TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Cara Buka Akaun SSPN Anak Secara Online, Semak Penyata & Bayaran

4 min bacaan
Cara Buka Akaun SSPN Anak Secara Online, Semak Penyata & Bayaran

Ibu ayah tak perlu beratur panjang atau berurusan di kaunter lagi, ini cara buka akaun SPPN anak secara online. Sangat mudah, cepat dan selamat.

Buat ibu ayah yang baru nak mula menabung untuk pendidikan anak, ini cara buka akaun SSPN anak secara online. Segala urusan pendaftaran pun sangat mudah, tak sampai 10 minit dah siap!

Isi Kandungan

  • Apa itu SSPN?
  • Cara Buka Akaun SSPN Anak Secara Online
  • Daftar Akaun SPPN Menerusi Aplikasi myPTPTN
  • Cara Semak Penyata & Bayaran di SSPN
  • Syarat Pembukaan Akaun SSPN
  • Kelebihan SSPN Untuk Anak

Apa itu SSPN?

SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan salah satu instrumen yang terbaik oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Tujuan SSPN adalah untuk pendidikan anak-anak di universiti nanti. 

SSPN terbahagi kepada dua iaitu:

  • SSPN-i (SSPN PRIME) – simpanan tanpa komitmen bulanan bagi tujuan pendidikan tinggi. Ia berlandaskan syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Isthithmar”.
  • SSPN-i Plus (SSPN PLUS) – pelan simpanan dengan komitmen bulanan serendah RM 30. Ia menawarkan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

Cara Buka Akaun SSPN Anak Secara Online

1. Klik Laman Web SSPN Atau Muat Turun Aplikasi myPTPTN

Anda boleh melayari laman web rasmi SPPN iaitu https://www.ptptn.gov.my/simpan-sspn/.

2. Masukkan No MyKad Anda & Anak

Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor kad pengenalan anak seperti dalam ruangan yang tertera.

3. Pilih Pakej SSPN-i Plus Pilihan

Anda diberi pilihan untuk daftar SSPN-I (SSPN RPIME) atau SSPN PLUS. Klik pada salah satu butang sahaja.

4. Lengkapkan Butiran

Isi butiran yang diperlukan dalam borang yang disediakan.

5. Pilih Kaedah Potongan

Anda boleh memilih sama ada mahu melakukan potongan Auto Debit, Direct Debit atau potongan gaji bagi potongan berkala.

Fahami terma dan syarat yang ditetapkan. Dan, klik ‘Setuju’.

Jangan lupa setelah selesai urusan simpan resit dan salinan pembukaan akaun untuk rujukan akan datang.

Daftar Akaun SPPN Menerusi Aplikasi myPTPTN

  1. Muat turun aplikasi myPTPTN (Google Playstore, Apple AppStore, Huawei AppGallery)
  2. Klik daftar myPTPTN
  3. Isikan butiran pendeposit seperti nama penuh, nombor MyKad dengan tepat
  4. Pilih jenis pembukaan Akaun Simpanan SSPN Prime atau SSPN Plus
  5. Sila pilih Jenis Akaun: Akaun Untuk Diri Sendiri – untuk pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN, Akaun Untuk Anak Jagaan Yang Sah – untuk ibu bapa atau penjaga yang membuka akaun bagi pelajar tidak melebihi 18 tahun
  6. Lengkapkan butiran yang diperlukan.
  7. Masukkan amaun deposit serendah RM20 atau lebih bergantung kepada pendeposit
  8. Kod Eksekutif PTPTN tidak perlu diisi
  9. Buat bayaran deposit melalui FPX Online Banking
  10. Cetak atau simpan resit pembayaran deposit yang dibuat untuk rujukan

Cara Semak Penyata & Bayaran di SSPN

Berikut merupakan cara semak penyata & bayaran untuk penambahan atau pengeluaran:

  1. Buka aplikasi myPTPTN
  2. Klik Semakan Penyata di bahagian Perkhidmatan
  3. Pilih Penyata Simpanan
  4. Senarai Penyata Simpanan akan dipaparkan mengikut tahun
  5. Klik lihat penyata simpanan terperinci untuk menyemak penyata berdasarkan tahun, bulan atau tempoh yang
  6. Muat turun penyata kira-kira akaun simpan tersebut untuk rekod dan simpanan

Untuk penambahan deposit atau simpanan pula,

  1. Klik Penambahan Simpanan di paparan utama myPTPTN.
  2. Pilih akaun Simpanan.
  3. Klik pada akaun yang ingin ditambah simpanan.
  4. Satu paparan akan menunjukkan jumlah simpanan semasa di dalam akaun tersebut.
  5. Klik Pembayaran.
  6. Tetapkan jumlah yang ingin ditambah.
  7. Teruskan pembayaran melalui FPX Online Banking.

Syarat Pembukaan Akaun SSPN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Satu akaun sahaja boleh dibuka untuk setiap penerima manfaat yang sama.
  3. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
  4. Penerima manfaat juga boleh menjadi pendeposit atau membuka akaun bagi diri sendiri.

Pendeposit yang berbeza boleh buka akaun SSPN Prime/ SSPN Plus bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

Kelebihan SSPN Untuk Anak

Jika ibu ayah masih tidak pasti sama ada ingin meneruskan pembukaan akaun SSPN,  kami kongsikan beberapa kelebihan yang boleh diperolehi oleh pendeposit dan penerima manfaat.

Antaranya:

SSPN Prime

  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 setahun bagi akaun yang dibuka untuk anak kandung/ anak jagaan sah sebagai penerima manfaat
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas
  • Kadar dividen yang kompetitif
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak
  • Simpanan dijamin kerajaan
  • Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN

SSPN Plus

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
  • Dividen kompetitif
  • Elaun kemasukan hospital
  • Tiada pemeriksaan kesihatan
  • Manfaat perlindungan sehingga RM1.2 juta
  • Khairat kematian (Pasangan & anak)
  • Pelepasan taksiran cukai dalam tabungan bersih
  • Manfaat takaful penyakit kritikal
  • Komitmen serendah RM30 sebulan
  • Simpanan dijamin kerajaan
  • Layak memohon pinjaman PTPTN

Mudah sahaja kan cara buka akaun SPPN anak secara online? Semoga bermanfaat!

Facebook SPPN-i Plus PTPTN,  Info UPU

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Anak Baru Lahir, Ini Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa Bersama

Baca juga: Cara Buka Akaun ASB Anak Tanpa Perlu Beratur Di Bank Atau Pejabat Pos

Baca juga: Cara Buka Tabung Haji Anak Secara Online Dengan Mudah, Boleh Daftar Haji Sekali!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Cara Buka Akaun SSPN Anak Secara Online, Semak Penyata & Bayaran
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham