TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product Guide
Sign in
  • Becoming a Parent
    • Project Sidekicks
    • Pregnancy
    • Losing A Baby
    • Conceiving a Baby
    • Adoption
    • Labour & Delivery
  • Ages & Stages
    • Baby
    • Child
    • Pre-Teen & Teen
  • Parenting
    • Parenting Tips
    • Marriage, Relationship & Sex
    • Viral News
  • Health
    • Illness
    • Allergy & Syndrome
    • Vaccinations
    • Give Health A Shot
  • Breastfeeding & Nutrition
    • Breastfeeding
    • Healthy Meal Tips
    • Formula
  • Education
    • Preschool
    • Primary School
    • Middle School
    • Special Education
  • Money Parenting
    • Tips for Parents
    • Tips for Toddlers
    • Tips for Older Kids
    • The 5 Personas
  • Lifestyle
    • Money
    • Contests & Promotions
    • Holiday
    • Spirituality
    • Home
  • TAP Recommends
  • Press Room
  • Products
  • Advertise With Us

Benarkah Ada Posisi Senggama Terbaik Untuk Cepat Hamil?

3 min read
Benarkah Ada Posisi Senggama Terbaik Untuk Cepat Hamil?

Kami meneliti pelbagai posisi senggama yang dikatakan boleh membuat anda senang hamil. Sama ada benar atau tidak, mari kita sama-sama mengambil tahu tentang teori-teori tersebut..

posisi cepat hamil, benarkah ada posisi senggama terbaik untuk cepat hamil

Benarkah ada posisi senggama terbaik untuk cepat hamil

Benarkah ada pendapat mengatakan bahawa terdapat beberapa posisi senggama tertentu untuk memastikan kejayaan dalam Cuba Untuk Hamil (CUH)?
Tidak dapat dinafikan, memang terdapat beberapa artikel yang mendakwa bahawa sekiranya pasangan mengamalkan posisi senggama yang tertentu, maka peluang untuk hamil adalah lebih cerah.

BERKAIT : Petua kesuburan – popular tetapi mitos

Sebenarnya, setakat ini masih belum ada bukti secara klinikal posisi yang disarankan supaya cepat hamil tersebut benar-benar berkesan. Posisi-posisi ini dikatakan berkesan kerana posisi pelvik wanita ketika bersenggama memberi peluang untuk sperma ‘mengembara’ lebih jauh ke dalam rahim. Secara tidak langsung, ini meningkatkan peratus peluang persenyawaan.
Namun begitu, tidak salah jika anda dan pasangan mencuba posisi baru untuk menambahkan kenikmatan ketika bersama, bukankah begitu?
Berikut kami berikan lima posisi yang khabarnya membantu usaha CUH anda!

Benarkah ada posisi senggama terbaik untuk cepat hamil, 5 posisi yang disarakan supaya cepat mengandung!

1. Missionary

posisi cepat hamil, benarkah ada posisi senggama terbaik untuk cepat hamil

Posisi ini merupakan posisi di mana wanita akan berbaring dan lelaki akan menujah dari atas. Posisi ini juga merupakan posisi paling biasa digunakan di seluruh dunia kerana ia tidak begitu meletihkan pasangan wanita.
Setelah bersenggama dalam posisi ini, pasangan wanita disarankan agar tidak bergerak selama 20 minit. Letakkan juga sebiji bantal di bawah punggung supaya kedudukan pelvik lebih miring dan ini akan mengurangkan air mani keluar semula dari faraj.

BERKAIT : Tongkat Ali – manfaat, mudarat dan kehamilan

2. Variasi Missionary

Posisi yang sama; cuma apa yang berbeza ketika tujahan lelaki akan meletakkan tangan di bawah punggung wanita seumpama ingin menampung berat.

3. Tusukan Dalam dengan Kaki Terangkat

Dalam posisi ini, ia kelihatan seperti posisi lanjutan Missionary. Perbezaannya ialah apabila wanita akan mengangkat kedua-dua belah kakinya dan diletakkan di bahu lelaki tersebut. Lelaki pula akan merangkul pinggang wanita supaya faraj berkedudukan selari dengan zakar. Sebiji bantal tebal biasanya diletakkan di bawah punggung wanita supaya dirinya lebih selesa dan juga menetapkan posisi faraj.

