

Cara-cara:

  1. Campurkan syampu dan tepung jagung dalam sebuah mangkuk.
  2. Gaul rata semuanya.
  3. Titiskan pewarna makanan yang disukai.
  4. Tambahkan 1 sudu besar air dan kacau lagi. Kemudian, masukkan baki 5 sudu besar air sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
  5. Uli slime lebih kurang 5 minit.

Nota: Pastikan ibu ayah guna syampu yang bagus dan dikhaskan untuk bayi kerana ia lebih selamat bagi kanak-kanak.

Wah, mesti anak-anak teruja nak buat slime! Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: bidadari

Baca juga: Bahaya Beri Anak Makan Jajan Dalam Kotak Mainan, Boleh Keracunan Makanan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Aktiviti anak
  • /
  • Cara Buat Slime Yang Mudah Menggunakan Bahan Selamat & Tidak Berbahaya
Kongsikan:
  • 25 Tempat Menarik Untuk Kanak Kanak Percuma Di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi

    25 Tempat Menarik Untuk Kanak Kanak Percuma Di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi

  • 15 Hotel Ipoh Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Taman Tema Air & Playground!

    15 Hotel Ipoh Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Taman Tema Air & Playground!

  • 15 Hotel Melaka Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel), Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

    15 Hotel Melaka Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel), Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

  • 25 Tempat Menarik Untuk Kanak Kanak Percuma Di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi

    25 Tempat Menarik Untuk Kanak Kanak Percuma Di Kuala Lumpur Yang Wajib Dikunjungi

  • 15 Hotel Ipoh Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Taman Tema Air & Playground!

    15 Hotel Ipoh Mesra Kanak-Kanak (Kids Friendly), Ada Taman Tema Air & Playground!

  • 15 Hotel Melaka Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel), Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

    15 Hotel Melaka Mesra Kanak-Kanak (Kid-Friendly Hotel), Ada Pool, Waterpark & Playground. Berbaloi!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham