Jika anda sudah mempunyai akaun ASB masih belum mendaftar akaun online, kami kongsikan cara daftar ASB online dan panduan semakan dividen/baki/ tanpa perlu pergi ke kaunter.
Isi Kandungan
Cara Daftar ASB Online
1. Pergi Ke Laman Web myASNB
Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman web myASNB iaitu https://www.myasnb.com.my/
2. Tekan Butang Daftar
Tekan butang ‘Daftar Di SIni’. Baca dan fahamkan terma & syarat (T&C) yang ditetapkan. Tandakan kotak dan klik ‘Setuju’.
3. Isi Butiran
Isikan semua butiran penting yang diperlukan seperti yang tertera.
4. Masukkan kod TAC
Selepas itu, anda diminta untuk mengesahkan nombor telefon bimbit sepadan dengan nombor yang didaftarkan dengan akaun myASNB.
Kod TAC akan dihantar melalui SMS. Sekiranya tidak berjaya, klik ‘Hantar semula TAC.
5. Cipta akaun myASNB
Anda boleh memasukkan ‘Username’ atau ID Pengguna. Masukkan frasa selamat dan pilih dan jawab soalan keselamatan seperti yang diberikan.
6. Log Masuk
Setelah pendaftaran berjaya, kata laluan sementara akan diberikan untuk log masuk untuk kali pertama. Tukar kata laluan yang baru untuk tujuan keselamatan. Log masuk semula dengan menggunakan kata laluan yang baru dibuat.
Kini anda boleh menggunakan aplikasi myASNB untuk menyemak baki dividen, menambah duit atau mengeluarkan dividen.
Cara Buat Semakan Baki / Dividen
Untuk membuat semakan baki atau dividen dalam akaun ASB secara atas talian pula, ikut langkah mudah seperti yang berikut:
- Log masuk ke https://www.myasnb.com.my/
- Klik ‘Akaun Saya’
- Jumlah baki terkini akan dipaparkan
- Muat turun penyata bagi tahun terkini atau tahun sebelumnya jika perlu
Cara Buat Pengeluaran ASB Online
Kini, had pengeluaran ASB Online menerusi aplikasi myASNB dinaikkan kepada:
- Jumlah maksimum untuk pengeluaran dalam sebulan: RM2,000
- Jumlah minima untuk sekali pengeluaran: RM100
- Hanya 3 transaksi sahaja dibenarkan dalam tempoh sebulan.
Berikut merupakan cara buat pengeluaran ASB secara atas talian:
- Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB https://www.asnb.com.my
- Tekan ‘Portfolio’. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
- Tekan ‘Transaksi’. Pilih ‘Jualan Balik’.
- Pilih ‘Seterusnya’.
- Isi maklumat dan buat pengesahan pengeluaran berdasarkan maklumat akaun bank.
- Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa satu hari bekerja.
- Semak semula jumlah duit yang dikeluarkan dari ASB jika mahu.
Waktu Operasi ASB Online
Waktu operasi myASNB adalah 24 jam sehari pada setiap hari. Namun begitu, terdapat waktu yang terhad untuk transaksi kewangan yang tertentu.
Antaranya:
- Unit amanah harga tetap: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 6.00 petang)
- Unit amanah harga berubah: Isnin – Ahad (7.00 pagi – 4.00 petang) tidak termasuk cuti umum.
- Rujuk kepada cawangan ASNB dan ejen ASNB
Aplikasi myASNB
Dah tak perlu beratur di kaunter atau berurusan di pejabat, anda boleh menyemak dan mengemaskini akaun ASB sendiri dengan menggunakan aplikasi myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat dan selamat.
Download di pautan berikut:
myASNB : Google Playstore
ATAU
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Buka Akaun SSPN Anak Secara Online, Semak Penyata & Bayaran
Baca juga: Cara Buka Tabung Haji Anak Secara Online Dengan Mudah, Boleh Daftar Haji Sekali!
Baca juga: Cara Buka Akaun ASB Anak Tanpa Perlu Beratur Di Bank Atau Pejabat Pos