4. Baring Melungkup

Dalam posisi ini, wanita akan baring secara melungkup dengan kaki dilunjurkan. Pasangan lelaki akan menujah dari arah belakang. Seperti posisi lain, sebiji bantal akan diletakkan, kali ini di bawah perut wanita sebagai sokongan.

BERKAIT : Sediakah anda untuk bertambah anak? 

5. Tunggangan Kuda

Posisi ini amat dicadangkan bagi wanita yang memiliki rahim terbalik. Rahim terbalik merupakan keadaan di mana kedudukan rahim mencondong ke bahagian belakang. Jangan risau! Keadaan ini tidaklah terus mengurangkan peluang anda untuk hamil. Kebanyakan wanita yang memiliki rahim terbalik akan mendapati bahawa rahim mereka akan kembali kepada posisi sepatutnya ketika minggu ke-10 hingga ke-12 kehamilan. Cumanya, posisi ini sesuai kerana kedudukan wanita dalam posisi merangkak dan punggung ditongekkan ke belakang menambahkan peluang air mani dipancutkan dengan sempurna ke dalam rahim.

 posisi cepat hamil, benarkah ada posisi senggama terbaik untuk cepat hamil

Kesemua posisi senggama yang telah diterangkan di atas merupakan teknik senggama mendalam. Di samping mengamalkan posisi ini, anda disyorkan bersenggama seawal 5 hari sebelum ovulasi dan tidak menunggu ketika tarikh ovulasi anda. Ini kerana sperma mampu hidup di dalam badan manusia sehingga 5 hari lamanya. Ini juga akan menambah peluang anda untuk hamil.

Artikel ini ditulis oleh Saadah Baharudin dan pertama kali diterbitkan di Pregnant.my
Sila ‘Like’ lelaman FB kami dan ‘Share’ artikel ini. 

Ada posisi-posisi cepat hamil yang lain yang anda tahu?
Kami ingin mendengar pendapat anda di ruang komen di bawah ini!

Partner Stories
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
6 tips on how to build resilience in children
6 tips on how to build resilience in children
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
Are You In The Second Trimester Of Pregnancy? Here are 5 Important Things Moms Should Do!
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!

Got a parenting concern? Read articles or ask away and get instant answers on our app. Download theAsianparent Community on iOS or Android now!

ddc-calendar
Get ready for the baby’s arrival by adding your due date.
OR
Calculate your due date
img
Written by

theAsianParent Indonesia

  • Home
  • /
  • Cubaan untuk hamil
  • /
  • Benarkah Ada Posisi Senggama Terbaik Untuk Cepat Hamil?
Share:
  • Cara Guna Pregnancy Test Yang Betul Untuk Mengesahkan Anda Mengandung Atau Tidak

    Cara Guna Pregnancy Test Yang Betul Untuk Mengesahkan Anda Mengandung Atau Tidak

  • Understanding Fertility Challenges: Insights from a Specialist at Pantai Hospital Kuala Lumpur

    Understanding Fertility Challenges: Insights from a Specialist at Pantai Hospital Kuala Lumpur

  • 15 Tips Cepat Hamil Yang Berkesan Untuk Diamalkan Suami Isteri Agar Segera Timang Baby

    15 Tips Cepat Hamil Yang Berkesan Untuk Diamalkan Suami Isteri Agar Segera Timang Baby

  • Cara Guna Pregnancy Test Yang Betul Untuk Mengesahkan Anda Mengandung Atau Tidak

    Cara Guna Pregnancy Test Yang Betul Untuk Mengesahkan Anda Mengandung Atau Tidak

  • Understanding Fertility Challenges: Insights from a Specialist at Pantai Hospital Kuala Lumpur

    Understanding Fertility Challenges: Insights from a Specialist at Pantai Hospital Kuala Lumpur

  • 15 Tips Cepat Hamil Yang Berkesan Untuk Diamalkan Suami Isteri Agar Segera Timang Baby

    15 Tips Cepat Hamil Yang Berkesan Untuk Diamalkan Suami Isteri Agar Segera Timang Baby

Get advice on your pregnancy and growing baby. Sign up for our newsletter
  • Conceiving a Baby
  • Baby
  • Health
  • Education
  • Lifestyle
  • TAP Community
  • Advertise With Us
  • Contact Us
  • Become a Contributor


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
About Us|Team|Privacy Policy|Terms of Use |Sitemap HTML
  • Tools
  • Articles
  • Feed
  • Poll

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it

We use cookies to ensure you get the best experience. Learn MoreOk, Got it