Cara Cara Mengatasi Masalah Badan Berbau Ketika Hamil : Pastikan Anda Cukup Minum Air

Cara cara mengatasi masalah badan berbau waktu sedang mengandung adalah memastikan ibu kekal terhidrat dengan minum cukup air.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bau badan semasa hamil adalah satu perkara yang agak tidak menyenangkan bagi kebanyakan wanita hamil. Pastinya anda merasa runsing bagaimanakah cara cara mengatasi masalah badan berbau ini supaya tidak lagi berasa malu dan tidak selesa dengannya.

Dengan peningkatan hormon dan perubahan fizikal yang lain, badan berbau secara tiba-tiba boleh menjadi perkara yang menjengkelkan. 

Ia sekaligus menyebabkan ibu hamil rasa langsung tidak selesa untuk meneruskan hari-hari mereka. Malah boleh buat hilang mood sentiasa. 

Bau Badan Adalah Perkara Biasa Semasa Hamil 

Sejak kehamilan bermula, adakah anda perasan bau pelik dari badan anda sejak kebelakangan ini? Atau mungkin anda perasan itu bukan bau yang biasa anda hidu pada badan sendiri. 

Tahukah anda, apabila bayi anda membesar, bayi akan mengambil lebih banyak ruang dalam rahim anda dan ini boleh menyebabkan pengekalan cecair yang juga boleh membuatkan badan anda terasa lebih penuh dan lebih berat. Akibatnya, bau yang biasanya ditutupi oleh bau lain kini akan mula menyerlah.

Bau badan semasa hamil adalah perkara biasa. Apabila badan berubah dan hormon mengalami perubahan anda akan mula perasan bahawa terdapat perubahan dalam cara anda menghidu. Ia boleh menjadi sukar, terutamanya dengan alahan pada waktu pagi, keletihan atau gejala lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah beberapa jenis bau badan yang biasa dialami semasa hamil :

  • Faraj berbau
  • Nafas berbau
  • Gas dari perut yang busuk
  • Rambut berbau

Apakah Punca Badan Berbau Semasa Mengandung?

Perubahan yang datang bersama dengan kehamilan boleh menjadi perkara yang sukar untuk diterima. Ramai ibu hamil mengalami masalah bau badan seawal enam minggu pertama kehamilan.

Bau badan adalah perkara biasa apabila terdapat perubahan pada badan seseorang. Percaya atau tidak, terdapat lima sumber bau badan yang tidak berkaitan dengan tabiat kebersihan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Perubahan hormon

Apabila anda hamil, badan anda mengalami banyak perubahan. Salah satu perubahan yang paling biasa dan jarang diperkatakan ialah peningkatan dalam pengeluaran peluh. Ini kerana hormon menyebabkan suhu badan anda meningkat dan pengeluaran peluh juga meningkat.

Peningkatan peluh ini bukan sahaja menjengkelkan, ia juga boleh menyebabkan bau badan. Gabungan antara peluh dan bakteria pada kulit juga boleh menyebabkan bau badan.

Peningkatan peluh semasa hamil ini adalah kerja tambahan untuk membesarkan bayi. Badan yang bekerja keras semasa mengandung untuk pembesaran bayi menyebabkan peningkatan penghasilan peluh.

#2. Peningkatan aliran darah & degupan jantung

Apabila anda berasa cemas, kadar denyutan jantung dan aliran darah anda akan meningkat. Peluh boleh berkumpul di bahagian ketiak dan kaki. Ini boleh menyebabkan bau kaki dan  bau badan di bahagian badan yang lain juga.

Pertambahan aliran darah bermakna suhu badan anda juga semakin tinggi, yang mana boleh membuatkan anda rasa lebih berpeluh. Kadar denyutan jantung yang meningkat juga menunjukkan bahawa badan anda bekerja lebih keras. Ini mungkin akan menyebabkan peningkatan penghasilan peluh yang boleh menyebabkan anda berbau busuk. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Makanan yang anda makan

Sesetengah makanan boleh menyebabkan bau badan pada wanita hamil. Makanan ini biasanya adalah makanan yang tinggi kandungan gula atau alkohol, seperti wain, bir dan soda. Anda juga mungkin perasan bahawa semasa hamil anda akan berbau lebih kuat jika anda telah makan makanan pedas atau minum kopi.

Terdapat sebab yang baik mengapa wanita hamil lebih berpeluh dan lebih berbau semasa hamil. Ini kerana badan menghasilkan lebih banyak darah semasa hamil. Dan jangan risau! Adalah normal untuk wanita hamil mempunyai bau yang lebih kuat daripada biasa semasa kehamilan.

#4. Perubahan dalam ubat-ubatan

Sesetengah ubat boleh menyebabkan bau badan pada wanita hamil. Jika anda mengambil sebarang ubat baharu, adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda tentang ubat tersebut.

