7 Cara Cepat Hamil Yang Terbukti - Bukan Mitos Semata-Mata Ya!

undefined

Jika anda dan pasangan ingin tahu cara cepat hamil dan tips cepat mengandung, cuba amalkan 7 cara yang terbukti berkesan ini. Mudah-mudahan anda berjaya.

Wahai suami isteri sekalian, anda pasti sudah mendengar dan membaca pelbagai tips atau cara cepat hamil yang dikongsikan ramai orang. Tapi, adakah tips itu benar-benar berkesan?

Kali ini, kami di theAsianparent telah menyenaraikan beberapa cara cepat hamil yang terbukti berkesan melalui kajian perubatan. Kelak anda tidak perlulah percaya lagi dengan mitos-mitos yang tak terbukti berkesan pun.

Ini 7 Cara Cepat Hamil Anda & Pasangan Boleh Cuba

Bagi membantu anda dan pasangan yang sudah bersedia untuk menimbang cahaya mata, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil berat selain melakukan hubungan kelamin sahaja. Faktor-faktor ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada tahap kesuburan anda.

Tak salah kan untuk lebih berwaspada. Malah jika anda dapat kurangkan habit ini, kesihatan untuk masa depan juga terjamin!

Cara cepat hamil #1: Jaga berat badan

cara cepat hamil

Berat badan yang terlalu kurang atau berlebihan mampu mempengaruhi proses kesuburan. Jadi, salah satu cara cepat hamil yang terbukti berkesan adalah dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

Macam mana nak tahu berat badan yang ideal? Gunakan jadual BMI (body mass index) untuk mengira berat badan ideal anda.

Jika BMI anda berlebihan atau kurang, dapatkan nasihat doktor pakar untuk proses diet yang sesuai.

Cara cepat hamil #2: Hindari stress

Sebuah kajian yang dilakukan pada tahun 2010 mendapati ada kaitan antara stress yang dialami oleh pasangan yang cuba ingin hamil dengan tahap kesuburan.

Untuk cara cepat hamil, anda dan pasangan digalakkan menghidari stress. Lakukan lebih banyak kegiatan yang merelakskan seperti mendengar muzik, yoga, meditasi dan sebagainya.

#3: Jangan minum terlalu banyak kafein

cara cepat hamil

Walaupun masih belum ada kajian terhadap manusia yang ingin mengaitkan pengaruh kafein terhadap paras kesuburan, namun tahukah anda kafein ini tidak bagus untuk badan?

Terdapat individu yang maut gara-gara terlebih minum kopi! Sebenarnya, jika anda minum lebih dari 3 cawan kopi setiap hari, kandungan kafein dalamnya bersamaan dengan 25 batang rokok!

Jadi untuk lebih cepat mengandung, hadkan pengambilan kafein, ya?

#4: Jangan merokok

Penelitian membuktikan yang merokok mampu mempengaruhi kesuburan wanita mahupun lelaki. Bagi wanita, merokok mempengaruhi ovum dan jumlah sel telur.

Bagi lelaki pula, merokok mengurangkan kualiti sperma.

#5: Makan lebih banyak asid folik

7 Cara Cepat Hamil Yang Terbukti - Bukan Mitos Semata-Mata Ya!

Untuk menyediakan rahim, wanita digalakkan memakan lebih banyak asid folik. Zat ini biasanya terdapat dalam vitamin prenatal. Namun, ia juga amat diperlukan jika wanita ingin cuba mengandung.

Asid folik turut terdapat dalam jagung, gandum, brokoli, kacang, jeruk, jambu dan alpukat. 

#6: Jangan bersenam secara berlebihan

Mungkin anda tidak percaya dengan tips cepat hamil ini. Bersenam memang ada banyak kebaikan, namun jika anda melakukannya secara berlebihan, ia membuatkan tubuh lebih cepat lemah dan kesuburan terjejas.

Dr James Goldfarb, Pengarah Klinik Kesuburan Cleveland AS mengatakan olahraga berlebihan mengurangkan terjadinya ovulasi.

Namun, had “banyak” dalam bersenang berbeza bagi setiap individu.

#7: Kira kitaran haid anda

cara cepat hamil

 

Tujuan untuk mengira kitaran haid anda adalah untuk mengetahui bila waktu anda subur.

Pasangan digalakkan berhubungan intim 2 hari sebelum ovulasi (waktu subur) dan ketika subur bagi meningkatkan peluang kehamilan. Untuk lebih mudah, wanita boleh memuat turun aplikasi mengira kitaran haid dalam smartphone anda.

Anda juga boleh melihat video di bawah untuk penjelasan lanjut.

https://www.youtube.com/watch?v=LNlRZ6fgiNE

Semoga tips ini membantu anda dan pasangan menimang cahaya mata. Selamat mencuba dan selamat berjaya, pasangan suami isteri semua!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Sebab Tersembunyi Kenapa Anda Masih Belum Mengandung

Baca juga: 5 Jenis Makanan Bantu Untuk Cepat Hamil, Suami Isteri Masih Boleh Mencuba Tau!

Baca juga: Benarkah Ada Posisi Senggama Terbaik Untuk Cepat Hamil?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!