Anak Dr Sheikh Muszaphar Dinobat 9 Anugerah Cemerlang - Ini 15 Tips Parenting Yang Selalu Diamalkan

Manakan kuah kalau tak tumpah ke nasi, perumpamaan ini sangat secocok dengan keluarga Dr Sheikh Muszaphar yang berjaya mendidik anak perempuannya hingga dinobatkan pelajar cemerlang!

Perkara paling mencabar ibu bapa pada masa kini adalah mencari cara didik anak yang betul supaya mereka dapat dibentuk sejak kecil.

Bermula dari kenal ABC dan 123, kanak-kanak mudah mengingati setiap apa yang diajari kerana otak dan minda mereka masih segar serta daya ingatan masih tajam.

Jadi, sebagai orang tua, anda boleh mulakan cara didik anak ini sejak dari bayi lagi.

Namun tak usah bimbang juga jika anak anda sedikit perlahan berbanding kanak-kanak yang lain. Asalkan anda sentiasa usaha dan berikhtiar untuk memberi yang terbaik kepada anak itu!

Begitu juga dengan Angkawasan Pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar yang ingin berkongsi cara didik anak yang betul yang diterapkan pada anak-anaknya sehingga anak perempuan sulungnya, Bella mendapatkan Sembilan anugerah cemerlang di sekolah.

Bagi anda yang selalu mengikuti laman Instagram Dr Sheikh Muszaphar, beliau juga sering berkongsi tips keibubapaan kepada pengikut setianya dan berbalas komen sekaligus memberi nasihat yang berguna buat para ibu bapa yang lain ini.

Berikut perkongsian Dr Sheikh Muszaphar berkaitan cara didik anak sejak kecil:

15 Cara didik anak oleh Dr Sheikh Muszaphar

#1. Ucapkan “I LOVE YOU” pada anak setiap hari 

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, setiap ibu bapa perlu mengucapkan I Love You pada anak setiap hari sekurang-kurangnya 10 kali sehari.

#2. Jangan bazirkan masa anak

Dr. Sheikh turut berpendapat, setiap masa terluang yang ada penuhi aktiviti anak dengan pendidikan dan pembelajaran.

#3. Mulakan pada usia 0 hingga 6 tahun pertama

Dalam fasa ini, anak-anak sedang berkembang dan potensi ilmu yang diberikan mudah masuk ke dalam otak anak dan menjadi kekal.

#4. Memberi galakan kepada anak

Jangan biarkan anak bermalasan dan beralasan untuk berjaya. Tapi anda sentiasa perlu memberi galakan dan dorongan kepada mereka.

#5. Letakkan peraturan tertentu

Ya, ketika mendidik anak mereka perlu mengikut peraturan tapi dengan penuh kasih sayang.

#6. Expose anak dengan pelbagai aktiviti

Sentiasa menyediakan aktiviti menarik kepada anak contohnya bermain flashcard, menunggang kuda, aktiviti kebajikan, belajar renang, bermain muzik dan sebagainya. Barulah dia cepat matang.

#7. Tetapkan rutin setiap hari

Anak-anak suka rutin yang sama setiap hari jadi buat rutin pada anak-anak.

#8. Penuhi masa dengan aktiviti 

Kredit: Keluarga

Kanak-kanak ini jarang kali letih dan penat jadi sebaik-baiknya gunakan masa mereka itu dengan pelbagai aktiviti menarik.

#9. Komunikasi setiap hari

Bila bercakap dengan anak pastikan eye level supaya mereka faham dan merasa apa yang kita cakap itu penting.

#10. Never say No

Hindari perkataan NO pada anak tapi lebihkanWHY.

#11. Mula didik anak dari awal

Ya, mula didik anak sejak mereka baby lagi supaya mereka tidak penat dan kita juga tak penat!

#12. Persekitaran rumah

Bekalkan kemudahan kondusif pada anak-anak untuk belajar di rumah dan jangan gaduh di hadapan anak-anak.

#13. Kenali Bahasa

Kanak-kanak sangat mudah belajar Bahasa baru jadi ajar anak anda abjad dan nombor dalam dua Bahasa penting seperti BM dan BI.

#14. Kenali tanda stres pada anak 

Kredit: Mstar

Jika lihat anak sedikit penat dan stres belajar, reschedule semula pembelajaran pada hari tersebut.

#15. Akhir sekali dari Angkasawan Pertama Malaysia ini adalah pendidikan bermula dari umur enam bulan tapi pembelajaran dimulai selepas lahir. 

Semoga bermanfaat. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Say.com 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-suka-membaca-harian