Terdapat tiga ubat yang selalu menyebabkan bau badan :

  1. Antibiotik - Ubat ini membunuh bakteria dan selalunya digunakan untuk merawat jangkitan. Tetapi, ubat ini juga membunuh beberapa bakteria baik dalam saluran pencernaan yang membantu anda untuk mencerna makanan.
  2. Diuretik - Diuretik akan membuatkan wanita hamil kerap kencing. Ini amat membantu apabila tekanan darah terlalu tinggi. Tetapi apabila itu berlaku, ubat-ubatan tersebut akan membuatkan ibu hamil berpeluh lebih daripada kadar biasa. Ini boleh menyebabkan badan mengeluarkan bau yang lebih kuat.
  3. Aspirin - Kadang kala doktor akan memberitahu pesakit mereka untuk mengambil aspirin semasa hamil. Walaupun ia selamat untuk wanita hamil, tetapi pengambilannya haruslah di bawah pengawasan doktor. Namun, penggunaan aspirin ini juga boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan pada faraj.

#5. Tekanan & kebimbangan

Kehamilan adalah salah satu masa yang paling indah dan menggembirakan dalam kehidupan seorang wanita. Tetapi, ia juga boleh menjadi satu masa yang menyebabkan tekanan dan kebimbangan yang hebat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain mengalami perubahan fizikal, wanita hamil juga boleh mengalami perubahan emosi. Ini kadang kala boleh menyebabkan bau badan yang tidak sedap untuk dibau.

Tubuh akan mengalami banyak perubahan semasa tempoh kehamilan. Peningkatan pengeluaran peluh dan hormon boleh menyebabkan bau badan lebih teruk.

Cara Menghilangkan Bau Badan Semasa Hamil

Bau badan semasa kehamilan dapat dicegah atau dikurangkan dengan mempraktikkan beberapa cara mengatasi masalah badan berbau seperti di bawah :

  • Minum banyak air untuk memastikan diri anda sentiasa terhidrat
  • Pakai pakaian yang longgar dengan fabrik yang membolehkan kulit bernafas
  • Tukar pakaian anda dengan lebih kerap
  • Pastikan deadoran atau produk anti peluh anda selamat untuk wanita hamil
  • Mandi selepas anda bersenam
  • Mandi sekali sehari dengan sabun anti-bakteria
  • Sapukan krim atau bedak untuk menyerap peluh di kawasan yang bermasalah

Bilakah Anda Perlu Risau? 

Semasa kehamilan,  adalah perkara biasa bagi seorang wanita untuk mengalami perubahan pada bau badan mereka. Sesetengah wanita mendapati bahawa mereka akan lebih banyak berpeluh dan mempunyai bau badan yang lebih kuat.

Sesetengah orang lain mungkin merasakan bau badan mereka mungkin lebih kurang sama dengan sebelum hamil. 

Dalam kebanyakan kes, perubahan ini tidak perlu dibimbangkan. Tetapi, terdapat beberapa gejala bau badan semasa hamil yang membimbangkan. Jika anda melihat perubahan mendadak pada bau badan anda, atau jika badan anda berbau dengan sangat kuat, ini mungkin tanda anda mendapat jangkitan.

Jumpa doktor jika anda bimbang tentang jangkitan ini. Jangkitan ini boleh menjadi serius semasa kehamilan. Jika terdapat rasa gatal atau rasa terbakar yang menambahkan bau badan anda, ini mungkin juga tanda jangkitan. Jika anda mengalami simptom ini, anda harus berjumpa doktor untuk penilaian mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara-cara Mengatasi Masalah Badan Berbau Selepas Bersalin

Selepas sembilan bulan mengandung, kebanyakan wanita bersedia melakukan apa sahaja untuk menghilangkan bau badan yang menjengkelkan itu.

Berita baiknya ialah, terdapat beberapa cara mudah untuk mengurangkan bau badan ssebaik saja anda bersalin. Cara tersebut adalah seperti ubat-ubatan dan pencegahan semasa kehamilan.

Jangan teragak-agak untuk bercakap dengan doktor anda jika mempunyai sebarang kebimbangan atau soalan. Selain daripada yang disebutkan di sini, masih terdapat banyak rawatan lain. Kebanyakannya adalah selamat untuk wanita hamil.

Cuba beberapa rawatan yang berbeza sehingga anda menemui yang paling sesuai untuk anda. Perlu diingat bahawa ia mungkin mengambil sedikit masa untuk melihat hasilnya. Bersabar dan bertahan dengannya. Tidak lama lagi anda akan mula berasa lebih baik dan berbau lebih baik juga!

  1. firstcryparenting (June 5, 2018). Body Odour During Pregnancy – Causes and Remedies. my.theasianparent.com/wp-admin/post.php?action=edit&classic-editor&post=486616

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Sakit Bawah Perut Ketika Hamil Normal Atau Tidak? Ini Cara Para Wanita Boleh Atasinya

Baca juga : Adakah Normal Jika Tangan Kebas Ketika Hamil? Doktor Jelaskan Punca & Cara Mengatasinya

Baca juga : Nodus Limfa Membengkak Punca Benjolan Di Ketiak Muncul Ketika Hamil, Cuba 4 Petua Ini Atasinya

Penulis

Nur Syazwani